Permainan Pokemon Go umpama satu fenomena yang melanda dunia. Permainan ini memerlukan pengguna untuk memuat turun permainan ini daripada Google play atau App Store dan untuk menggunakan GPS, dan data internet.
JAKIM memberitahu, ia membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan.
Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman Facebooknya hari ni berkata, permainan ini adalah haram dan selaras dengan kaedah syarak *Saddu Al-Zara’i dimana umat Islam perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada diri mereka.
Mainan ini boleh mengundang bahaya sehingga meragut nyawa kerana pemain lalai dengan telefon bimbit sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Beliau menambah, ini juga boleh membahayakan golongan kanak-kanak dan remaja yang mudah terpengaruh dengan benda baru.
Antara sebab lain mufti melarang masyarakat bermain Pokemon GO adalah:
Main pokemon go menggalakkan sifat boros
Jika kita bermain permainan ini, penggunaan data internet dan bateri pastinya tidak boleh dijimatkan. Kira-kira 80mb/jam dihabiskan dengan dengan bermain mainan ini.
Keburukan Pokemon Go Lalai dan leka
Jika anda menyukai permainan ini, pastinya ada menjadi seorang yang lalai dan leka sehingga tidak menghiraukan hal sekeliling. Serta tindakan ini amat mengundang bahaya kepada si pemain kerana tidak pedulikan hal sekeliling
Malah, masa lebih terbuang dan gagal dimanfaatkan dengan baik.Anda juga boleh ketagih dan tidak dapat memanfaatkan hidup dengan lebih baik
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber artikel: Astro AWANI
Baca juga
https://my.theasianparent.comfestival-pokemon