Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

undefined

Ada beberapa punca yang menyebabkan bayi baru lahir enggan tidur. Namun, ibu harus lebih bijak pasang 'trik' supaya bayi tidur dengan lebih lama

Pola tidur bayi sememangnya adalah berbeza untuk setiap bayi. Oleh itu, para ibu perlu belajar untuk membezakan di mana bayi akan tidur lebih tidur pada waktu siang, manakala di malam hari pula mereka akan terjaga apabila tiba waktu ‘makan’.

Untuk pengetahuan umum, bayi yang baru lahir masih belum dapat membezakan waktu siang dan malam. Mereka juga boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

Tapi kadangkala, menjaga bayi juga boleh menjadi satu perkara yang begitu mencabar.

Pernah tak para ibu mula berasa kusut-masai kerana bayi tak nak tidur malam? Letak dalam katil baby serba tak kena. Masuk dalam buaian pun masih celik mata, ada yang siap ajak bermain-main walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 ke atas. Aduh, anakku!

Oleh itu, mungkin para ibu ingin mengetahui apakah cara terbaik untuk betulkan pola tidur bayi anda?

Cara Ketahui Pola Tidur Bayi Anda

pola tidur bayi

Setiap bayi memiliki keunikan gaya tidur secara tersendiri. Mungkin nampak sama, tapi sebenarnya jam tidur bayi adalah berbeza-beza.

Kalau nak tahu, lihat antara pola tidur di bawah, bandingan dengan bayi anda dan bayi kawan-kawan/keluarga.

  • Bayi baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur tetap untuk bayi baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibu ayah tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  • Sekiranya bayi menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Waktu Tidur Bayi dan Kanak-kanak Mengikut Umur/Bulan

pola tidur bayi

#1. Bayi 

  • Pola tidur bayi 0-3 bulan ialah bayi memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 17 jam sehari. 
  • Bayi usia empat hingga 11 bulan sebaiknya mendapatkan tidur selama 12 hingga 16 jam sehari. 

#2. Kanak-kanak 

  • Kanak-kanak yang mencapai usia dua tahun harus memiliki pola tidur yang teratur iaitu antara 11 hingga 14 jam sehari termasuk tidur siang. 

#3. Pra-sekolah 

  • Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas, jam tidurnya sedikit berkurang kerana pelbagai aktiviti yang mereka lakukan seperti pergi sekolah, mengaji Al-Quran, bermain dan lain-lain. Setidaknya mereka harus mendapatkan tidur antara 10 hingga 13 jam sehari termasuk tidur di waktu petang. 
  • Mereka perlu mendapatkan waktu tidur yang konsisten supaya tetap bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti keesokannya. 

Para ibu ayah perlu mengetahui bahawa bayi berusia sembilan hingga 12 bulan akan tidur lebih panjang. Oleh itu, banyak sikit masa untuk para ibu ‘bersendirian’ dan melakukan kerja-kerja rumah yang tertangguh ketika bayi sedang tidur.

Namun begitu, jangan bimbang jika mereka tetap bangun malam untuk beberapa kali, kemudian disusuli teriakan dan tangisan malam yang sangat dasyat hingga menganggu tidur malam ibu dan ayah. Kalau perkara ini terjadi, bersabar sahajalah ya!

Mengatur Pola Tidur Bayi

Menurut pakar, kemungkinan besar bayi tidak akan tidur dalam waktu yang panjang. Bahkan, mereka hanya akan tidur satu hingga tiga jam dalam beberapa bulan pertama. Apatah lagi, bayi baru lahir juga akan kerap bangun malam untuk menyusu.

Namun, aktiviti itu akan terhenti setelah mencapai usia tiga bulan.

Bermula dari situ, ibu bapa boleh mengatur pola tidur bayi setiap malam. Dengan mengatur jadual pola tidur bayi ini, ia dapat membantu si kecil cepat mengantuk dan tidur lebih lama.

Namun, diingatkan bahawa setiap bayi berbeza waktu tidurnya. Bahkan waktu tidur yang ideal untuk anak-anak adalah tidak sama untuk setiap kelurga.

Mungkin cara tersebut boleh digunakan pada bayi anda tapi kemungkinan ia tak memberi kesan pada bayi yang lain. Lain bayi, lain pola tidur mereka ya.

Sebab Bayi Kerap Bangun & Tidur Terganggu

pola tidur bayi

  • Mula tumbuh gigi dan rasa kurang selesa
  • Perut kembung atau sakit perut
  • Tempat tidur yang kurang selesa 
  • Bertukar tempat tidur 
  • Keadaan dan suasana ruang tidur banyak nyamuk 
  • Bunyi bising 

Cara Mengatasi:

  • Sebelum tidur mandikan bayi dengan air hangat 
  • Menggantikan pakaian si kecil 
  • Menyanyikan lagu sambil berpelukan di tempat tidur
  • Sediakan ruang tidur yang selesa
  • Dapatkan spray atau ubat nyamuk
  • Tutup tv dan lampu supaya keadaan lebih tenang semasa tidur 

Berapa Kali Bayi Bangun Menyusu Pada Tengah Malam?

Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali itu adalah normal. Kekerapan itu juga akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi.

Walau bagaimanapun, menjelang usia mereka dua bulan, kekerapan itu akan berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Ataupun, para ibu hanya perlu menyusukan mereka mengikut ‘demand’ atau permintaan.

Yang penting jangan beri mereka kelaparan. Jangan sesekali anda membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam, terutamanya pada waktu malam!

Para ibu perlu mengetahui bahawa waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusukan bayi dengan kerap bagi merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak. Pada waktu tersebut juga hormon prolaktin berada pada tahap paling tinggi.

Penyusuan di waktu malam juga dipercayai dapat merangsang mekanisme biologikal bayi, di mana bayi yang menyusu badan lebih kerap terjaga untuk menyusu.

Data National Health and Medical Research Council Australia menunjukkan bahawa tidak menyusu pada waktu malam mampu meningkatkan risiko SIDS pada bayi sebanyak 56%.

Selagi bayi anda mempunyai berat badan yang sihat, para ibu tak perlu risau. Berilah bayi penyusuan pada waktu malam sesuai dengan kehendak mereka. Walaupun meletihkan, ada banyak manfaatnya buat bayi.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Penulis asal Giasinta Angguni. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Tanda Growth Spurt Pada Bayi, Dia Lebih Kuat Meragam & Kerap Minta Susu!

Baca Juga: Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

Baca Juga: Ketahui Jenis Botol Susu Bayi Terbaik Untuk Bayi Anda Dengan Menjawab Kuiz Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!