"Saya Tak Kisah Dia Kahwin 4 Sebab Itu Ertinya Dia Jujur & Tak Curang Dengan Saya!"

Seorang wanita meluahkan yang dia tak kisah suaminya kahwin ramai, asalkan dia tetap jujur dan tak curang. Apa pendapat anda tentang poligami di Malaysia?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isu poligami di Malaysia mengundang pelbagai reaksi

Pepatah mengatakan “dua itu peneman, tiga itu meramaikan”. Adakah pepatah ini boleh diguna pakai dalam isu poligami? Poligami di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. 

Namun, masih ramai suami isteri tidak tahu tentang syarat-syarat poligami di Malaysia, lantas membuatkan isu ini sebagai isu panas yang sering mengundang reaksi netizen.

Kaum lelaki kebanyakannya memegang isu poligami di Malaysia sebagai “hak” mereka kerana Islam membenarkan poligami. Namun, para wanita pula rata-ratanya tidak rela dimadukan.

Tapi lain pula kesnya bagi seorang suami warganegara Thailand ini. Dia memiliki empat isteri walaupun Thailand mengharamkan poligami sejak tahun 1935!

Ini bermaksud hanya perkahwinan pertama Waraphon Pruksawan sahaja yang sah. Walau bagaimanapun, kesemua isteri dan suami ini tidak menghiraukan undang-undang terbabit. 

Sebaliknya, semua anak-anak Pruksawan (dari isteri yang lain) didaftarkan atas nama Pruksawan juga!

Poligami di Malaysia: Isteri pertama rela dimadu kerana suaminya berlaku jujur

Menurut isteri pertama kepada Pruksawan, tiada apa yang perlu dirisaukan apabila suaminya itu nekad untuk kahwin lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana dia percaya, lebih baik suaminya jujur tentang hubungan cinta mereka, berbanding menipu dan curang dibelakangnya. Malah, sebelum berkahwin lagi, Pruksawan meminta izin dari isterinya itu.

Sebab itu isterinya gembira dan tidak sabar untuk melalui fasa rumah tangga yang baru di mana dia akan berkongsi segala-galanya dengan 3 madunya yang lain. 

Malah, isteri pertama Pruksawan juga menegaskan kesemua madunya saling menyayangi antara satu sama lain, dan dia amat berbangga dengan Pruksawan kerana bijak mendidik isteri-isterinya.

Isu poligami: Ini bukan kes poligami yang pertama di Asia Tenggara

Sebenarnya, kes poligami bukanlah kes yang aneh di Asia Tenggara. Lihat sajalah kes Manop Nuttayothin ini. Dia memiliki 2 orang isteri (isteri pertama telah meninggal dunia) dan 9 orang anak. 

Hidup mereka sangat bahagia dan Nuttayothin telah dijemput secara live untuk berkongsi rahsianya dengan Thai TV. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Di Singapura, poligami adalah haram, melainkan anda seorang muslimBigamy, atau perbuatan mengahwini orang lain (ketika anda masih berstatus kahwin) juga tidak dibenarkan.

Di Indonesia yang rata-rata penduduknya beragama Islam pula telah menghasilkan aplikasi “AyoPoligami” untuk membantu lelaki Muslim di sana mencari wanita lain untuk dikahwini. 

Namun, sama seperti di Malaysia, walaupun poligami dibenarkan di Indonesia, masih ada beberapa syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi.

Mahkamah di Indonesia hanya membenarkan seorang lelaki berkahwin lain jika isteri pertamanya sakit, kurang upaya atau tidak boleh hamil.

Bagaimana dengan poligami di Malaysia?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengikut perundangan syariah di Malaysia, kaum lelaki dibenarkan berpoligami, tetapi mereka haruslah memenuhi beberapa syarat yang disediakan Mahkamah Syariah.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai syarat yang berbeza-beza.

Namun, pada dasarnya, ini adalah syarat yang harus dipatuhi sebelum melakukan poligami di Malaysia:

  1. Berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri (nafkah ini termasukah nafkah zahir dan batin)
  2. Berkelakuan adil terhadap isteri-isterinya. Ini termasuklah dalam hal menyediakan kediaman (rumah seeloknya asing), adil dalam giliran bermalam, adil dalam bermusafir
  3. Mendapat kebenaran isteri pertama dan kebenaran Mahkamah

Poligami di Malaysia: Apa yang dipertimbangkan mahkamah sebelum suami boleh kahwin lain?

Buat para lelaki yang ingin berpoligami, anda perlu mendapatkan perintah kebenaran dari Mahkamah Syariah. Apabila memohon kebenaran mahkamah, maka permohonan itu akan melalui proses perbicaraan. 

Lelaki tersebut haruslah membuktikan kemampuannya untuk menyediakan nafkah kepada isteri-isterinya. 

Salah satu sebab mengapa ramai lelaki memilih untuk berkahwin lain di luar negara (contohnya di sempadan Thailand) kerana tidak berkemampuan untuk berpoligami. Jika hal ini yang berlaku, mahkamah biasanya tidak akan meluluskan permohonan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mahkamah Syariah tidak akan menyukarkan permohonan poligami, cuma ia bergantung sepenuhnya kepada suami tentang bagaimana dia boleh membuktikan kemampuannya, dan memastikan kesan daripada perkahwinan itu tidak akan membawa kesusahan pada isteri pertama. 

Jika seseorang lelaki itu tidak berkemampuan untuk membuktikan segala syarat-syarat yang diberi, maka jelaslah terbukti yang dia tidak layak untuk melakukan poligami. Wallahualam’.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Apa pendapat anda tentang isu poligami di Malaysia ini?

Sumber rujukan: Sisters In Islam, Berita Harian

Kredit gambar: Mothership

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris