Ramai wanita hilang pertimbangan jika suami melakukan poligami diam diam tanpa pengetahuan mereka. Tapi kalau diberitahu sekalipun, tentunya isteri akan menentang keras kerana bagi mereka kasih sayang dan perhatian suami akan terbahagi dua seterusnya menyebabkan masalah lain di kemudian hari.
Walau bagaimanapun, hukum syarak telah menggariskan bahawa poligami adalah harus tapi keharusannya bukanlah secara mutlak. Oleh itu, hukum syarak telah menetapkan syarat tertentu untuk berpoligami.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.
Demikian itu adalah lebih dekat bagi mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Isteri bunuh suami yang poligami diam diam
Sorang wanita bernama Aminah, 30 hilang pertimbangan apabila mencurah air panas ke atas tubuh suaminya, Bahtiar,28 selepas lelaki tersebut dipercayai poligami diam diam.
Oleh kerana tidak dapat menerima dirinya sudah dimadukan oleh suami, Aminah sanggup berbuat demikian demi kepuasan hatinya yang terlalu marah.
Menurut pihak polis, Aminah berkelakuan ganas kerana Bahtiar berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya lantas membuatnya sakit hati.
Siram air panas ke tubuh suami semasa tidur
Kejadian yang mengejutkan ini berlaku di Paranga, Indonesia pada 13 Julai lalu. Mangsa ketika itu sedang tidur, kemudiannya dicurah air panas ke atas tubuhnya oleh si isteri.
Selepas peristiwa tersebut, mangsa sempat mendapatkan rawatan di hospital terdekat namun kecederaan yang diterima parah dan sukar disembuhkan.
Kemudian, mangsa mencuba lakukan rawatan secara tradisional namun akhirnya meninggal dunia beberapa hari selepas kejadian berlaku.
Beliau meninggal selepas enam hari mencuba ubatan secara tradisional dan mayatnya dikebumikan di rumah saudaranya.
5 langkah bijak yang boleh isteri buat bila tahu suami kahwin lain
Jika mendapat tahu suami curang atau berpoligami diam diam, apa yang isteri boleh buat adalah seperti berikut:
- Jangan ikutkan rasa hati yang terlalu marah dengan mengkasari suami atau madu anda, tapi ambil langkah rasional dengan berbincang secara baik.
- Seterusnya jika dapat tahu suami kahwin senyap-senyap, jangan berlakon seolah-olah anda tidak tahu tapi bertanyakan hal tersebut terus dengan suami dan mintanya bercakap jujur.
- Jika terlalu marah, kecewa dan sedih ambil masa untuk redakan perasaan itu dengan keluar membeli belah atau bercuti ke mana-mana yang anda rasa dapat mendamaikan jiwa yang sedang dikhianati.
- Apabila rasa diri ditipu suami, dapatkan sokongan dan nasihat daripada ahli keluarga serta rakan yang boleh dipercayai.
- Sentiasa mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan mengadulah kepadaNya.
Sumber: World of Buzz
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
"Saya Tak Kisah Dia Kahwin 4 Sebab Itu Ertinya Dia Jujur & Tak Curang Dengan Saya!"