Wanita Ini Lamar Isteri Kedua Untuk Suami! Boleh Ke Suami Poligami Tanpa Kebenaran Isteri Pertama?

Poligami merupakan satu isu yang agak taboo bagi para isteri. Tetapi bagaimana jika isteri pertama yang menyuarakan pendapat untuk beri peluang anda berkahwin lagi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda seorang isteri, sanggupkah anda melamar wanita lain untuk bermadu dengan anda? Sesetengah lelaki melakukan poligami tanpa kebenaran isteri pertama kerana takut, namun lain pula dengan kes wanita ini yang tolong carikan pula isteri kedua buat suaminya!

Isteri Hamil Lamar Madu Untuk Menemani Suami

Khuzatil Atiqah, telah berkahwin dengan suaminya Samuel Dzul sejak 2011.

Wanita tersebut dikatakan sering jatuh sakit ketika mengandungkan anak ke-5 bersama pasangannya itu, sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Ini membuatkan Khuzatul terfikir sekiranya berlaku perkara buruk padanya, siapa yang akan menjaga suami dan anak-anaknya?

Khuzatul akhirnya membuat keputusan untuk mencarikan seorang isteri kedua untuk suaminya, dengan harapan madunya itu boleh menjaga keluarganya kelak.

Jumpa Bakal Madu Di Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Facebook Tiqa Ummimerahjambu

Khuzatul mula berkenalan dengan madunya itu di akaun sosial media Facebook, Fathonah, seorang ibu tunggal pada tahun 2018 dan melamarnya selepas menjadi rapat. 

Fathonah yang pada awalnya berdolak dalih mula bersetuju bermadu selepas melihat mereka kelihatan boleh bergaul secara baik dan melalui perancangan yang baik antara mereka. Malah anak-anaknya kelihatan gembira ketika menziarahi rumah keluarga bakal madunya ketika pertemuan awal mereka.

Pernah Menolak Poligami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti kebanyakkan wanita lain, Khuzatul menyatakan dia sendiri pernah menolak poligami. Namun, dia berubah fikiran hanya selepas tinggal bersama keluarga suaminya.

Ayah mertuanya mempunyai 3 isteri dan Khuzatul mula menemui banyak kelebihan poligami melalui pemerhatiannya. Ini menyebabkan dia berfikiran terbuka tentang isteri baru untuk suaminya, malah mereka tinggal serumah selepas bernikah.

Poligami Tanpa Kebenaran Isteri Pertama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Poligami dengan kebenaran isteri pertama, apatah lagi apabila isteri menawarkan sendiri suami berkahwin lagi, pasti menjadi idaman kebanyakkan lelaki.

Namun, ramai juga kaum isteri yang meluahkan dukacita mereka dalam aplikasi theAsianparent, mengatakan mereka “makan hati” apabila suami minta untuk berpoligami.

Namun apa pula yang terjadi sekiranya suami poligami tanpa kebenaran isteri pertama? Berikut merupakan sebahagian penerangan oleh panel peguam Sisters in Islam:

  • Mengikut perundangan Malaysia, poligami dibenarkan dengan beberapa syarat. Bagi lelaki yang ingin berpoligami di Selangor, dia perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada mahkamah syariah, menurut Seksyen 23 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
  • Menurut seksyen 23 (4), faktor-faktor yang dipertimbangkan termasuklah sebab poligami itu patut dan perlu, pendapatan suami, serta tanggungannya yang sedia ada dan yang bakal ditanggungnya. Suami yang ingin berpoligami perlu membuat satu iqrar mengandungi perkara-perkara tersebut.
  • Sama ada izin atau pandangan isteri asal terhadap perkahwinan poligami itu telah diperolehi juga merupakan salah satu perkara yang perlu diiqrarkan oleh suami.
  • Isteri hanya diminta menandatangani borang permohonan sahaja. Malah, ada suami yang menyatakan bahawa isteri asal telah memberikan kebenaran kepadanya untuk berkahwin lagi dalam iqrarnya walaupun ini tidak benar.
  • Tambahan pula, Seksyen 23 (5) yang menggariskan syarat-syarat berpoligami tidak menyenaraikan bahawa kebenaran isteri asal mestilah sudah diperolehi. Yakni, kebenaran puan bukan faktor yang menentukan sama ada kebenaran berpoligami dikeluarkan oleh mahkamah atau tidak.
  • Sekiranya suami telah mendapat keizinan mahkamah syariah, menurut Seksyen 23 (5), mahkamah hendaklah memanggil isteri pertama untuk memberi keterangan tentang permohonan suami untuk berpoligami.
  • Malangnya, menurut undang-undang Malaysia, jika lelaki berpoligami tanpa mendapat kebenaran mahkamah dan melanggar undang-undang sekalipun, perkahwinan itu masih dianggap sah selagi ia dilangsungkan menurut hukum syara’.
  • Mahkamah syariah juga boleh memerintahkan agar perkahwinan itu didaftarkan agar ianya sah di sisi perundangan. Ini berdasarkan Seksyen 23 (2), dan merupakan salah satu contoh kelonggaran perundangan syariah Malaysia dalam mengawal perkahwinan poligami.

Hak Isteri Pertama Dalam Poligami

Terdapat beberapa tindakan yang isteri pertama boleh ambil sehubungan dengan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Suami telah melakukan kesalahan jika dia berpoligami tanpa kebenaran bertulis daripada mahkamah syariah.
  • Seksyen 124 mengenakan denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali kepada suami yang melakukan kesalahan ini.
  • Isteri boleh membuat aduan terhadap suami di mahkamah syariah akan hal ini dan tindakan akan diambil ke atasnya apabila sabit kesalahan.
  • Selain itu, seksyen 23 (8) menyatakan bahawa jika suami berpoligami dengan tidak menurut undang-undang yang disebutkan di atas, dia secara serta-merta perlu membayar keseluruhan jumlah mas kahwin dan pemberian kepada isteri pertama, dan, jika nilai tersebut tidak dibayar, isteri boleh menuntut wang itu sebagai hutang. Ini adalah tuntutan yang boleh dibuat di mahkamah syariah.
  • Turut disarankan agar isteri (juga boleh) membuat satu ta’liq tambahan yang meletakkan syarat-syarat tentang pembahagian hari, nafkah bulanan, harta sepencaraian dan perkara-perkara lain yang mungkin timbul akibat daripada perkahwinan poligami nanti untuk melindungi hak-hak isteri pertama dan juga anak-anak (nanti). Ta’liq tambahan sedemikian dibenarkan di bawah Seksyen 22 (1) Enakmen yang sama.

Jika ada yang berhasrat untuk berpoligami, pastikan anda mendapat nasihat guaman dahulu ya! Yang penting, lebih baik dapat keizinan isteri supaya rumahtangga lebih bahagia.

Macam mana nak hilang rasa berkahwin?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sisters In Islam

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhidup-berpoligami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman