Polis sekolah di Dallas menggunakan gari untuk menahan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun

Yosio Lopez telah digari, ditazer dan dilebamkan oleh polis sekolah persendirian daerah Dallas selepas kanak-kanak itu mula menghantukan kepala ke dinding kelas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebuah sekolah di daerah Dallas telah dituduh menggunakan paksaan ekstrem terhadapa seorang kanak-kanak istimewa berusia 7 tahun untuk menahannya.

Yosio Lopez telah digari, ditazer dan dilebamkan oleh polis sekolah persendirian daerah Dallas (Dallas Independent School District (DISD) Police) selepas kanak-kanak itu mula menghantukan kepala ke dinding kelas. Seorang penyiasat yang bekerja untuk peguam keluarga Lopez memberitahu pihak CNN.

Foto ehsan Dallas Wekkly

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Yosio merupakan seorang pelajar khas yang mempunyai ADD/ ADHD dan gangguan emosi. Yosio pernah melakukan perkara yang sama namun berjaya dikawal dan ditenangkan oleh pembantu sekolah yang berdekatan. 
 
Namun kejadian Selasa lalu, pembantu tersebut tiada dan Yosia tidak mempunya ‘tempat selamat’ nya menurut Ramirez. April Odis, ibu kepada Yosio berkata anaknya telah memberitahu yang dia telah diletakan dimeja dengan tangan digari kebelakang sementara pengetua sekolah meletakan siku dilehernya dan mencekiknya untuk menahannya.
  
Di dalam sebuah kenyataan berkenaan insiden tersebut, sebahagian dari apa yang disampaikan oleh pihak sekolah tersebut ialah:
 
Sekolah Persendirian Daerah Dallas adalah berdedikasi dalam mendidik anak-anak ini setiap hari, dan dalam berbuat demikian, kami percaya untuk menyediakan suasana yang produktif dan selamat untuk pembelajaran pelajar dan pengajar. Terdapat perhatian media yang berminat dengan dakwaan insiden berkenaan dengan ISD Dallas, namun atas faktor kerahsiaan undang-undang persekutuan melindungi privasi semua pelajar dan keluarga mereka, kami tidak dapat mengesahkan atau menafikan hal yang telah dilaporkan.
  
Selepas kejadian di sekolah itu, Yosio telah dipindahkan ke fasiliti kesihatan mental tanpa kebenaran ibunya dan menahannya selama hampir seminggu. Ibunya tidak dapat melawatnya untuk dua hari yang pertama.
 
Yosio juga telah diberikan ubat pelali dos tinggi semasa berada di Hospital Behavioral Dallas dan dilarang dari berjumpa ibunya kerana telah didakwa merbahaya untuk dirinya dan orang disekelilingnya. Kanak-kanak tersebut telah dilepaskan pada malam Isnin dan kini dirumah bersama ibunya.
 
Pendapat personal saya sebagai seorang ibu dan seorang yang mempunyai ramai sahabat dengan anak berkeperluan istimewa, tindakan pihak sekolah tersebut amat mengecewakan dan melukakan hati. Dan saya pasti, dari sudut psikologi juga, Yosio tidak patut diperlakukan begitu.
 

Apakah perkara yang boleh membantu pelajar keperluan khas di sekolah?

  1. Mengekalkan bilik darjah yang tersusuun dan kurang gangguan.
    Jika terlalu banyak gangguan seperti hiasan yang tidak sepatutnya, mereka akan lebih sukar untuk fokus.
  2. Menggunakan alunan muzik atau nada suara.
    Gunakan lagu ringkas sebelum bertukar aktiviti. Tona suara yang berbeza boleh membantu mereka memberi respon yang lebih baik.
  3. Pecahkan arahan menjadi lebih ringkas dan mudah dilakukan.
    Jika menggunakan ayat yang lebih mudah, ringkas dan konkrit, ianya lebih mudah difahami dan arahan tersampai. Minta mereka mengulangi arahan dan mendemonstrasikan arahan tersebut bagi memastikan mereka faham juga boleh membantu.
  4. Strategi multi sensori
    Mereka mungkin kurang dari satu sudut namun mempunyai kelebihan dari sudut lain. Gunakan pelbagai jenis pendekatan untu meransang mereka. Mungkin dari sudut visual, auditori mahupun sentuhan.
  5. Berikan mereka peluang
    Mereka juga mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Berikan mereka peluang dengan membantu mereka mencari kelebihan mereka. Berikan ganjaran jika mereka berjaya melakukan sesuatu untuk mendorong mereka.

Ini hanyalah cadangan secara kasar. Walaupun ianya cadangan untuk bilik darjah atau sekolah, namun cadangan-cadangan ini juga boleh diaplikasikan juga di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Sumber:  CNN, specialneeds

Penulis

Aqma