Kuala Lumpur, 7 Februari 2023 — Sememangnya satu permulaan yang sesuai untuk Tahun Arnab, Bunny-U dan PONEY bekerjasama Februari ini menerusi sebuah kolaborasi yang direka khusus untuk memulakan tahun baru ini dengan cara yang sebaik mungkin.
Kolaborasi bertemakan “Little Explorer” ini diketengahkan menerusi kotak hadiah edisi terhad yang menampilkan beberapa produk kesukaan ramai daripada Bunny-U dan beg galas eksklusif daripada PONEY.
Dalam era di mana kesedaran mengenai kesihatan semakin meningkat, kolaborasi antara Bunny-U dan PONEY ini menyasarkan untuk memperkenalkan pilihan makanan dan minuman sihat khas untuk kanak-kanak, di samping menggalakkan si kecil mempunyai sifat ingin tahu dan mahu meneroka dunia di sekeliling mereka.
Dijual pada harga RM130 (R.P RM260), kotak hadiah Little Explorer melengkapkan kanak-kanak dengan barangan keperluan yang diperlukan untuk memulakan pengembaraan mereka – beg galas 1992 Logo Red Classic PONEY, 3 produk Bunny-U dan pek pelekat Bunny-U.
“Kolaborasi “Little Explorer” Bunny-U dengan PONEY terhasil daripada misi yang dikongsi bersama iaitu menyediakan produk berkualiti tinggi untuk kanak-kanak yang tiada tandingannya.
Sebagai jenama yang mementingkan kesihatan tubuh dan mental, kami menjadikannya sebagai tanggungjawab untuk menghasilkan produk makanan dan minuman untuk kanak-kanak yang tidak mengandungi sebarang bahan-bahan yang berbahaya atau pakaian dan aksesori yang dapat bertahan dengan gaya hidup aktif kanak-kanak.
Kerjasama ini melambangkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan produk yang lebih baik untuk keluarga dan menyokong perniagaan tempatan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Signature Market, Edwin Wang.
Dilancarkan pada September 2021, Bunny-U yang merupakan gergasi FMCG kesihatan Malaysia adalah usaha pertama Signature Market ke dalam pasaran makanan dan minuman sihat-mesra kanak-kanak, yang menampilkan produk-produk dioptimumkan untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas.
Selepas melihat terdapat banyak produk kanak-kanak di pasaran yang boleh dikatakan kurang berkhasiat, pengasas bersama Signature Market Edwin Wang dan John Cheng menyedari bahawa jika mereka boleh menghasilkan produk sihat untuk orang dewasa, mengapa perkara yang sama tidak boleh
dilakukan untuk kanak-kanak?
Produk-produk Bunny-U diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang kaya dengan nutrien dan tidak mengandungi sebarang pengawet dan pewarna tiruan, memenuhi standard pemakanan untuk kanak-kanak yang diguna pakai di negara-negara seperti AS, Australia, UK dan China.
Namun nilai pemakanan bukan satu-satunya tumpuan bagi jenama kesihatan itu. Bunny-U turut mengeluarkan produknya di kilang yang berasingan bagi memenuhi prosedur keselamatan makanan yang ketat untuk memastikan semua produk diuji dan disahkan selamat di makmal.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kolaborasi antara Bunny-U dan PONEY, sila
kunjungi Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawangnya.