Apabila melihat bayi kita membesar, pasti kita tertanya-tanya adakah mereka akan membesar menjadi insan yang bijak? Haaa…ada satu kajian terbaru (yang juga mengejutkan!) yang menunjukkan poop bayi baru lahir mungkin dapat memberi petanda kebijaksaannya kelak!
Huh? Betulkah ada kajian seperti ini? Ya, anda tak salah membacanya! Sememangnya kita tahu poop bayi baru lahir boleh mempunyai pelbagai warna dan tekstur.
Ia memberi pelbagai petunjuk tentang keadaan kesihatan si kecil kita. Dan melalui najis bayi, ia juga turut memberikan petunjuk yang ada sesuatu tidak kena dengan bayi.
Kaitan antara poop bayi baru lahir dengan tahap kebijaksanaan
Kajian menarik yang kami sebutkan di atas ini menyatakan poop bayi baru lahir boleh memberikan pelbagai informasi, bukan sekadar tahap kesihatan bayi saja.
Para pengkaji dari University of Carolina’s (UNC) School of Medicine ada menyiarkan kajian mereka dalam Biological Psychiatry.
Berikut adalah beberapa rumusan daripada kajian tersebut. Kami pasti anda akan merasakannya menarik!
1. Bayi yang ada beberapa jenis bakteria dalam poop mereka lebih cemerlang dalam ujian kognitif
Para pengkaji melakukan ujian pada hampir 100 sampel najis bayi. Semuanya berusia setahun.
Mereka mendapati bayi yang kurang kepelbagaian mikrobiom dan lebih banyak bakteroid cenderung untuk mencapai markah yang tinggi dalam ujian kognitif apabila berusia 2 tahun.
“Ini kali pertama di mana hubungkait antara komuniti mikrob dan perkembangan kognitif (kemampuan berfikir & memahami) dikaji oleh para saintis.”
Itu adalah penerangan Rebecca Knickmeyer dari School of Medicine University of North Carolina.
Mereka telah menilai bayi menggunakan kaedah Skala Awal Pembelajaran Mullen. Ia satu siri ujian perkembangan yang memerhatikan kemahiran motor, kemampuan memahami dan perkembangan bahasa.
2. Probiotik boleh mempengaruhi perkembangan minda sebelum usia setahun
“Kami belum di fasa di mana kami yakin untuk berkata “Mari beri semua anak kecil probiotik.””
Tapi, para pengkaji menyatakan penemuan kajian telah memberi sedikit penjelasan tentang bakteria dalam perut bayi memainkan kesan dalam perkembangan bayi sebelum si kecil berumur 1 tahun.
“Penemuan ini menyarankan kita boleh menyusun perkembangan mikrobiom dalam sistem penghadaman si kecil untuk memaksimakan perkembangan kognitif.”
Malah, mereka turut menyatakan ia mampu mengurangkan risiko ketidakmampuan seperti autisme yang melibatkan masalah bahasa dan kognitif.
3. Ini membawa kepada persoalan: Adakah bakteria boleh “berkomunikasi” dengan minda bayi?
Knickmeyer turut tertanya-tanya “Adakah bakteria sebenarnya dapat berkomunikasi dengan minda anak?”
Persoalan itu merupakan antara motivasi yang menyebabkan beliau dan para pengkaji ingin mencari kaitan antara perut dan minda bayi.
Malah, beliau turut memberikan lagi satu teori: jenis bakteria dalam poop bayi baru lahir adalah pengganti atau “jambatan” kepada faktor perkembangan otak si kecil.
Katanya, ia ada kaitan dengan diet pemakanan dan nutrisi yang diterima oleh bayi.
4. Kajian ini adalah yang pertama di antara banyak lagi penemuan yang bakal menyusul
Ini adalah kali pertama para pengkaji mencari kaitan antara perkembangan otak dengan bakteria yang ada dalam najis bayi.
Penemuan kajian ini masih lagi baru. Ia masih perlu memperluaskan sampel kajian bagi mengesahkan penemuan ini. Tetapi, saintis percaya bahawa ini adalah langkah pertama.
Penemuan terbaru yang menarik!
Jadi, bagaimana ibu ayah sekalian? Menarik tak penemuan kajian ini?
Mungkin kita akan mendengar banyak lagi penemuan menarik yang dapat membantu kita mengenalpasti cara melahirkan insan yang bijaksana secara saintifik!
Sementara itu, teruskan memerhati keadaan poop bayi anda bagi mengetahui dan memantau tahap kesihatannya!
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: