Pope Francis Membenarkan Malah Menggalakkan Para Ibu Memberi Susu Badan Dalam Gereja

Pope Francis memperjuangkan hak wanita untuk memberi susu badan di tempat awam. Jika Virgin Mary boleh menyusui Jesus dalam gereja tanpa rasa takut, kenapa tidak wanita lain?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita, jangan takut lagi…

Jika Virgin Mary boleh memberi susu badan kepada Jesus dalam gereja, kenapa tidak para wanita dan ibu lain? Perkara itu yang dipegang oleh Pope Francis ketika beliau menyampaikan ceramah di Gereja Kecil Chapel pada setiap hari Ahad. 

Beliau mengulangi semula sokongan yang diberi oleh beliau tentang isu memberi susu badan di tempat awam. Malah Pope Francis menggalakkan para ibu menyusui bayi-bayi mereka di dalam ruangan suci yang dipenuhi karya hebat Michelangelo.

Anda boleh menonton sedutan video sokongan Pope Francis dalam isu memberi susu badan di tempat awam seperti di bawah –

www.facebook.com/MicMedia/videos/1357951750894278/

 

Menurut laporan The Washington Post, Pope Francis sedang menjalankan upacara pembaptisan untuk lebih daripada 28 bayi baru lahir, sebelum beliau dengan lantang meminta para ibu memberi susu badan pada mana-mana bayi yang menangis kelaparan.

Beliau dipetik mengatakan –

Upacara ini agak lama. Bayi akan mula menangis kerana kelaparan. Jadi para ibu, teruskanlah. Beri susu badan anda tanpa rasa takut. Seperti Virgin Mary memberi susu badan pada Jesus.

Selepas menyampaikan kebenarannya, sekurang-kurangnya seorang wanita dengan berani memberi susu badan pada bayinya ketika upacara tersebut.

Pope Francis telah mengetuai upacara pembaptisan hampir 28 orang kanak-kanak – 15 lelaki dan 13 perempuan yang dialu-alukan di gereja tersebut. Beliau juga sempat bergurau dengan mengatakan “konsert sudah bermula” apabila beberapa bayi mula menangis dan meragam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: The Huffington Post

Pope Francis giat memperjuangkan hak wanita

Ini bukan kali pertama Pope Francis lantang bersuara tentang isu memberi susu badan di tempat awam. Beliau pernah memberi ceramah perihal isu ini dua tahun lepas, dalam upacara pembaptisan yang sama, ketika membaptiskan hampir 33 bayi baru lahir.

Pope Francis juga menggunakan terma allattateli dalam ceramahnya – yang bermaksud “breast-feed them“.

“Kalian sebagai seorang ibu, berikanlah susu pada anak-anak kalian yang menangis kelaparan. Jangan takut.”

Pada tahun 2013, beliau tidak berputus asa untuk membuka mata masyarakat malah membela nasib wanita tentang isu memberi susu badan. Dalam sebuah temu jawab bersama La Stampa Vatican Insider, Pope Francis telah memberi komen tentang isu kelaparan dan insiden yang dilaluinya dalam gereja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Leilani Rogers

Ceritanya begini, beberapa hari sebelum itu, ketika di Wednesday General Audience, beliau melihat seorang wanita muda sedang mendukung anaknya di sebalik tiang dalam gereja. Pope Francis melalui kawasan itu. Bayi yang sedang didukung tadi menangis tanpa henti. Beliau menghampiri wanita muda tersebut sambil berkata

“Puan… saya rasa bayi ini kelaparan.”

Wanita muda itu mengangguk-anggukkan kepalanya. Tapi dia enggan memberi susu badan di tempat awam dan segan dengan paderi tersebut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atas sebab itu, Pope Francis kesedihan.

Beliau dipetik mengatakan –

I wish to say the same to humanity: give people something to eat! That woman had milk to give to her child; we have enough food in the world to feed everyone. I would like to repeat to humanity what I said to that mother: give food to those who are hungry!

Semoga perjuangan wanita untuk memberi susu badan tidak dipandang enteng dan jijik lagi! Mengapa ia harus dijadikan isu? 

Dan buat wanita di luar sana, jangan takut dengan hak anda. Mereka fikir apa? Payudara ini semata-mata berkaitan lucah saja? Ia ada tugas tertentu yang telah diberi oleh Tuhan, lah! Kita sebagai wanita bijak pasti tak mahu mengundang masalah lagi kontroversi, kan? Jadi jangan lupa pakai cover jika anda memberi susu badan di tempat awam.

Nanti terbeliak pula mata-mata “insan yang tak berpuas hati” dengan perihal beri susu badan ini! Dunia yang aneh…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Mic Media, The Washington PostLa Stampa Vatican Insider, dan The Guardian

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris