Popsicle Susu Ibu - Trend Penyusuan Terbaru Yang Merisaukan Para Doktor

Sebelum ini, para ibu kecoh dengan trend seperti keju susu ibu, barang kemas susu ibu dan ais krim susu ibu. Kini, muncul satu lagi trend penyusuan terbaru yang saya pasti anda tidak tahu: popsicle susu ibu. Jom baca untuk mengetahui mengapa trend ini berbahaya mengikut pendapat doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mungkin kedengaran sangat logik untuk memberi bayi anda popsicle susu ibu untuk menyejukkan diri ketika hari panas, tetapi, beberapa ahli medik profesional berasa risau dengan gaya pemakanan bayi seperti ini.

Ia adalah kerana bayi yang kecil tidak mampu untuk menggunakan mulutnya dengan baik dan menghisap dengan betul.

Apatah lagi, ia juga boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius.

Adakah susu popsicle satu idea yang bagus pada musim panas ini?

Trend ini bermula apabila seorang ibu di dalam kumpulan ibu Facebook mencadangkan agar ibu bapa mula memberi anak-anak mereka ais krim susu ibu untuk membantu menyejukkan badan si kecil semasa gelombang panas yang berlaku sekarang ini.

Seorang ibu bahkan menggunakannya sebagai cara untuk membantu anaknya yang sedang tumbuh gigi.

Selepas post itu, ramai ibu percaya yang ia adalah makanan berkhasiat yang boleh diberikan kepada anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia menulis:

“Saya melihat di kumpulan Facebook bahawa anda boleh membeli acuan popsicle yang direka khas untuk tangan yang kecil, tetapi dengan cuaca begitu panas semalam saya hanya menggunakan acuan biasa, dan memasukkan susu ibu yang baru. Anak saya sangat menikmatinya sehingga dia cuba memasukkan semua ke dalam mulutnya sekaligus dan memegangnya ais krim itu sendiri. Dia tidak peduli dengan tempat pemegangnya; sama ada dia pegang di bahagian yang betul atau tidak.”

Fikir dua kali sebelum beri popsicle susu pada bayi anda

https://www.instagram.com/p/BVm9NWAB-Uy/?taken-by=aboutlevi

Tetapi bagi Dr. Carol Cooper, dia tidak begitu kagum dan menggemari trend penyusuan terbaru ini.

Malah, dia juga memberi amaran kepada ibu bapa yang sedang mempertimbangkan untuk memberi makanan popsicle itu kepada bayi mereka.

Menurut Mirror, Dr Cooper berkata:

“Jika anda memberi ais kepada bayi, anda akan mendedahkan risiko kerosakan bibir, mulut dan lidah pada bayi anda. Apa yang membimbangkan saya adalah hubungan langsung dengan ais kerana ini boleh menyebabkan apa yang disebut doktor sebagai kecederaan termal. Susu ibu perlu diberikan kepada bayi secara konsisten dan pada suhu yang betul. Jika bayi anda memerlukan penyejukan, ada cara lain lagi seperti memakai lapisan baju yang nipis, bukan dengan memberinya ais.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar: Shutterstock

Cara menyejukkan bayi pada hari panas

Seperti yang doktor terangkan di atas, ada banyak lagi cara lain untuk anda membantu bayi anda menyejukkan diri semasa hari panas.

Pakaikan bayi dan anak-anak kecil dengan pakaian yang nipis dan longgar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan terdapat peredaran udara di sekitar katil bayi atau di mana bayi anda tidur (keluarkan mana-mana pelapis atau kusyen).

Basahkan kain atau span dan lembapkan badan bayi anda dengan air pada suhu bilik, atau cuba berendam di dalam tab mandi dengan air yang suam-suam kuku.

Saya tahu ramai ibu bapa di luar sana mahu menggunakan cara alternatif yang kreatif untuk memberi makan kepada bayi mereka dan membuatkan anak kekal sejuk dan selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi dalam hal ini, mari kita kekal dengan cara yang lebih baik.

Sama ada anda menyusukan bayi anda sendiri atau menggunakan botol serta memakaikannya baju yang nipis pada hari panas.

Rencana diterjemah daripada Hot Mums Club.

Baca juga:

Susu Ibu Sudah Tamat Tempoh? Jangan Buang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh