5 Posisi Seks Terbaik Ketika Hamil Dari Kama Sutra, Boleh Ajak Pasangan Cuba Sekarang!

Mencari posisi seks ketika hamil bukan sesuatu yang mudah. Ia bagi memastikan kedua-dua pihak sama ada isteri atau suami selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mencari posisi seks ketika hamil bukan sesuatu yang mudah. Ia bagi memastikan kedua-dua pihak sama ada isteri atau suami selesa dengan kedudukan masing-masing.

Lebih-lebih lagi isteri, keselesaannya amat penting bagi memastikan kedudukan yang diambil benar-benar selesa untuk ibu dan bayi. Bukan mudah mahu mencari keselesaan ketika hamil, hanya yang pernah mengalaminya saja akan memahami.

Dengan keadaan perut yang semakin memboyot, mencari posisi seks yang selesa agak mencabar. Disamping mahukan kepuasan, kedudukan yang betul menjanjikan tiada sebarang kesan kepada ibu mengandung sekali gus membuatkannya menikmati seks bersama suami.

Posisi seks ketika hamil yang disarankan

Ada beberapa posisi seks ketika hamil yang disarankan yang menjanjikan keselesaan kepada si ibu mengandung dan pasangannya. Ia pasti akan membuatkan kedua-duanya selesa melayari seks bersama.

Seks ketika hamil adalah sesuatu yang selamat jika ia dilakukan dalam keadaan yang selamat daripada pelbagai segi termasuklah posisi yang selamat bagi memastikan tiada sebarang kecelakaan berlaku kepada bayi dan ibunya.

Seks yang tidak terlalu ganas juga amat disarankan kepada wanita hamil selain mengelakkan sebarang penggunaan bahan yang boleh menyebabkan iritasi. Ibu hamil sangat sensitif jadi amat penting untuk mengambil kira pelbagai faktor jika ingin melakukan seks.

Seksa ketika hamil adalah selamat dengan syarat anda lakukannya dengan selamat dan tidak memberikan sebarang kemudaratan kepada bayi dan ibu mengandung.

Berikut adalah 5 posisi seks ketika hamil dari Kama Sutra yang boleh dicuba:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Cow girl 

Kredit foto: parents.com

Berdasarkan kajian sains, posisi ini akan menjanjikan kepuasan seksual kepada wanita kerana si wanita boleh mengawal penetrasi zakar ke dalam faraj apabila dia berada di atas pasanganya. 

Dengan berada di atas, ia memberi kuasa kepada wanita untuk mengawal kedalaman penetrasi zakar suami dan posisi ini juga memberi keselesaan kepadanya dengan boleh mengawal kelajuan, kedalaman dan posisi badannya. Ia boleh dilakukan ketika trimester pertama, kedua dan ketiga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Doggie style

Kredit foto: parents.com

Ini adalah posisi yang disukai ramai kerana tidak mahu memberi tekanan kepada perut wanita mengandung. ‘Pasangan boleh memasukkan zakarnya daripada belakang dan menggunakan tangan untuk merangsang biji kelentit (klitoris). Posisi ini memberi keselesaan kepada perut. Ini boleh dipertimbangkan ketika anda berada pada fasa akhir trimester kedua. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Seks oral 

Kredit foto: parents.com

Jangan ingat seks oral tak best ya! Ia mungkin bukan penetrasi tetapi ia membuatkan anda rasa relaks dengan rangsangan yang mengasyikkan. 

Dengan duduk di bucu katil dan meletakkan bantal bagi menyokong badan anda, anda boleh duduk dengan relaks sementara pasangan membuat rangsangan oral pada klitoris anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan anda boleh lakukannya daripada tepi atau berhadapan dengan anda. Anda juga boleh melakukannya dengan bertukar posisi anda pula buat ‘pasangan’ anda pula rasa tak senang duduk. Tapi jangan terlalu lama, cramp pula kaki anda nanti.

#4. Reverse cow girl

Kredit foto: parents.com

Seperti yang pertama, anda berada di atas tetapi dalam keadaan terbalik di mana punggung anda menghadap pasangan. Berada di atas membolehkan wanita mengawal penetrasi zakar ke dalam farajnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh gerakkan atau ‘mendayung’ sendiri mengikut keselesaan anda dan pasangan.

#5. Side by side

Kredit foto: parents.com

Posisi ini dikatakan mampu meningkatkan keintiman pasangan kerana anda saling menghadap antara satu sama lain. Anda boleh lakukan perkara lain seperti mencium pasangan dan tidak salah jika selitkan sedikit dengan ‘dirty talk’. 

Anda boleh letakkan bantal di bahagian belakang badan untuk menampung perut anda. Posisi ini dikatakan memberikan keselesaan ketika perut anda semakin membesar. 

Boleh juga dicuba teknik ini ketika anda sudah berada pada trimester ketiga atau tidak salah juga dicuba ketika trimester awal anda mengandung. Teknik side by side diakui bukan saja memberikan keselesaan tetapi ia juga meningkat keintiman kerana wujudnya eye contact antara anda dan pasangan.

Bila lagi mahu menikmati suasana sebelum bayi anda dilahirkan?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: parents.com

Baca juga:

Elak Terlalu Gelojoh, Ini Posisi Seks Ibu Hamil Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan

 

Penulis

Lala Annuar