5 posisi tidur yang selamat, rapat dan selesa untuk pengantin baru

Untuk pengantin baru, pasti resah memikirkan anda akan tidur dengan pasangan kelak, kan? Apa posisi tidur pengantin baru yang selesa, rapat dan selamat? Ini 5 daripadanya...

Untuk pengantin baru, pasti anda risau dan gusar memikirkan anda bakal tidur sekatil dengan pasangan kini. Apa posisi tidur pengantin baru yang selesa? 

Apa harus dibuat kalau tiba-tiba, pasangan tidur “buas” atau anda sendiri tidur “buas”? Jangan sampai terjadinya pergaduhan gara-gara posisi tidur pula!

Bayangkan, setiap malam, anda atau pasangan akan rasa menyampah dan terganggu sebab posisi tidur. Jadi… jom ambil panduan ini sebagai ilmu.

Berikut antara 5 posisi tidur pengantin baru yang akan memberi keselesaan kepada anda dan pasangan. Malah, posisi ini juga akan buat kalian lebih rapat!

5 posisi tidur pengantin baru supaya selesa dan selamat

#1 The Spoon

Ramai pasangan memilih posisi tidur ini setiap malam. Ini kerana kalian akan rasa lebih rapat dan hangat bersama. 

Namun untuk kaum isteri, hati-hati ya! Jangan sampai rambut anda yang panjang itu menutupi muka suami. Kasihan dia, tak bernafas pula nanti!

Cuba alihkan rambut ke bahagian atas atau ikat dan sisirkan ia ke tepi anda. Barulah suami pun sedap nak peluk anda dengan lebih erat! 😉

#2 The Cold Fusion

Posisi tidur pengantin baru yang salah akan beri satu nightmare pada pasangan. Contohnya jika anda tidur dengan gaya ini, tapi dalam cara yang salah. 

Jangan tidur di atas tangan suami seakan-akan bantal. Boleh kebas tangan suami nanti! Sebaliknya, kepala anda dan suami masih di atas bantal.

Dan selitkan tangan suami ke bawah leher isteri. Barulah kalian boleh tidur berpelukan tanpa kekebasan.

#3 Posisi tidur jika dengan bayi

Bagi pasangan yang sudah dikurniakan cahaya mata, pastikan bayi anda tidur di antara anda dan pasangan – tepat-tepat di tengah kalian.

Hal ini sebab bayi amat aktif bergerak ketika tidur. Maka, jika kalian tidak mengapitnya dengan baik, bayi itu akan ke mana-mana entah di atas katil itu! Bahaya…

#4 The Barely There

Posisi ini amat menyelesakan jika kalian bukan jenis yang suka “berkepit” atau berpelukan ketika tidur. Cukuplah sekadar merasai sentuhan pasangan hanya dari jari-jarinya.

Tapi jangan sampai kalian terarah ke satu arah sahaja. Katil itukan luas? Hehe.

#5 The Triangle Offense

Jika anda tidak boleh tidur tanpa haiwan peliharaan anda, pastikan kucing (atau anjing itu) tidur di antara kaki anda dan pasangan. 

Jangan sampai mereka kawal katil pula ya! 

Itulah antara 5 posisi tidur pengantin baru yang selamat, selesa dan lebih rapat. Amalkannya supaya tidaklah anda sakit-sakit badan atau moody keesokan harinya 🙂

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: Seruaja

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/gaya-tidur-dengan-pasangan-maksud/

Penulis

Ayu Idris