Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap hubungan suami isteri. Tidak kurang dengan itu, ada juga mengimpikan hamil bayi kembar dengan berikhtiar melalui pemakanan, perubatan dan posisi untuk mendapatkan anak kembar ketika di ranjang.
Hal yang perlu anda tahu bahawa posisi seks boleh menjadi salah satu faktor penentu ketika ingin memiliki bayi kembar. Ini kerana posisi tubuh isteri ketika ejakulasi memainkan peranan penting.
Baca juga: Teringin Memiliki Anak Kembar? Ini 9 Tips Buat Bakal Ibu Mengikut Saranan Pakar!
5 posisi untuk mendapatkan anak kembar
Mungkin ada yang melayan pasangan mengikut skill dan kemahuan diri masing-masing. Namun sekiranya ingin hamil kembar, anda hendaklah memastikan posisi seks dapat membantu sel sperma segera mencapai dinding rahim.
Ada beberapa teknik ketika di ranjang yang dapat membuatkan sel sperma masuk ke dalam rahim serta menjangkau dan dapat bertemu sel telur. Ketika penetrasi terjadi lebih dalam, maka besar kemungkinan adanya potensi untuk hamil anak kembar.
Justeru, kami kongsikan beberapa posisi untuk mendapatkan anak kembar bagi membantu merealisasikan impian anda dan pasangan:
#1. Doggy style adalah posisi yang tepat kerana kedudukan ini memboleh sperma mendekati rahim lebih mudah
Posisi seks ini dapat memberikan penetrasi yang cukup dalam bagi kaum wanita. Tidak hairanlah ia sememangnya menjadi salah satu gaya bercinta yang digemari oleh kebanyakan pasangan.
Selain memberikan kepuasan ketika melakukan hubungan intim, posisi doggy style ini turut meningkatkan potensi untuk hamil kembar. Hal ini kerana lelaki mengalami orgasme ketika dalam posisi doggy style, manakala rahim wanita pula pada posisi tepat yang memudahkan pergerakan sperma mencari sel telur.
#2. Missionary adalah posisi yang memberikan keselesaan agar cepat hamil kembar
Gaya bercinta missionary ini mampu memberikan kesan keseronokan berganda kerana kedua-dua belah pihak saling menatap muka. Meskipun ia dianggap sebagai posisi seks yang klasik, namun sudah cukup membuatkan penetrasi sempurna.
Selain itu, ia dikatakan mampu meningkatkan kebarangkalian untuk membantu seorang isteri mengandung anak kembar. Gaya missionary ini juga memberikan keselesaan kerana sperma dapat bertemu telur dengan lebih cepat dan membantu proses persenyawaan.
#3. Standing position memberikan penetrasi lebih dalam
Posisi lain yang mampu meningkatkan peluang memiliki anak kembar ialah standing position. Biarpun dilakukan sambil berdiri, anda perlulah pandai merangsang pasangan agar posisi seks ini menjadi tidak bosan.
Tidak hanya dapat memuaskan ghairah seksual sahaja, namun posisi seks tersebut mampu memberikan penetrasi yang dalam dan nyaman.
Standing position ini boleh menjadi gaya bercinta alternatif kerana ia sangat membantu sperma disenyawakan dengan mudah serta meningkatkan peluang hamil anak kembar.
#4. Side by side menjadi salah satu posisi yang boleh dicuba ketika bersama suami
Jika anda sedang mencari posisi seks yang terbaik bagi mendapatkan anak kembar, ibu dan ayah perlu mencuba teknik side by side. Hal ini kerana ia dikatakan salah satu posisi terbaik dan meningkatkan kepuasan ketika hubungan di ranjang.
Selain itu, ia memberikan kenikmatan tersendiri kerana penetrasi dapat dilakukan dengan posisi saling bersebelahan sehingga memberikan rangsangan yang lebih.
Ia turut membolehkan para suami melakukan penetrasi yang lebih dalam sehingga dapat meningkatkan potensi hamil bayi kembar.
#5. Posisi penetrasi dari arah belakang
Jika pasangan melakukan penetrasi dari belakang ketika ibu sedang berbaring, berlutut atau mengiring, ia mampu meningkatkan peluang untuk hamil kembar kerana sperma dilepaskan lebih dekat ke serviks.
Tips ini bukan sembarangan ya! Gaya bercinta ini telah diterbitkan dalam Journal of Sex and Marital Therapy.
Manakala menurut laman Closeronline, tidak ada posisi seks yang benar-benar dapat membantu untuk memiliki anak kembar kecuali ibu ayah boleh menemukan cara melepaskan dua telur atau membelah satu telur.
Keberhasilan posisi ketika berhubungan agar dapat bayi kembar akan tercapai jika ibu memiliki faktor genetik keluarga dengan kehamilan kembar atau pernah melalui program kehamilan kembar.
Sumber: Pop Mama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 Perkara Hanya Ibu Ada Anak Kembar Sahaja Merasainya, No.6 Antara Paling Sukar!