Apabila anda bosan dengan posisi missionary, pasti posisi woman on top yang akan menjadi pilihan anda seterusnya. Betul tak?
Posisi ini menjadi kegemaran para isteri kerana ia boleh memberi kita peluang untuk mengawal ritma permainan di ranjang dan menentukan berapa dalam penetrasi dilakukan.
Akan tetapi, sebuah kajian baru-baru ini telah mengatakan yang posisi woman on top memiliki bahaya yang tidak kita sedari! Ilmuwan mengatakan posisi ini boleh menyebabkan zakar patah.
Selain posisi woman on top, posisi doggy style juga memiliki 29% risiko untuk menyebabkan zakar patah!
Bahaya di sebalik posisi woman on top
Kajian telah dilakukan di School of Medical Sciences, University Campinas di Brazil. Ia kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal Advances in Urology.
Menurut pakar, posisi woman on top antara posisi paling berisiko untuk menyebabkan kejadian zakar patah.
Pakar mengkaji apakah kecederaan ketika berhubungan seks yang biasa terjadi pada kaum lelaki. Daripada data kajian, didapati zakar patah antara kecederaan yang kerap terjadi!
Penelitian dan data itu diperoleh daripada 3 hospital di Campinas, Brazil. Rata-rata lelaki yang mengalami kemalangan zakar patah berusia antara 30 hingga 34 tahun.
44 orang daripada lelaki yang mengalami kemalangan zakar patah mendedahkan yang mereka tercedera ketika melakukan posisi woman on top dan doggy style!
Bagaimana ingin berhati-hati ketika melakukan posisi woman on top?
Akhirnya, kajian menyimpulkan posisi ini memang memiliki risiko paling tinggi untuk menyebabkan penis fracture.
Hipotesisnya kerana apabila wanita berada di atas, seluruh berat tubuh badannya akan tertumpu pada penis yang sedang ereksi.
Ketika melakukan gaya seks ini, suami tidak dapat menghentikan pergerakan dengan serta merta jika terdapat sebarang “kesalahan” ketika proses penetrasi.
Apabila melakukan posisi lain, suami masih berkesempatan untuk berhenti pada bila-bila masa.
Meskipun kedengaran amat serius, namun semua data ini dikumpul dalam jangka masa 13 tahun. Menurut pakar, keadaan zakar patah tidak selalunya terjadi.
Jadi, anda masih boleh melakukan posisi woman on top, cuma hati-hati. Jangan gelojoh sangat, ya!
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Aduh! Anda Tercedera Semasa Berjimak? Ini Jenis-Jenis Cedera Ketika Seks Anda Perlu Tahu