Positif HIV Bukan Pengakhiran Hidup! BANGKITLAH Kerana Ada Rawatan Untuk Anda!

Bagi mereka yang positif HIV, pastinya penyakit ini menjadikan mereka hidup sengsara. Namun, terdapat rawatan yang memberikan peluang kedua untuk anda!

Saat doktor mengesahkan anda positif HIV, pastinya pelbagai perasaan yang datang melewati fikiran. Mana tidaknya, ia adalah penyakit tidak boleh hilang bahkan anda akan menghidapinya untuk keseluruhan hidup!

HIV adalah singkatan bagi Human Immunodeficiency Virus, iaitu sejenis virus yang boleh menyerang sistem imunisasi manusia secara drastik. Kesannya, penghidap jangkitan virus ini terdedah dengan pelbagai bakteria dan jangkitan lain yang menyerang ketahanan badan.

Lebih memburukkan, sesiapa yang positif HIV juga boleh membawa kepada risiko AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome). Secara umumnya, HIV adalah virus penyakit yang menyerang dan memusnahkan sel CD4 (sel-sel dari sistem imunisasi yang melawan jangkitan).

Kehilangan sel penting ini membuatkan tubuh badan tidak mampu untuk melawan jangkitan sebarang penyakit.

Tidak seperti virus lain, badan anda tidak dapat menyingkirkan HIV sepenuhnya. Sekiranya anda dijangkiti virus ini, anda berkemungkinan besar akan menghidapinya untuk seumur hidup.

Salah faham mengenai positif HIV

Sumber: Womens' health

HIV mahupun AIDS adalah penyakit yang boleh disebarkan melalui luka, darah, air mani, dan cairan vagina daripada orang yang dijangkiti virus.

Sebagai contoh, apabila anda melakukan seks tanpa memakai sebarang perlindungan, anda berkemungkinan besar untuk memperoleh jangkitan tanpa anda sedari.

Ini kerana terdapat pertukaran cecair badan antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Keadaan ini akan meningkatkan risiko jika organ seks anda mempunyai luka terbuka.

Biasanya, wanita remaja sangat terdedah kepada jangkitan HIV kerana membran vagina mereka lebih kurus dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan luka daripada wanita dewasa.

Di samping hubungan seksual, terdapat pelbagai perkara lain yang menyebabkan seseorang terjejas oleh penyakit yang melemahkan sistem kekebalan tubuh, iaitu:

  • # Berkongsi barang dan peralatan jarum suntikan lain dengan orang yang terkena HIV
  • # Menggunakan peralatan tatu dan menindik tubuh (termasuk dakwat) yang tidak disterilkan dan telah digunakan oleh orang yang menghadapi virus ini
  • # Wanita hamil yang menghidap HIV (sebelum atau semasa lahir bayi) dan semasa menyusu.
  • # Mempunyai penyakit seksual (STD) lain seperti klamidia atau gonorrhea kerana virus HIV akan sangat mudah untuk masuk apabila sistem imunnya lemah.
  • # Adanya hubungan darah, air mani, atau cairan vagina daripada orang yang mempunyai jangkitan HIV.
  • Sebenarnya, ramai yang salah faham akan virus ini boleh merebak melalui hubungan seharian seperti:
  • # Menyentuh
  • # Berjabat tangan
  • # Pelukan
  • # Batuk dan bersin
  • # Menderma darah kepada orang yang dijangkiti
  • # Penggunaan kolam yang sama atau tempat duduk tandas
  • # Berkongsi makanan
  • # Dari haiwan, nyamuk atau serangga lain

Tidak Boleh Sembuh, Tapi Boleh Memanjangkan Hayat

Walaupun anda tidak menunjukkan sebarang simptom, anda masih boleh menyebarkan virus kepada orang lain.

Ini kerana Human Immunodeficiency Virus adalah satu keadaan yang boleh mengambil masa sehingga 2 hingga 15 tahun untuk menyebabkan gejala.

Bagi mereka yang telah disahkan positif HIV, kebiasannya anda diberikan beberapa rawatan seperti ubat antiretroviral atau Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART). HAART adalah kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral untuk memberikan keberkesanan yang optimal.

Ubat-ubatan HAART tidak boleh menyembuhkan, tetapi boleh membantu orang yang menghidap HIV ini hidup lebih lama dan lebih sihat.

Di samping itu, HAART juga membantu mengurangkan risiko jangkitan HIV.

Tujuan utama ubat antiretroviral adalah untuk mencegah dan mengurangkan jumlah virus HIV di dalam badan dan menghalang ia daripada terus bertambah.

Virus HIV yang berkurangan memberi peluang kepada sistem imunisasi untuk pulih dan cukup kuat untuk melawan jangkitan dan kanser.

Di samping itu, apabila bilangan virus adalah rendah dan tidak dapat dikesan, kemungkinan jangkitan HIV kepada orang lain dikurangkan.

Apabila jangkitan HIV dikesan, anda biasanya diminta untuk mengambil ubat antiretroviral secepat mungkin. Terutama jika anda berada dalam keadaan berikut:

  • # Hamil
  • # Mempunyai jangkitan oportunistik (jangkitan penyakit lain sama dengan HIV)
  • # Mempunyai gejala yang teruk
  • # Kiraan sel CD4 berada di bawah 350 sel
  • # Mempunyai penyakit buah pinggang akibat HIV
  • # Menghidapi hepatitis B atau C

Sebagai tambahan kepada HAART, terdapat banyak ubat untuk HIV yang biasanya dikumpulkan dan digabungkan mengikut kegunaan anda. Pemilihan regimen akan berbeza bagi setiap orang kerana biasanya disesuaikan untuk kesan sampingan dan interaksi ubat lain yang digunakan.

Atas sebab ini, doktor akan memilih rejimen mana yang sesuai untuk merawat keadaan anda.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan rawatan HAART

Sumber: Goalcast

# Kepatuhan penghidap terhadap pengambilan HAART

# Longgokan virus HIV yang rendah,

# Bilangan sel CD4 yang tinggi sebelum memulakan ubat antiretroviral (>200 cells/mm3), dan

# Penurunan longgokan virus yang cepat setelah memulakan ubat antiretroviral

Tip –tip penting yang perlu diingati

# Sentiasa mematuhi masa pengambilan ubat dengan tetap pada setiap hari. Manfaatkan alat-alat seperti jam loceng atau telefon bimbit untuk memberi peringatan masa untuk mengambil ubat.

# Patuhi tarikh dan masa temujanji dengan doktor.

# Sekiranya terlupa atau terlewat makan ubat, terus ambil ubat sebaik sahaja teringat.

# Elakkan mengambil ubat-ubatan tradisional atau herba semasa anda memulakan HAART sebab ia boleh menjejaskan keberkesanan HAART

# Pastikan kuantiti ubat yang mencukupi dibawa sentiasa bersama anda

# Sekiranya anda melancong ke luar negara, PASTIKAN anda mengambil ubat mengikut waktu Malaysia

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dengan ubat-ubatan anda, sila berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi. JANGAN berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor.

Sumber: Hello Sehat, Myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: