postpartum deppression

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Postpartum deppression bukanlah sesuatu yang perlu diambil mudah.Ia tidak mengira siapa untuk menyerang.oleh itu ibu yang baru melahirkan perlu banyakkan berehat dan meminta pertolongan suami atau keluarga terdekat untuk membantu menguruskan bayi dan rumah.Suami juga perlu mengambil berat tentang perasaan isteri dan jangan buat isteri stress.Ini berdasarkan pengalaman saya selepas melahirkan anak pertama.Usia perkahwinan kami masih baru dan kami dikurniakan zuriat .Pada mulanya suami saya sangat bersyukur kerana saya melahirkan zuriatnya,namun lama kelamaan,suami menjadi semakin dingin dan sentiasa tinggalkan saya keseorangan dengan bayi di rumah semasa berpantang.Apabila saya meminta tolong,suami berbuat acuh tak acuh sahaja.Pernah sekali kami bertengkar kerana sikap suami yang suka main main dan memperlekehkan saya,namun saya dimaki hamun teruk.waktu itu saya baru habis pantang.kisah pertengkaran itu meninggalkan trauma ke dalam diri saya.selang seminggu selepas pergaduhan itu,saya berasa sentiasa takut ,menggigil,menangis bila berseorangan dan merasakan bahawa saya nak mati.sampaikan saya bersembunyi dalam selimut kerana takut malaikat datang cabut nyawa saya.namun suami saya menganggap ia adalah perkara yang remeh.peerkara ni berlarutan selam dua minggu sampaikan saya selalu menangis tak tentu masa kerana merasa amat takut akan sesuatu walhal saya pun idak tahu apa yang saya takutkan.selepas itu barulah suami saya bawa saya berjumpa doktor untuk mengetahui masalah saya.akhirnya saya disahkan menhidap postpartum deppression kerana saya sentiasa tertekan dan stress sepanjang pantang.doktor menasihatkan suami saya supaya jangan beri tekanan kepada saya kerana mental saya masih lemah.saya bernasib baik kerana anak saya tidak banyak ragam dan hanya menangis bila lapar susu sahaja.selapas itu,doktor aturkan temujanji saya dengan paka psikiatri untuk mendapatkan rawatan.syukurlah saya tidak perlu mengambil ubat penenang dan hanya perlu sentiasa berpikiran positif dan melawan perasaan takut itu.Dengan dorongan keluarga,alhamdulillah selepas enam bulan,perasaan itu beransur hilang dan saya dapat menjalani kehidupan saya seperti biasa.Inilah sebab mengapa saya menekankan supaya suami memberi kerjasama dan memahami perasaan isteri semasa dalam pantang.Bantulah isteri menyelesaikan kerja kerja rumah,menguruskan bayi atau anak anak yang lain.ketepikanlah ego demi kesejahteraan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan