Menu Potluck Di Pejabat, Sekolah, Sambutan Raya Yang Sedap & Mudah Disediakan

Potluck raya yang bakal dianjurkan di pejabat, sekolah atau di mana saja pasti lebih meriah dengan menu yang kami cadangkan ini.

Selagi Syawal belum habis, selagi itulah akan adanya rumah terbuka. Tapi biasanya di sekolah atau pejabat konsep potluck raya dianjurkan untuk menambah variasi makanan.

Potluck Raya - Kepentingan Konsep Potluck 

Jika ada yang tidak tahu, jamuan makan-makan berasaskan menu potluck ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia termasuklah:

  1. Mengelakkan menu sama - pilihan makanan akan berkurangan jika menu sama dibawa. Jadi dengan adanya menu potluck makanan akan lebih variasi
  2. Mengelakkan pembaziran - jika menu berlainan potensi untuk sesuatu makanan itu habis lebih tinggi sekali gus mengelak pembaziran
  3. Pupuk semangat kerjasama - mungkin ada yang ingin berkongsi menu boleh masak dan sediakan menu bersama
  4. Mengalakkan kreativiti - bagi mengelak membawa makanan yang sama anda akan berfikir di luar kotak dan terciptalah menu jamuan raya yang pelbagai

Contoh Menu Potluck

potluck raya

Berikut antara beberapa idea menu potluck untuk jamuan di pejabat, sekolah atau di mana sahaja yang ingin anda bawa. Boleh cuba bawa menu atau salah satu makanan atau minuman di bawah: 

  1. Menu berkonsepkan mi - mi goreng, mi hailam, mi sup, mihun goreng. mi soto
  2. Menu berkonsepkan kek - kek pisang, kek marble, cupcake, kek lapis, kek butter
  3. Menu berkonsepkan nasi - nasi ayam, nasi daging, nasi lemak, nasi kerabu
  4. Menu Barat - lasagna, pasta, spageti, mac n cheese
  5. Kuih-muih - karipap, cheese tart, donut
  6. Buah-buahan - potong siap
  7. Minuman berperisa - jus buah, air anggur, oren
  8. Ayam goreng
  9. Aneka bubur - bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur durian
  10. Roti jala
  11. Koktail
  12. Agar-agar puding
  13. Sate
  14. Burger mini
  15. Mini pizza
  16. Tauhu bergedil

Tips Pemilihan Menu

potluck raya, menu potluck

Sebelum membuat pilihan menu, ada baiknya anda sekumpulan buat senarai supaya lebih mudah dan tidak bertindih menu. 

  1. Tidak sama dengan orang lain
  2. Bajet - pastikan ia dalam bajet anda
  3. Logistik - tentukan jenis bekas terutama jika anda membawa menu berkuah
  4. Kreatif - elak menu sama dengan orang lain
  5. Tetamu - jika ada tetamu kanak-kanak pastikan menu anda juga sesuai dimakan oleh kanak-kanak

ecentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Raya Setiap Tahun Boleh Kata Sama Sahaja, Tapi Tak Pernah Menjemukan!

Baca juga: 40 Idea Menu Raya Yang Simple & Sedap, Tetamu Mesti Suka

Baca juga: 20 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Para Tetamu Mesti Suka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!