X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Menu Raya Setiap Tahun Boleh Kata Sama Sahaja, Tapi Tak Pernah Menjemukan!

5 min bacaan
Menu Raya Setiap Tahun Boleh Kata Sama Sahaja, Tapi Tak Pernah Menjemukan!

Tak dinafikan yang menu raya ini selalunya akan bertahan sampai hari raya ketiga adanya. Ini resepi menu raya yang terbaik.

Ramadan melabuhkan tirai, Syawal pula yang kunjung tiba. Selain dari rasa teruja untuk menyambut Aidilfitri bersama seisi keluarga, hidangan wajib hari raya juga menjadi satu keterujaan. Antara menu raya ini, mana satu kesukaan anda?

Boleh kata tidak sah raya tanpa menu raya wajib ini yang sememangnya sudah menjadi tradisi kita beraya di Malaysia ini sejak dahulu lagi. Di sini kami kongsikan beberapa menu raya yang terbaik dengan resepi yang nyata sedap tak terkata.

1. Rendang ayam

menu raya: rendang ayam

Sememangnya rendang menjadi juadah yang sangat popular semasa Aidilfitri. Ia sedap dimakan bersama lemang, ketupat dan nasi himpit. Hakikatnya terdapat pelbagai jenis rendang termasuklah rendang ayam, rendang daging, rendang ikan, rendang kerang, rendang padang dan banyak lagi.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

    1. Bersihkan ayam dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
    4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

2. Kuah Kacang

menu raya: kuah kacang

Kuah kacang sememangnya satu juadah yang sedap dan sesuai untuk dimakan bersama ketupat dan rendang. Ia mempunyai rasa pedas, lemak, masin dan manis. Ia juga boleh dihidangkan bersama satay dan kuah lontong. Kala hari raya, kuah kacang menjadi padanan terbaik untuk nasi impit dan lemang.

Bahan-bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, buang biji, rendam air panas dan kisar halus
  • 2 keping gula melaka
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • Bahan untuk hiris nipis:
    • 14 biji bawang merah
    • 7 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

3. Ketupat

menu raya: ketupat

Ia adalah pengganti nasi biasa ketika di pagi raya. Ketupat diperbuat menggunakan pucuk daun kelapa yang kemudiannya dianyam menjadi kelongsong ketupat. Terdapat beberapa jenis ketupat yang ada. Ia termasuklah ketupat nasi, ketupat lemak dan ketupat palas. Bezanya adalah ketupat nasi menggunakan beras putih yang dimasukkan ke dalam kelongsong ketupat, manakala ketupat lemak dibuat menggunakan beras pulut. Kaedah memasaknya juga berbeza. Lain pula untuk ketupat palas yang mana bentuknya berbeza serta menggunakan daun palas.

Bahan-bahan:

  • 1 gantang beras
  • Kelongsong ketupat (siap dianyam) 3 helai daun pandan

Cara penyediaan:

  • Basuh dan tuskan. Isi kelongsong ketupat dengan beras dalam sukatan suku daripada kelongsong.
  • Rebus ketupat lebih kurang 3 jam. Angkat, sejukkan dan hidangkan.

4. Lemang

menu raya: lemang

Selain daripada ketupat, lemang juga menjadi pilihan untuk dihidangkan bersama juadah raya yang lain. Rasanya yang berlemak kerana kandungan santan yang banyak. Biarpun lemang agak sukar untuk dibuat sendiri kerana mengambil masa yang lama untuk memasak, tapi ternyata ia sangat berpuas hati apabila kita menyediakannya sendiri.

Bahan-bahan:

  • 3 kg beras pulut (direndam untuk selama dua jam)
  • 5-6 biji kelapa (diambil santannya)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya
  • Batang buluh anggaran 11-15 batang

Cara penyediaan:

  1. Sejatkan atau toskan beras pulut yang telah direndam selama dua jam.
  2. Kemudian, bersihkan batang buluh dan masukkan daun pisang yang bersih secara gulungan ke dalam batang buluh tersebut.
  3. Tuangkan beras pulut sedikit demi sedikit dan jangan isikan sampai penuh. Tinggalkan sedikit ruang anggaran 2 inci dan ulang langkah ini sehingga beras pulut habis. Pastikan anda hentakkan sedikit buluh tersebut ketika memasukkan beras pulut agar lemang kita menjadi padat apabila sudah masak.
  4. Kemudian, campurkan santan bersama sedikit garam untuk menaikkan rasa berlemak. Tapiskan santan dan jangan ambil bahagian bawah santan kerana nanti lemang kita akan berwarna sedikit kehitaman.
  5. Selepas itu, masukkan santan yang telah dicampur dengan garam tadi ke dalam beras pulut yang telah diisi ke dalam buluh sehingga penuh.
  6. Kemudian, batang buluh yang telah dimasukkan beras pulut dan santan tadi akan diletakkan separuh condong di atas api yang sederhana kuat.
  7. Pastikan anda sentiasa pusing-pusingkan batang buluh untuk setiap 15 minit supaya lemang dimasak dengan sekata dan tidak berkerak. Anda juga perlu sentiasa menjaga api agar tidak terlalu kuat.
  8. Sentiasa pantau lemang anda untuk 10 minit yang awal di mana jika anda dapati lemang agak kering, anda boleh tambahkan sedikit santan.
  9. Masak sehingga lemang masak dengan kawalan api dan sentiasa pusing-pusingkan lemang anda.

Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat buat anda menyediakan menu raya yang sedap buat seisi keluarga anda. Selamat hari raya!

Resepi Che Nom Tumis.my Theresepi.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

Baca juga: 10 Juadah Hari Raya Paling Popular

Baca juga: Makan Ketika Raya Jangan Sampai Tak Ingat Dunia, Ikut Tips Elak Berat Badan Naik Ini!

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Menu Raya Setiap Tahun Boleh Kata Sama Sahaja, Tapi Tak Pernah Menjemukan!
Kongsikan:
  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

    Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

  • Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

    Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

  • Nak Tidur Pun Perlu Baca Doa, Ada Lebih Baiknya Juga Diikuti Dengan Doa Bangun Tidur Selepas Lena Semalaman

    Nak Tidur Pun Perlu Baca Doa, Ada Lebih Baiknya Juga Diikuti Dengan Doa Bangun Tidur Selepas Lena Semalaman

  • Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

    Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

  • Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

    Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

  • Nak Tidur Pun Perlu Baca Doa, Ada Lebih Baiknya Juga Diikuti Dengan Doa Bangun Tidur Selepas Lena Semalaman

    Nak Tidur Pun Perlu Baca Doa, Ada Lebih Baiknya Juga Diikuti Dengan Doa Bangun Tidur Selepas Lena Semalaman

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.