2 kali "kantoi" curang, isteri berang ini terus potong habis kemaluan suaminya!

Selepas 2 kali kantoi curang, seorang isteri mengambil keputusan drastik untuk potong kemaluan suaminya sehingga habis! Apa terjadi apabila zakar dipotong?

Jangan main-main dengan wanita yang tengah marah. Silap hari bulan, insiden potong kemaluan ini boleh terjadi pada anda!

Ha… itulah yang terjadi di China baru-baru ini. Seorang isteri yang berang selepas berjaya menangkap suaminya “kantoi” curang sebanyak 2 kali, akhirnya hilang pertimbangan lalu potong kemaluan suaminya itu.

Apa yang lebih memeranjatkan, bukan sekali saja dia potong kemaluan suaminya itu, tapi ia dipotong sebanyak 2 kali berturut-turut!

Isteri potong kemaluan suami lepas kantoi curang

Semuanya bermula apabila si suami, Fan Lung, bapa kepada 5 orang anak ini mengambil keputusan untuk menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar mesej “rahsia” kepada kekasih gelapnya melalui emel.

Menurut laporan Central European News, suami yang berusia 32 tahun ini lupa untuk log keluar dari akaun emelnya itu selepas mesej dihantar.

Lalu, si isteri yang berusia 21 tahun akhirnya “terbaca” kandungan mesej berahi terbabit.

Berang ditipu “hidup-hidup”, Feng – isteri terbabit akhirnya mencapai sebilah gunting, meluru masuk ke dalam bilik tidur mereka dan memotong terus zakar suaminya itu ketika dia tidur!

Nasib baiklah Fan Lung sempat dikejarkan ke hospital di mana doktor berjaya untuk menyelamatkan kecederaan itu dan menyambung kembali zakarnya.

Suami tak serik, isteri potong kemaluan sekali lagi!

Tapi nampaknya Fan Lung tidak serik dan tidak menerima pengajaran dari perkara yang baru terjadi padanya itu. 

Akibatnya, Feng berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik pemulihan yang menempatkan suaminya ini dan terus memotong habis kemaluan suaminya itu buat kali kedua.

Feng juga terus mencampak baki zakar yang dipotong itu ke luar tingkap dan ia tidak ditemui sehingga kini!

Menurut laporan CEN, walaupun proses mencari telah dijalankan, namun pihak berkuasa masih belum menjumpai saki-baki zakar yang dipotong terbabit.

Ia dipercayai mungkin telah dimakan oleh anjing atau kucing yang berkeliaran.

Ketika kejadian itu berlaku buat kali kedua, Fan Lung sempat mengejar isterinya hingga ke luar hospital, walaupun dia kehilangan banyak darah.

“Pekerja hospital bergegas keluar untuk melihat apa yang terjadi dan amat terkejut apabila mendapati pesakit yang kehilangan banyak darah itu sedang memukul isterinya!” jelas jurucakap hospital. “Pergaduhan mereka berdua dihentikan pihak hospital dan wanita itu ditahan untuk mendapatkan rawatan.”

Walau dipotong kemaluan, suami ini masih diterima kekasih gelapnya!

Kekasih gelap Fan Lung – Zhang Hung yang berusia 21 tahun pula mendedahkan, dia tidak kisah jika kekasihnya itu tidak lagi boleh memberinya zuriat. 

Yang penting hanyalah dia selamat.

“Tak mengapa jika dia tidak lagi boleh beri saya zuriat. Dia pun sudah ada 5 orang anak.”

Apa jadi pada lelaki jika kes potong kemaluan ini terjadi?

Selepas membaca kejadian potong kemaluan ini, pasti anda tertanya-tanya pelbagai soalan. Boleh ke zakar dicantum semula? Boleh ke buat seks kembali? Macam mana nak kencing?

Apa yang pasti, mangsa kes potong kemaluan akan mengalami kesakitan yang melampau

Malah, walaupun jika pembedahan mencantumkan zakar berjaya dibuat pun, mangsa masih akan mengalami kesakitan jika melakukan sesetengah aktiviti yang memberi tekanan pada kawasan crotch itu seperti menunggang basikal.

Potong kemaluan: Apa boleh dibuat selepas itu?

Profesor Dr. Raj Persad, seorang pakar urologi dan disfungsi erektil mendedahkan, proses pemulihan untuk kes potong kemaluan bergantung kepada berapa kritikal kecederaan tersebut.

Beliau dipetik ketika berucap dalam Mail mendedahkan – 

“Amat susah untuk menjahit semula sel-sel saraf, tetapi anda masih boleh menggabungkan semula tisu kopral (tisu ereksi yang ada kebanyakan darah ketika zakar menegang) dan uretha. Jika luka jauh daripada saraf pudendal (saraf di pelvik yang memberi sensasi pada alat kelamin), maka zakar tersebut masih boleh berfungsi.”

Bagaimana jika pencantuman semula tidak boleh dilakukan?

Dalam sesetengah kes, pencantuman semula zakar yang telah dipotong mungkin gagal. Ini membuatkan pilihan zakar baru yang dibuat dari tisu (diambil dari anggota badan lain) akan dijalankan. 

Adakah anda masih boleh melakukan seks?

Kebanyakan pesakit yang telah sembuh masih boleh melakukan seks dan mendapat zuriat selepas kemalangan potong zakar.

Namun, ia bergantung sama ada kecederaan itu melibatkan testikal (buah zakar) atau tidak.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: New York Post, India Today

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcincin-zakar-cincin-kelamin/

Penulis

Ayu Idris