Sekolah Disaman RM4.1 Juta Kerana Potong Rambut Anak Tanpa Kebenaran

Sedangkan ibu ayah sendiri sayang nak potong rambut anak sendiri, ada sentimental value lagi, tiba-tiba guru sekolah yang potong! Memang patut disaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dah jadi ibu bapa barulah anda tahu hal potong rambut anak ni mana boleh dibuat main. Lagi-lagi bila rambut anak dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan ibu bapa.

Seperti yang terjadi di Michigan, Amerika Syarikat baru-baru ini, seorang bapa menuntut ganti rugi sebanya USD1 juta (bersamaan RM4.1 juta) kepada sekolah anaknya, kerana salah seorang dari guru sekolah itu bertindak potong rambut anak perempuannya yang berusia 7 tahun tanpa pengetahuan dan persetujuannya.

Potong rambut anak tanpa izin, sekolah di saman!

Menurut laporan Sky News bapa kepada kanak-kanak perempuan itu, Jimmy Hoffimeyer menamakan sekolah, pustakawan dan pembantu guru di Michigan sebagai defendan dalam saman tersebut. 

Bapanya itu turut menyatakan wujudnya diskriminasi antara kaum, intimidasi etnik dan gangguan emosi serta penafian hak perlembagaan terhadap anak perempuannya yang bernama Jurnee. 

Walau bagaimanapun pihak sekolah membidas kenyataan itu dengan menyatakan tuduhan itu tidak berasas. 

Bapanya itu menceritakan, Jurnee mempunyai darah campuran, dan ketika hari kejadian, anaknya pulang dari Sekolah Rendah Ganiard di Mount Pleasant, kelihatan sebelah bahagian rambut di kepalanya sudah dipotong. Menjadikan rambut anaknya tidak seimbang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kali pertama rakan sekelas yang memotong rambut anak

Menurut anaknya itu, rakan sekelasnya telah memotong rambut Jurnee di dalam bas sekolah sewaktu perjalanan pulang ke rumah. 

Selepas itu bapanya pembuat aduan kepada pengetua sekolah, dan rambut Jurnee dipotong sempurna semula di salun. 

Dua hari selepas kejadian di dalam bas itu, sekali lagi Jurnee kembali dari sekolah dengan rambutnya juga dipotong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan kali ini, anaknya memberitahu gurunya pula yang memotong rambutnya untuk mencantikkan lagi gaya rambut.

Hoffmenye mendakwa murid dan guru yang memotong rambut anaknya mempunyai masalah perkauman, dan kedua-dua mereka adalah individu berkulit putih.

Pihak sekolah tempatan di Mount Pleasant memaklumkan siasatan bebas tidak menunjukkan sikap berat sebelah.

Kakitangan, murid dan keluarga disoal siasat selain video serta gambar disemak termasuk siaran di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bapanya itu memberitahu pihak media bahawa dia dan anak perempuannya kini tidak lagi bersekolah di sekolah itu, dan di sekolah barunya mereka tidak pernah ditemu bual.

Etika sekolah dilanggar, pihak sekolah didapati bersalah

Siasatan mendapati etika sekolah dilanggar ketika rambut Jurnee dipotong walaupun tindakan itu berniat baik.

Difahamkan, ada dua kakitangan lain menyedari kejadian itu tetapi tidak melaporkannya.

Bagaimanapun, kesemuanya sudah membuat permohonan maaf.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tuntutan saman itu antara lain mendakwa pihak sekolah gagal melatih, memantau, mengarah, mendisiplinkan dan mengawasi pekerjanya dengan betul.

Jadi apabila keadaan begini berlaku, bukanlah ibu bapa sengaja untuk membesar-besarkan perkara yang kecil, walaupun ia hanya melibatkan rambut. 

Lihat masalah ini lebih besar sebagai satu hak kita yang orang tidak boleh menyentuhnya, ia mengenai respek. Kita dah jadi ibu bapa baru tahu perkara kecil yang melibatkan anak kecil boleh menjadi besar jika tak betul caranya. 

Kita sebagai ibu bapalah yang berperanan melindungi anak kita. Mengajar anak-anak tentang hak dan respek. 

Kalau terjadi kes sebegini di Malaysia, memang habislah guru-guru itu kena dengan ibu bapa di Asia. Ditambah lagi dengan komen-komen pedas netizen!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Harian Metro, Sky News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ini Sanggup Minum Air Kencing Sendiri Untuk Susukan Anak Di Tengah Lautan