Selalu kita dengar tentang kes bayi didera, budak kecil kena pukul dan sebagainya. Tapi kali ini ia membabitkan seekor anak kucing yang masih kecil apabila ada budak nakal potong tangan kucing tersebut.
Memang tak dapat nak membayangkan bagaimana sengsaranya haiwan comel itu apabila diperlakukan sedemikian rupa.
Namun ya, memang kita tak boleh seratus peratus salahkan budak nakal yang mungkin melakukan perkara tersebut tetapi kalau dapat didikan yang baik oleh kedua-dua orang tuanya maka hal sebegini tidak akan terjadi.
Hal ini kerana, sebagai ibu bapa anda harus menerapkan nilai kasih sayang tidak kira kepada sesiapa pun dalam jiwa anak-anak supaya mereka membesar dengan rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap persekitaran mereka.
Potong tangan kucing, mereka juga adalah sebahagian makhluk Tuhan
Haiwan peliharaan seperti kucing juga merupakan makluk Tuhan di atas muka bumi ini yang perlu mendapat belaian dan kasih sayang daripada manusia.
Sebab itu, kucing ini boleh dibela oleh orang-orang Islam kerana dapat memupuk sikap penyayang di kalangan kita.
Selain kucing ini memiliki sikap yang comel, cerdik sekaligus membuatkan pemilik kucing menangis jika kehilangannya suatu hari nanti.
Seperti perkongsian Balqis di Twitter mengenai anak kucingnya benar-benar menyentuh hati dan membuatkan kita berfikir mengapa kekejaman ini berlaku kepada kucing yang tidak tahu apa-apa ini.
Malah, insiden ini boleh dikategorikan sebagai bentuk penyeksaan yang kejam.
Potong tangan kucing, berikut perkongsian daripada Balqis:
“Pada tahun lepas kucing saya mati. Yang peliknya, tangan kucing ini seolah digunting dan saya sendiri pun perasan semasa di malam tersebut. Di mana, ada saya dengar dia nangis sangat kuat dari dalam sangkar. Bila pergi dekat-dekat, tengok semut sudah hurung tangan dia.
“Semasa itu saya sangat panik sampai tak tahu nak buat apa. Malah, saya sendiri tidak tahu siapa yang melakukannya sampai macam itu. Tapi, saya pasti budak-budak nakal yang ada lalu dekat dengan rumah yang buat.
“Waktu itu pula sudah malam, Saya telefon ayah untuk bawanya berjumpa doktor vet tapi masa itu pun dah 12 tengah malam dan pastinya klinik haiwan semua sudah tutup.
“Lalu ayah saya berkata, memang tidak ada harapan dan meminta saya meletakkanya dalam sangkar.
“Masa itu memang nangis teruk dan cuba untuk merawat dia semula dengan sapu minyak gamat dan balut dengan kain batik.
Minta pandangan kawan-kawan
“Saya pun ambil beberapa keping gambar dan bertanya kepada rakan-rakan apa yang perlu saya lakukan. Semuanya cakap tak tahu nak buat apa. Serius ia memang sangat sedih!
“Malam itu juga saya tidak lena tidur sebab masih dengar anak kucing itu menangis dan sampai satu masa dia berhenti menangis saya pula sambung menangis. Esoknya bila nak ke sekolah mata terus bengkak.
“Saya tahu, walaupun budak nakal yang buat tapi tak boleh salahkan ibu bapa mereka kerana takkan nak monitor anak 24/7 setiap hari. Tapi sepatutnya ibu bapa boleh didik anak supaya sayangkan binatang. Misalnya cara betul untuk handle anak kucing dan bagaimana nak bermain dengannya.
“Sebabnya, ayah saya pernah melihat ada seorang budak asyik duk tendang dan baling seekor kucing yang duduk dekat dengan gerai ibunya berniaga. Malangnya, ibunya tidak melarang apatah lagi marah!
“Jadi nasihat saya, ibu bapalah orang yang boleh dijadikan contoh yang baik kepada anak-anak . Ajar anak sayangkan binatang dan jangan lakukan penderaan sebegini,” tulisnya.
Latih anak tanggungjawab melalui kucing
Inilah cara terbaik untuk membentuk sifat bertanggungjawab, berdisiplin dan penyayang dalam diri anak-anak.
Caranya adalah berikan seekor kucing kepada anak dan ajarnya tentang bagaimana memelihara makluk tuhan yang satu itu dengan sepenuh rasa tanggungjawab dan amanah.
Apapun, pastikan anak-anak atur masa untuk menjaga haiwan peliharaan kesayangan ramai ini.
Selain, latih anak membersihkan kucing dari najis dan kotoran, cara nak berinya makan dan masa yang sesuai untuk bawa kucing bermain.
Lantas dengan cara ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Balqis di Twitter
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comkisah-kucing