Jangan Tergesa-Gesa 'Potty Training' Anak, Silap Langkah Boleh Timbulkan Anxiety Padanya!

Ramai ibu bapa yang mahu potty training anak dengan cepat. Ada pelbagai sebab yang menjurus kepada perkara itu ia termasuklah kerana mahu jimat.

Kita faham, ramai ibu bapa yang mahu potty training anak dengan cepat. Ada pelbagai sebab yang menjurus kepada perkara itu ia termasuklah kerana mahu jimat beli lampin pakai buang atau sekolah tidak mahu menerima kanak-kanak yang tidak di potty train.

Tetapi tahukah anda ibu dan ayah jika anda tersilap langkah dalam potty training anak ia boleh menimbulkan anxiety padanya?

Jangan kerana mahu berjimat dan mahu menurut kata sekolah anda menjadi punca kepada terbentuk anxiety dalam diri anak anda sendiri.

Potty training anak perlu kena caranya

Menurut perkongsian dalam parents.com, potty training anak yang diguna pakai oleh ibu bapa dan berkesan adalah dengan cara tidak memaksa.

Seorang ibu berkongsi pengalamannya bahawa dia tidak secara spesifik memaksa anak untuk ke tandas dan sebagainya tetapi membuat perkara itu dengan cara semulajadi dan natural.

Katanya ia terbukti berkesan dan percaya anaknya akan berjaya dilatih untuk ke tandas sendiri apabila tiba masanya.

Menurutnya ketika anak lelakinya berusia tiga tahun, kanak-kanak itu tidak memperlihatkan yang dia sudah bersedia untuk ke tandas atau buang air kecil dan besar di tandas sendiri.

Beliau pernah mencuba untuk melatih anaknya malah setiap kali berjaya akan diberikan ganjaran kepada kanak-kanak itu tetapi nampaknya tidak berjaya.

Akhirnya ibu itu sedar perbuatannya memberikan ketidak selesaan kepada anak lelakinya dan cuba untuk biarkan ia datang dengan semulajadi.

Mungkin lain kanak-kanak lain pendekatan yang perlu digunakan untuk potty training mereka. Ada kanak-kanak yang mungkin boleh dalam keadaan paksaan dan ada kanak-kanak yang mungkin tidak. Jadi penyelesaian bagi ibu ini adalah keadaan semulajadi berhasil untuk anaknya.

Ibu berkenaan sering membaca buku mengenai potty training kepada anaknya yang juga sekaligus membuatkan kanak-kanak itu berminat untuk melakukannya.

Boleh sebabkan anxiety dan tekanan jika dipaksa

Menurut ibu itu, dia bersyukur sekolah anaknya juga tidak memaksa untuk kanak-kanak melalui potty training terlebih dulu sebelum dibenarkan bersekolah.

Katanya menurut pengarah di sekolah berkenaan, apabila anak-anak dipaksa mereka boleh jadi sebenarnya tidak bersedia daripada segi mental, fizikal dan emosi yang akhirnya menyebabkan anxiety, rasa malu, tekanan dan menyebabkan hubungan tegang antara ibu bapa dan anak.

Tips untuk ibu ayah jika mahu potty training anak tanpa tekanan

#1. Kenalkan anak dengan tandas seawal umur 1 tahun

Tidak perlu paksa mereka, cuma perlu kenalkannya dengan tanda sahaja. Selalu bawa anak ke tandas. Kenalkan kepada mereka apa itu tandas dan fungsi-fungsi alatan di tandas.

#2. Praktis anak memakai lampin kain, bukan lampin pakai buang

 Lampin kain akan membuatkan anak rasa tak selesa apabila basah. Sekarang banyak ‘cloth diaper’ cantik-cantik di pasaran. Bukan sahaja dapat ajar anak cerai lampin awal, malah dapat jimat wang juga.

#3. Ajar anak perkataan atau panggilan yang senang untuk mereka ingat

 Contohnya jika nak kencing sebut “nak wiwi” atau “nak shishi”. Jika nak buang air besar “nak poo poo”.

#4. Bawa anak anda ke bilik air dan kerap bertanya anak mahu buang air atau tidak

Kerap bertanya kepadanya tetapi jangan terlalu memaksa kerana ia akan membuatkan anak anda rasa tertekan.

#5. Boleh juga beri ganjaran pada anak

Beri  ganjaran pada anak-anak sebagai galakan supaya mereka lulus dengan cemerlang dalam tempoh percubaan ini. Sudah tentu mereka akan lebih bersemangat.

#6. Jadikan rutin

Konsisten adalah kunci utama. Cuba jadikan rutin untuk anak pukul berapa sepatutnya dia ke tandas. Jika kerap tanya pun akan mendatangkan ketidak selesaan padanya kan?

#7. Pakaikan mereka seluar dalam

Ini sekaligus akan memberi isyarat pada mereka ia bukan lampin pakai buang. Jadi pakaikan mereka seluar dalam dan membuatkan mereka lebih bersedia.

#8. Biarkan dia bergaul dengan kanak-kanak yang sudah di potty trained

Jika dia bersekolah, biar dia lihat sendiri rakannya sudah tidak lagi membuang air kecil atau besar dalam lampin pakai buang.

Kanak-kanak dalah pemerhati yang sangat baik, jadi mereka akan cepat mencontohi jika orang di sekeliling mereka sudah melakukannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: siraplimau, parents.com

Baca juga:

4 kesalahan potty training yang patut dielak oleh ibu bapa

Penulis

Lala Annuar