4 kesalahan potty training yang patut dielak oleh ibu bapa

Memang potty training atau melatih anak ke tandas tak semudah 123, tapi ibu bapa mungkin menyukarkan keadaan dengan buat 4 kesalahan ini:

Potty training anak - melatih anak ke tandas

Potty training selalu dianggap sebagai salah satu perkara yang sukar dalam tugas ibu bapa. Memang ia bukan semudah 1,2,3 tapi anda mungkin menyukarkan lagi proses melatih anak ke tandas ini dengan membuat kesalahan 4 berikut.

Semak jika anda terbuat salah satu daripada senarai ini atau tak:

1. Tak buat perubahan dari lampin ke seluar dalam

Semasa dalam tempoh anda mahu mengajar anak untuk bebas lampin, anda akan mengalami sesuatu yang di luar jangkaan. Biasanya lampin anak anda akan penuh di waktu pagi, tapi semasa anda hendak mengajarnya 'potty training' lampinnya kering!

Menukarkan lampin anak kepada seluar dalam adalah langkah yang bijak kerana anda boleh beritahu mereka sudah besar dan tidak memerlukan lampin.

Kesalahan utama di sini apabila ibu bapa tidak mahu ambil risiko anak kencing atas katil. Lalu anda memakaikannya lampin dan bukan seluar dalam. Sedangkan sebenarnya ini membuatkan si anak keliru mengapa mereka perlu ke tandas sedangkan mereka memakai lampin.

2. Tergesa-gesa nak ajar anak ke tandas sendiri

Pastikan anak juga bersedia untuk sesi potty training.

Salah satu kesalahan yang biasa dilakukan ibu bapa ialah terlalu cepat ingin melatih anak bebas lampin sebelum masanya. Ramai ibu bapa perlu menganalisis perkembangan anak sebelum mengajar potty training.

Cadangan dari Baby Center ialah:

Tanda fizikal:

  • koordinasi badan
  • jumlah air kencing dalam satu masa
  • waktu membuang air yang boleh dijangka
  • lampin yang kering di waktu malam secara berterusan

Tanda perilaku:

  • boleh duduk diam dalam satu posisi selama 2 hingga 5 minit
  • boleh tanggal dan pakai seluar sendiri
  • tidak suka lampin basah
  • menunjukkan minat dengan tabiat tandas orang lain (suka melihat anda ke tandas atau ingin memakai seluar dalam)
  • menunjukkan tanda fizikal atau verbal jika hendak membuang air seperti mencangkung atau memberitahu anda 
  • menunjukkan tanda berdikari
  • bangga dengan pencapaian sendiri
  • tidak menolak untuk belajar menggunakan tandas

Tanda kognitif:

  • faham tanda fizikal hendak buang air
  • boleh mengikut arahan seperti 'pergi ambilkan mainan'
  • faham nilai meletakkan semula sesuatu ditempatnya
  • boleh membahasakan air kencing atau air besar.

Jika anda anda ada perkembangan seperti di atas, ia adalah masa yang sesuai untuk memulakan potty training. Jika tidak, anda mungkin sedang membuat kesalahan.

3. Tak bersedia secara mental

Percaya atau tidak, segala tekanan bukan hanya pada anak anda. Anda juga harus bersedia secara mental kerana potty training adalah mencabar untuk anda juga! Anda harus konsisten untuk menjadikan ia tabiat untuk anak anda.

Sekiranya anda belum bersedia, jangan mulakan lagi. Kerana ramai ibu bapa yang kecundang dan menyebabkan anak mereka kembali memakai lampin. Ini akan menambah kekeliruan anak. Jadi, pastikan anda juga bersedia sebelum bertukar.

4. Kerap sangat guna seluar latihan

Seluar latihan memang bagus tapi hanya jika ia digunakan bila perlu sahaja.

Jangan terlalu bergantung pada seluar latihan terlalu lama. Ia memang berguna semasa tempoh potty training tapi bukanlah untuk digunakan selamanya. 

Jika guna seluar dalam biasa, kanak-kanak akan tahu jika mereka telah membuat silap dan akan cuba membetulkan kesilapan tersebut. Sebaliknya jika mereka bergantung pada seluar latihan, mereka akan terlalu bergantung dengan seluar tersebut dan proses latihan bebas lampin akan terganggu.

 

 

 

 

Sumber: theAsianParent Singapore

Baca juga:

 

Penulis

Aqma