Jawatan Presiden sering sinonim dengan identiti dan gaya hidup mewah. Banyak Presiden dunia duduk dalam rumah besar, naik kereta mewah, ada banyak pegawai peribadi dengan gaji yang berlambak. Hal ini membuatkan kita terfikir — ada ke Presiden paling miskin di dunia?
Jawapannya ada. Sebab bukan semua Presiden hidup seperti yang kita nampak ini. Di Amerika Latin contohnya, terdapat beberapa Presiden paling miskin di dunia yang hidup sama seperti rakyat!
Anda tak percaya? Jom semak siapakah 7 Presiden paling miskin di dunia yang kami masukkan dalam senarai ini.
7 Presiden paling miskin di dunia, semuanya demi rakyat!
1. Fernando Lugo
Fernando Lugo antara Presiden paling miskin di dunia yang amat terkenal. Sebelum menjadi Presiden Paraguay, beliau pernah berkhidmat sebagai pastor yang membela nasib kaum tertindas.
Selepas menjadi Presiden pada tahun 2008, Lugo tidak pernah menerima duit gajinya yang berjumlah 4,000 USD. Beliau memberi duit itu kepada rakyat. Menurutnya —
“Saya tak perlu duit gaji sebanyak itu. Sepatutnya, ia dijadikan hak kepada kaum-kaum miskin.”
Lugo juga masih menetap di rumahnya yang sederhana selepas menjadi Presiden. Antara makanan harian yang beliau suka ialah ubi rebus, nasi putih, salad dan ikan, makanan harian rakyat.
2. Jose ‘Pepe’ Mujica
Jose Mujica adalah Presiden paling miskin di dunia yang agak terkenal. Beliau pernah menghabiskan masa selama 14 tahun dalam penjara kerana menentang diktator.
Selepas menjadi Presiden Uruguay pada tahun 2010, beliau masih kekal tinggal di rumahnya. Dalam rumahnya itu tiada satu pun pelayan.
Ini bermaksud, semua pekerjaan rumah seperti memasak dikerjakan beliau sendiri. Presiden paling miskin di dunia ini juga menyumbang hampir 90% dari gajinya untuk rakyat.
Beliau hanya ada sebiji kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1987 sebagai kereta peribadinya. Hidup sederhana memang falsafah penting Presiden berjiwa rakyat ini.
3. Hugo Chaves
Hugo Chaves adalah Presiden Venezuela yang memang lahir dari keluarga susah. Beliau hidup dengan neneknya.
Selepas menjadi Presiden pada tahun 1998, Chaves terus membela nasib kaum miskin. Setiap kali melakukan kunjungan, Chaves hanya naik jeep dan menumpang trak.
Pernah sekali ketika banjir lebat melanda Venezuela, Chaves membuka Istana Presiden untuk menjadi tempat perlindungan rakyat.
4. Fidel Castro
Fidel Castro sering dipaparkan sebagai seorang diktator Cuba yang hidup mewah.
Namun hakikatnya, oleh sebab Presiden paling miskin di dunia ini berbeza jalan dengan sistem imperialisme, beliau selalu disisih dari perhatian media.
Kenyataannya, Castro hidup penuh sederhana. Beliau tidak menerima gaji Presiden yang besar.
Sebab itu beliau dengan berani membidas majalah Forbes yang menuduhnya memiliki simpanan hampir 900 juta USD di luar negara.
5. Nelson Mandela
Siapa yang tak kenal dengan Presiden hebat ini? Beliau merupakan pemimpin terbuka yang membebaskan Afrika Selatan dari kolonialisme dan apartheid.
Meskipun amat terkenal dengan kepahlawanannya itu, Mandela juga antara Presiden paling miskin di dunia. Beliau sering memotong gajinya untuk diberi kepada rakyat.
Malah pada tahun 1994 ketika negaranya dilanda rejim, Mandela ingin melaksanankan proses “ikat perut” dan beliau sanggup memotong gajinya sendiri.
6. Evo Morales
Evo Morales ialah Presiden paling miskin di dunia dan merupakan Presiden pribumi pertama dalam sejarah negara Bolivia.
Evo memang hidup susah sejak dari kecil. Beliau pernah mengembala kambing untuk hidup dan tidak menyambung pelajarannya. Pada tahun 2005, beliau menyandang jawatan Presiden.
Morales tidak pernah lokek untuk memotong gajinya bagi membantu pelbagai masalah. Contohnya seperti untuk meningkatkan jumlah guru dan doktor di Bolivia.
Malah ketika Peru, Haiti dan Chile dilanda gempa bumi, Morales juga sanggup memotong gajinya untuk diberi kepada rakyat yang dalam kesusahan!
7. Ahmadinejad
Ahmadinejad ialah Presiden rasmi untuk Iran sejak tahun 2005.
Ketika menetap di jabatan kementerian, Ahmadinejad meminta agar membantunya menggulung dan menyimpan karpet antik peninggalan Persia di istana negara dan menggantinya dengan karpet biasa.
Wah, sungguh luar biasa sekali ketujuh-tujuh Presiden paling miskin di dunia ini. Ia memberi sedikit harapan kepada kita di mana pihak atasan juga boleh hidup sama seperti rakyat. Demi rakyat, mereka sanggup melakukan apa saja!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!