Polisi Keperibadian Tickled Media
(Last updated on 26th February 2021)
1. Gambaran menyeluruh
1.1 Polisi Keperibadian ini menerangkan amalan perlindungan data oleh Tickled Media Pte. Ltd. (“Tickled Media” atau “kami”). Tickled Media membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada pengguna-pengguna di seluruh dunia dan adalah pengawal data maklumat anda. Polisi Keperibadian ini dipakai oleh semua laman web dan aplikasi mudah alih yang dimiliki dan dikendalikan kami ataupun rakan gabungan kami ahli di bawah pemilikan bersama atau di bawah kawalan bersama Tickled Media yang menghubungkannya ke Polisi Keperibadian ini (“Ahli-Ahli Gabungan“), dan perkhidmatan dalam talian dan luar talian yang berkaitan dengannya (termasuk halaman-halaman media sosial kami) (secara kolektif,”Perkhidmatan-Perkhidmatan”).
1.2 SILA BACA POLISI KEPERIBADIAN INI DENGAN TELITI UNTUK MEMAHAMI BAGAIMANA KAMI MENGENDALIKAN MAKLUMAT ANDA. JIKA ANDA TIDAK SETUJU DENGAN POLISI KEPERIBADIAN INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN TERSEBUT.
1.3 Kami berhak untuk mengubah Polisi Keperibadian ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara kami, dan perubahan-perubahan tersebut akan dikuatkuasakan terhadap anda jika anda masih mengakses dan menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami pada bila-bila masa selepas perubahan-perubahan tersebut disiarkan. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa dan terikat pada anda sekiranya anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa selepas perubahan-perubahan tersebut diterbitkan pada halaman ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Polisi Keperibadian yang telah diubah, sila berhenti dengan segera daripada menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut. Anda dikehendaki untuk mengunjungi halaman ini dari semasa ke semasa untuk memastikan anda mengetahui syarat-syarat terkini untuk Polisi Keperibadian ini. Kami boleh melalui budi bicara kami memberitahu anda mengenai sebarang perubahan melalui cara selain daripada penerbitan pada halaman di sini. Pada ketikanya kami tidak memberitahu anda mengenai sebarang perubahan melalui cara lain, perubahan yang dibuat akan tetap dikuatkuasakan tanpa mengira apa-apa.
2. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN KAMI DAN CARA-CARA KAMI MENGGUNAKANNYA
2.1 Kami memperolehi maklumat mengenai anda melalui kaedah-kaedah seperti yang disenaraikan di bawah semasa anda menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami. Maklumat yang kami kumpulkan dan tujuan kami menggunakannya adalah serba sedikit bergantung kepada tahap-tahap penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan tertentu oleh anda dan cara anda berinteraksi dengan Tickled Media. Jadual berikut menerangkan kategori-kategori maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda:
|
Kategori-Kategori Maklumat yang Dikumpulkan |
|
Maklumat identiti, pengenalan dan maklumat pendaftaran akaun, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alias, alamat e-mel, alamat pos, nombor telefon, alamat peranti tanpa wayar, nama pengguna akaun atau nama skrin dan kata laluan |
|
Maklumat demografik dan statistik, termasuk tetapi tidak terhad kepada jantina, keminatan, maklumat gaya hidup, dan hobi |
|
Maklumat kewangan dan transaksi, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat penghantaran, nombor kad kredit atau debit, nombor pengesahan, dan tarikh luput, dan maklumat berkenaan transaksi dan pembelian-pembelian anda dengan kami |
|
Kandungan yang dihasilkan oleh pengguna, termasuk tetapi tidak terhad kepada gambar-gambar, video-video, audio, maklumat mengenai acara-acara anda, sebarang maklumat yang anda mengemukakan di forum Tickled Media atau papan mesej atau aplikasi mudah alih, maklum balas yang anda tinggalkan untuk penjual, dan maklum balas atau testimoni-testimoni yang anda membekalkan mengenai Perkhidmatan-Perkhidmatan kami |
|
Maklumat Perkhidmatan Pelanggan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pertanyaan-pertanyaan dan mesej-mesej lain yang anda sampaikan kepada kami secara langsung melalui borang dalam talian, melalui e-mel, melalui telefon, atau melalui pos; dan ringkasan-ringkasan atau rakaman-rakaman suara interaksi anda antara dengan pegawai perkhidmatan pelanggan |
|
Komunikasi dengan penjual-penjual dan rakan kongsi dalam acara, termasuk tetapi tidak terhad kepada mesej-mesej dan panggilan-panggilan melalui Perkhidmatan-Perkhidmatan kepada penjual-penual dan rakan kongsi pengiklanan, dan maklumat yang dapat dipetik daripada mesej tersebut seperti tarikh/masa komunikasi tersebut, nombor asal, nombor penerima, tempoh panggilan, dan lokasi anda seperti yang ditentukan oleh kod kawasan anda |
|
Penyelidikan, tinjauan, atau maklumat undian, termasuk tetapi tidak terhad kepada ketikanya anda mengambil bahagian dalam sesebuah tinjauan atau pertandingan, kami mengumpul maklumat yang diperlukan untuk anda mengambil bahagian (seperti maklumat nombor telefon), dan untuk menunaikan hadiah anda |
|
Maklumat peranti dan pengecam-pengecam, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat IP; jenis pelayar (browser) dan bahasa; sistem operasi; jenis platform; jenis peranti; ciri-ciri perisian (software) dan perkakasan (hardware); dan peranti, pengiklanan, dan aplikasi pengecam-pengecam yang unik |
|
Sambungan dan penggunaan data, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai fail yang anda memuat turun, nama domain, halaman arahan (landing page), aktiviti melayari, kandungan atau iklan yang dilihat dan diklik, tarikh-tarikh dan masa-masa akses, halaman-halaman yang dilihat, borang-borang yang anda lengkapkan sepenuhnya atau separanya, carian-carian istilah, fail-fail yang dimuat naik atau dimuat turun, sama ada anda membuka e-mel dan interaksi anda dengan kandungan e-mel tersebut, masa akses, log-log ralat (error logs), dan maklumat lain yang serupa |
|
Geolokasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada bandar, negeri, negara, dan poskod yang berkaitan dengan alamat IP anda atau diperoleh melalui triangulasi Wi-Fi; dan, dengan kebenaran anda selaras dengan penetapan (settings) peranti mudah alih anda, dan maklumat geolokasi yang tepat daripada fungsi berasaskan fungsi GPS pada peranti mudah alih anda |
|
Maklumat media sosial, termasuk tetapi tidak terhad kepada ketikanya anda mengakses Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut melalui sambungan atau log masuk pihak ketiga, kami boleh mempunyai akses terhadap maklumat yang anda berikan kepada rangkaian sosial tersebut merangkumi nama anda, alamat e-mel, senarai rakan-rakan, gambar, jantina, lokasi, dan bandar semasa; dan maklumat yang anda berikan kepada kami secara langsung melalui halaman kami di platform rangkaian sosial dan blog (seperti, Facebook, Instagram, Snapchat, WordPress, dan Twitter) |
|
Maklumat sensitif seperti data mengenai Kesihatan, Perubatan, Konsepsi, Kitaran Haid, Kehamilan, dan tahap aktiviti seksual anda. |
|
Maklumat lain, seperti, apa-apa maklumat yang diberikan oleh anda secara langsung kepada Tickled Media sehubungan dengan penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatantersebut oleh anda |
2.2 Anda memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang tertera di atas daripada anda secara langsung atau tidak langsung, atau melalui sumber-sumber berikut:
- Pengguna-pengguna lain yang memberikan maklumat mengenai anda berkaitan dengan acara atau profil mereka;
- Penjual semula data pengguna;
- Rekod pangkalan data awam;
- Persidangan-persidangan dan acara-acara lain;
- Ahli-Ahli Gabungan kami;
- Rangkaian-rangkaian media sosial, selaras dengan pilihan keperibadian anda terhadap perkhidmatan tersebut;
- Pemprosesan pembayaran daripada pihak ketiga yang mengumpulkan maklumat bagi pihak kami dan sesiapa yang mempunyai hubungan yang bebas dengan anda;
- Pembekal-pembekal dan penjual-penjual pihak ketiga;
- Penjual acara yang anda berkomunikasi;
- Rakan-rakan tinjauan atau undian;
- Penyelidik-penyelidik dan penganalisis-penganalisis;
- Pembekal-pembekal iklan;
- Pemberi-pemberi analisis; dan
- Cookies dan teknologi penjejakan.
2.3 Carta berikut memberikan maklumat tambahan mengenai tujuan-tujuan dan asas-asas perundangan dalam mengumpulkan dan menggunakan maklumat anda.
|
Tujuan-Tujuan Penggunaan |
Asas yang sah |
|
Berkomunikasi dengan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
|
|
|
Membekalkan Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
|
|
|
Peribadikan pengalaman anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
|
|
|
Menjamin Perkhidmatan-Perkhidmatan dan pengguna-pengguna kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
|
|
|
Pengesanan dan pencegahan penipuan, mempertahankan hak undang-undang kami dan untuk pematuhan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
|
|
2.4 Maklumat yang Digabungkan. Bagi tujuan-tujuan yang telah dibincangkan di dalam Polisi Keperibadian ini, kami boleh menggabungkan maklumat yang dikumpulkan kami melalui Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut dengan maklumat yang diterima kami daripada sumber-sumber lain, baik dalam talian dan di luar talian, dan menggunakan maklumat digabungkan tersebut selaras dengan Polisi Keperibadian ini.
2.5 Tawaran promosi daripada kami. Kami boleh menggunakan identiti anda, kenalan anda, data teknikal anda, data penggunaan anda dan data profil anda untuk membentuk satu pandangan mengenai apa-apa yang kami rasa mungkin anda mahukan atau perlukan, atau apa-apa yang mungkin menarik bagi anda. Ini adalah cara bagaimana kami menentukan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan tawaran-tawaran yang mungkin relevan bagi anda (kami memanggil ini pemasaran). Anda akan menerima komunikasi-komunikasi pemasaran daripada kami sekiranya anda telah memohon maklumat daripada kami atau membeli barangan-barang atau perkhidmatan daripada kami dan anda belum memilih untuk tidak menerima pemasaran tersebut.
2.6 Perubahan tujuan. Anda selanjutnya bersetuju bahawa kami juga boleh sewajarnya mempertimbangkan bahawa kami perlu menggunakan data anda untuk alasan yang lain dan alasan tersebut adalah selaras dengan tujuan asal.
3. MAKLUMAT MENGENAI INDIVIDU-INDIVIDU LAIN
Semasa anda menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, anda mungkin memberikan maklumat mengenai individu-individu lain kepada kami. Sebagai contohnya, anda mungkin memuat naik foto ahli-ahli keluarga anda kepada Perkhidmatan-Perkhidmatan kami. Pada ketikanya anda memberi kami maklumat mengenai individu-individu lain, anda menjamin kepada kami bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk kami mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam Polisi Keperibadian ini (kami akan mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data mereka dengan cara yang sama dan untuk tujuan yang sama seperti yang kami kumpulkan, gunakan dan dedahkan maklumat anda sendiri).
4. COOKIES DAN ANALITIK DALAM TALIAN
4.1 Kami menggunakan pelbagai jenis alat penjejakan dalam talian dan perkakasan analitik (sebagai contohnya, cookies, flash cookies, pixel tags, dan HTML5) untuk menerima dan menganalisa maklumat apabila anda menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut. Tambahan kepada tujuan-tujuan pengumpulan yang diterangkan di atas, teknologi-teknologi ini membenarkan kami untuk menawarkan anda satu pengalaman yang disesuaikan kepada anda pada masa hadapan dengan memahami dan mengingati pelayaran internet dan pilihan penggunaan anda.
4.2 Kami juga mungkin akan menggunakan perkhidmatan analitik web pihak ketiga pada Perkhidmatan-Perkhidmatan kami untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat yang termasuk tetapi tidak terhad kepada segala maklumat yang dibekalkan oleh anda kepada kami yang telah dikumpulkan melalui teknologi-teknologi ini bagi membantu kami dalam pengauditan, penyelidikan, atau laporan; pencegahan penipuan; dan membekalkan ciri-ciri tertentu kepada anda. Jenis-jenis alat penjejakan dan analitik yang digunakan kami dan pemberi perkhidmatan kami untuk tujuan-tujuan ini adalah:
- “Cookies” adalah fail-fail teks kecil yang disimpan di komputer atau peranti anda untuk mengumpulkan maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami oleh anda. Cookies mungkin akan membantu kami mengenali anda sebagai pengguna yang sama yang menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami pada masa lalu, dan mengaitkan penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan anda dengan maklumat lain yang kami ada mengenai anda. Cookies juga dapat digunakan untuk menambahbaikkan pengalaman anda di Perkhidmatan-Perkhidmatan (misalnya, dengan menyimpan nama pengguna anda) dan/atau untuk mengumpulkan penggunaan umum dan maklumat statistik yang digabungkan. Sebilangan besar jenis pelayar (browser) boleh diatur untuk mengesan cookies dan memberi anda peluang untuk menolaknya, tetapi menolak cookies mungkin, dalam beberapa kes, mengehadkan penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami atau ciri-ciri oleh anda. Sila dimaklumkan bahawa dengan menyekat, mematikan, atau mengurusi mana-mana atau semua cookies, anda mungkin tidak mempunyai akses atas ciri-ciri atau penawaran Perkhidmatan-Perkhidmatan tertentu.
- “Local shared objects,” atau “flash cookies,” dapat disimpan di komputer atau peranti anda menggunakan satu pemain media atau perisian lain. Local shared objects sebanyak serupa beroperasi seperti cookies, tetapi tidak dapat diuruskan dengan cara yang sama. Bergantung kepada cara local shared objects diaktifkan di komputer atau peranti anda, anda mungkin dapat menguruskannya menggunakan tetapan perisian.
- “Pixel tag” (juga dikenali sebagai “Clear GIF” atau “web beacon”) yang merupakan gambar kecil – biasanya hanya satu piksel – yang boleh diletakkan pada laman web atau dalam komunikasi-komunikasi elektronik kami kepada anda untuk membantu kami mengukur keberkesanan kandungan kami, sebagai contoh, mengira bilangan individu yang mengunjungi kami dalam talian atau mengesahkan sama ada anda telah membuka salah satu e-mel kami atau melihat salah satu laman web kami.
- “HTML5” (bahasa beberapa laman web dikodkan seperti laman web mudah alih) dapat digunakan untuk menyimpan maklumat di komputer atau peranti anda mengenai penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan oleh anda sehingga kami dapat memperbaiki dan menyesuaikannya untuk anda.
5. PENGIKLANAN DALAM TALIAN
5.1 Gambaran Keseluruhan Pengiklanan Dalam Talian
- Perkhidmatan-Perkhidmatan ini boleh mengintegrasikan teknologi pengiklanan pihak ketiga yang membolehkan penyampaian kandungan yang relevan dan pengiklanan pada Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, serta di laman-laman web yang lain yang dilawati oleh anda dan aplikasi-aplikasi yang lain yang digunakan oleh anda. Iklan mungkin berdasarkan pelbagai faktor seperti kandungan halaman yang anda lawati, carian anda, data demografi, kandungan yang dihasilkan oleh pengguna dan maklumat-maklumat lain yang dikumpulkan kami daripada anda. Iklan-iklan ini mungkin berdasarkan aktiviti semasa anda atau aktiviti anda dari semasa ke semasa dan di laman web dan perkhidmatan dalam talian yang lain dan mungkin disesuaikan dengan minat anda.
- Pihak ketiga, yang produk atau perkhidmatannya dapat diakses atau diiklankan melalui Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, juga dapat meletakkan cookies atau teknologi penjejakan yang lain pada komputer, telefon bimbit, atau peranti-peranti lain bagi mengumpulkan maklumat mengenai anda seperti yang telahpun dibincangkan di atas. Kami turut membenarkan pihak ketiga yang lain (seperti rangkaian dan server iklan seperti Google dan lain-lain) untuk menyiarkan iklan yang disesuaikan untuk anda di Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, laman-laman web yang lain, dan dalam aplikasi-aplikasi yang lain, dan untuk mengakses cookies mereka sendiri atau teknologi penjejakan yang lain di komputer, telefon bimbit, atau peranti-peranti yang lain yang digunakan oleh anda untuk mengakses Perkhidmatan-Perkhidmatan kami. Kadang-kala, kami memberikan maklumat mengenai pelanggan kami (seperti alamat e-mel) kepada pemberi perkhidmatan, yang mungkin akan “memadankan” maklumat ini dalam bentuk yang dielakkan pengenalpastian (de-identified) dengan cookies (atau pengecam iklan peranti mudah alih) dan ID hakmilik lain, untuk memberi anda iklan yang lebih relevan semasa anda melayari laman-laman web dan aplikasi mudah alih yang lain.
- Kami tidak mempunyai akses kepada, dan Polisi Keperibadian ini juga tidak mentadbir, penggunaan cookies atau teknologi penjejakan lain yang mungkin diletakkan pada peranti anda yang digunakan oleh anda untuk mengakses Perkhidmatan-Perkhidmatan ini oleh pihak ketiga yang tidak berafiliasi dengan kami. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan pengiklanan pelayar yang disesuaikan dan bagaimana anda boleh mengawal cookies secara am daripada dimasukkan ke dalam komputer anda untuk menyampaikan pengiklanan yang disesuaikan, anda boleh melawat Network Advertising Initiative’s Consumer Opt-Out link, Digital Advertising Alliance’s Consumer Opt-Out link, ataupun Your Online Choices supaya memilih untuk tidak menerima iklan yang disesuaikan daripada syarikat- syarikat yang mengambil bahagian dalam program tersebut. Untuk memilih keluar dari Google Analytics untuk iklan paparan atau menyesuaikan iklan rangkaian paparan Google, kunjungi laman Google Ads Settings page. Kami tidak mengawal pautan pilih keluar ini atau sama ada mana-mana syarikat tertentu memilih untuk menyertai program pilih keluar ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pilihan yang dibuat oleh anda dalam menggunakan mekanisme-mekanisme ini atau ketersediaan berterusan atau ketepatan mekanisme-mekanisme ini.
- Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menggunakan pilihan pilih keluar seperti yang telah dinyatakan di atas, anda masih akan melihat pengiklanan ketika anda menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut, tetapi ia tidak akan disesuaikan kepada anda berdasarkan tingkah laku dalam talian anda dari semasa ke semasa.
5.2 Pengiklanan Mudah Alih
- Apabila anda menggunakan aplikasi mudah alih daripada Tickled Media atau lain-lain, anda juga boleh menerima iklan dalam aplikasi yang disesuaikan dengan anda. Kami mungkin akan menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menyiarkan iklan pada aplikasi mudah alih atau untuk analisis aplikasi mudah alih. Setiap sistem operasi, iOS untuk telefon Apple, Android untuk peranti Android dan Windows untuk peranti Microsoft memberikan arahannya yang tersendiri tentang cara-cara menghalang penyiaran iklan dalam aplikasi yang disesuaikan. Kami tidak mengawal cara bagaimana pengendali platform yang berkenaan membolehkan anda mengawal penerimaan iklan dalam aplikasi yang disesuaikan; justeru, anda perlu menghubungi pembekal platform untuk maklumat lanjut mengenai pilihan keluar untuk tidak menerima iklan dalam aplikasi yang disesuaikan.
- Anda boleh melihat bahan-bahan sokongan dan/atau tetapan peranti untuk sistem operasi masing-masing untuk tidak menerima iklan dalam aplikasi yang disesuaikan.
5.3 Notis Berkenaan Jangan Jejak (Do Not Track)
Jangan Jejak (“DNT”) merupakan keutamaan keperibadian yang boleh ditetapkan oleh pengguna-pengguna dalam pelayar-pelayar web tertentu. Kami adalah komited dalam memberikan pilihan-pilihan yang bermakna kepada anda mengenai maklumat yang dikumpulkan di laman web kami untuk tujuan pengiklanan dan analisis dalam talian, dan itulah sebab mengapa kami mengarahkan anda ke pelbagai mekanisme pilih keluar seperti yang telah disenaraikan di atas. Namun begitu, kami tidak mengiktiraf atau membalas isyarat-isyarat DNT yang dimulakan oleh pelayar. Untuk ketahui lebih lanjut tentang DNT , sila klik sini.
6. BAGAIMANA KAMI MENGKONGSIKAN DAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT ANDA
Tickled Media akan berkongsi maklumat yang dikumpulkan daripada dan mengenai anda seperti yang telah dibincangkan di atas untuk pelbagai tujuan perniagaan. Carta di bawah menerangkan kategori-kategori pihak ketiga kami mungkin akan kongsikan maklumat anda kepada, dan sebab-sebab mengapa kami berbuat demikian.
|
Pihak-Pihak Ketiga yang mana kami berkongsi maklumat dengan dan sebab-sebab |
|
Ahli-Ahli Gabungan kami. Kami mungkin akan berkongsi maklumat yang dikumpulkan kami dengan kumpulan syarikat-syarikat Tickled Media untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan kepada anda, memastikan tahap perkhidmatan yang konsisten merangkumi produk-produk dan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, dan menambahbaikkan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, dan pengalaman pelanggan anda. |
|
Pemberi-Pemberi Perkhidmatan yang Melaksanakan Perkhidmatan-Perkhidmatan bagi Pihak Kami. Kami mungkin akan berkongsi maklumat dengan pemberi-pemberi perkhidmatan, termasuk bil dan pemprosesan pembayaran, penjualan-penjualan, pemasaran, pengiklanan, analisis data dan pandangan, penyelidikan, sokongan teknikal dan perkhidmatan pelanggan, penghantaran dan pengabulan, penyimpanan data, keselamatan, pencegahan penipuan, dan pemberi-pemberi perkhidmatan perundangan. |
|
Individu-Individu, Perkhidmatan-Perkhidmatan dan Penjual-Penjual lain atas Permintaan Anda. Kami akan berkongsi maklumat anda dengan individu-individu dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di atas permintaan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda berkomunikasi dengan seseorang penjual yang anda berhubung dengan melalui Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut, kami mungkin akan berkongsi maklumat, dan juga kandungan-kandungan mesej anda, supaya penjual itu dapat menghubungi anda menurut polisi keperibadian penjual tersebut dan perjanjian undang-undang yang berkenaan. |
|
Rakan-Rakan Kongsi Pihak Ketiga bagi Tujuan-Tujuan Pemasaran. Kami mungkin akan mengkongsikan maklumat anda dengan rakan-rakan kongsi yang tawarannya mungkin akan menarik minat anda. Contohnya, sekiranya anda menyertai program pendaftaran, atau mendaftar untuk beberapa pilihan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami yang khusus, kami mungkin akan berkongsi maklumat dengan Ahli-Ahli Gabungan kami dan pihak-pihak ketiga yang lain (organisasi-organisasi yang tawaran-tawarannya mungkin akan menarik minat anda, peruncit-peruncit, peserta-peserta program lain, atau pihak ketiga yang lain) untuk tujuan-tujuan pemasaran mereka dan lain-lain. |
|
Rakan-Rakan Kongsi Pihak Ketiga untuk Membekalkan Produk-Produk dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Berjenama Bersama. Dalam sesetengah kes, kami mungkin akan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan kongsi pihak ketiga untuk membekalkan produk atau perkhidmatan berjenama bersama, dan ini termasuk petandingan-pertandingan dan aktiviti-aktiviti bersama. Sebagai contoh, sekiranya anda memilih untuk berinteraksi dengan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan berjenama bersama tersebut dengan menggunakan maklumat akaun anda dengan kami, kami mungkin akan berkongsi maklumat akaun anda dengan pihak-pihak ketiga seperti yang diperlukan untuk membekalkan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan berjenama bersama yang diminta oleh anda, termasuk apa-apa maklumat yang diperlukan untuk mengabuli hadiah pertandingan. |
|
Pihak-Pihak Ketiga bagi Tujuan-Tujuan Undang-undang. Dengan menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa kami boleh mengakses, mengekalkan dan mendedahkan maklumat yang dikumpulkan kami dan mengekalkan maklumat tersebut tentang anda sekiranya dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat baik bahawa akses, pengekalan atau pendedahan tersebut adalah bermunasabah perlunya untuk: (a) mematuhi proses undang-undang atau penyiasatan regulasi (seperti sepina (subpoena) atau perintah mahkamah); (b) menguatkuasakan Terma-Terma Penggunaan Umum kami, Polisi Keperibadian ini, atau kontrak-kontrak lain dengan anda, termasuk penyiasatan kemungkinan adanya sebarang pelanggaran; (c) bertindak balas terhadap apa-apa tuntutan bahawa terdapat kandungan yang melanggar hak pihak ketiga; dan/atau (d) melindungi hak-hak, harta atau keselamatan peribadi Tickled Media, ejen-ejennya dan Ahli-Ahli Gabungannya, para pengguna dan/atau orang awam. Ini termasuk penukaran maklumat dengan syarikat-syarikat lain dan organisasi-organisasi lain untuk perlindungan penipuan, dan pencegahan spam/malware, dan tujuan-tujuan seumpamanya. |
|
Pihak-Pihak Ketiga dalam Transaksi Perniagaan. Kami mungkin akan mendedahkan atau memindahkan maklumat yang berkaitan dengan transaksi korporat, termasuk sebagai contohnya penggabungan, pelaburan, pengambilan, penyusunan semula, penyatuan, kebankrapan, pembubaran, atau penjualan sesetengah atau kesemua aset kami. |
|
Pengiklan-Pengiklan Dalam Talian Pihak Ketiga dan Rangkaian-Rangkaian Iklan. Seperti yang telah dibincangkan dalam Bahagian “Pengiklanan Dalam Talian” di atas, Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut mungkin boleh mengintegrasikan teknologi pengiklanan pihak ketiga yang membolehkan penyampaian kandungan dan pengiklanan yang relevan pada Perkhidmatan-Perkhidmatan, serta di laman-laman web lain yang dilawati oleh anda dan aplikasi-aplikasi lain yang digunakan oleh anda, dan teknologi-teknologi ini akan mengumpulkan maklumat-maklumat tertentu daripada penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan oleh anda bagi membantu dalam menyampaikan iklan-iklan tersebut. |
|
Pengguna-pengguna Perkhidmatan-Perkhidmatan kami yang lain dan orang awam. Di mana anda menghantar kepada kami sebarang kandungan yang dihasilkan oleh pengguna, kami akan kongsikan kandungan tersebut dengan komuniti para pengguna. Kandungan itu juga mungkin boleh didapati secara terbuka di laman web atau ke mana-mana bahagian orang awam menggunakan aplikasi mudah alih. Selain itu, kami juga mungkin akan mendedahkan nama anda dalam aktiviti-aktiviti komuniti seperti pemberian-pemberian hadiah dan papan-papan pendahulu (leaderboards) yang menjejaki sumbangan-sumbangan anda terhadap komuniti. |
6.2 Testimoni-Testimoni/Petikan-Petikan Terkenal. Pada sesetengah Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, kami akan mengeposkan petikan-petikan atau testimoni yang terkenal yang mungkin mengandungi maklumat seperti nama, jenis acara, bandar, negeri, dan petikan atau testimoni anda. Permohonan untuk memadamkan testimoni pengguna boleh dilakukan dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian “PERMOHONAN-PERMOHONAN DAN PERSOALAN-PERSOALAN AKSES DAN PEMBETULAN” di bawah.
7. NOTIS TENTANG PENGGUNAAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KAMI
7.1 Ciri-ciri tertentu dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan kami membolehkan anda untuk berkongsi komen secara terbuka dan peribadi dengan pengguna-pengguna lain, seperti melalui forum-forum awam kami, bilik-bilik sembang, blog-blog, mesej-mesej peribadi, ciri-ciri semakan, dan papan-papan mesej.
7.2 Anda perlu sedar bahawa setiap maklumat yang diberikan atau dihantar oleh anda dengan cara-cara ini boleh dibaca, dikumpulkan, dan digunakan oleh orang lain yang mengaksesnya. Walaupun kami tidak berkewajipan untuk memantau kandungan mesej-mesej yang dihantar melalui penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, kami masih mengekalkan hak untuk berbuat demikian menurut budi bicara kami yang tunggal dan mutlak.
7.3 Jika boleh, kami menggalakkan anda untuk berhati-hati dengan maklumat yang anda kongsikan melalui cara-cara sini (contohnya, pilih nama pengguna yang tidak mendedahkan identiti peribadi anda). Walau bagaimanapun, untuk sesetengah Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, kami menggalakkan penggunaan nama sebenar anda supaya anda boleh mengambil bahagian dalam komuniti tersebut. Dalam kes sedemikian, diharapkan anda berhati-hati dalam menyiarkan maklumat mengenai diri anda – semua maklumat tersebut akan didedahkan kepada pengguna-pengguna di web, dan kemungkinan besar akan menjadi maklumat umum.
7.4 Semasa anda mengeposkan sesuatu dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, media sosial dan mana-mana platform pihak ketiga yang lain yang dikawal kami, anda bersetuju dan mengakui bahawa walaupun ia mungkin adalah mustahil untuk membuangkan semua maklumat yang telah diposkan, sebagai contohnya jika seseorang telah mengambil tangkapan skrin pos anda atau maklumat itu disimpan (cached) oleh perkhidmatan arkib Internet. Apa-apa sahaja yang diposkan oleh anda kemungkinan besarnya akan menjadi maklumat yang boleh didapati secara umum.
7.5 Selanjutnya, anda mungkin akan diminta untuk mendaftar dengan aplikasi pihak ketiga untuk menghantar suatu komen.
8. MAKLUMAT AGREGAT DAN DIELAKKAN PENGENALPASTIAN (AGGREGATE AND DE-IDENTIFIED INFORMATION)
8.1 Kami mungkin akan mengumpulkan dan/atau dengan munasabahnya mengelakkan pengenalpastian sebarang maklumat yang dikumpulkan melalui Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut supaya anda mungkin tidak akan dikenali semula (re-identified) daripada maklumat tersebut (“Maklumat Agregat/Dielakkan Pengenalpastian”).
8.2 Kami mungkin akan menggunakan Maklumat Agregat/Dielakkan Pengenalpastian untuk apa-apa tujuan, termasuk tanpa hadnya untuk tujuan penyelidikan dan pemasaran, dan mungkin juga boleh berkongsi data tersebut dengan pihak ketiga, termasuk pengiklan, rakan promosi, dan penaja, mengikut budi bicara kami.
9. PILIHAN-PILIHAN DAN HAK-HAK ANDA
9.1 Anda mempunyai hak-hak tertentu berkenaan dengan maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Bahagian ini sebagai tambahan kepada apa-apa hak yang telah dibincangkan di Bahagian lain dalam Polisi Keperibadian ini.
9.2 Komunikasi-Komunikasi Pemasaran. Anda boleh mengarahkan kami supaya tidak menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda melalui e-mel, pos, atau telefon mengenai produk-produk, perkhidmatan, promosi-promosi dan acara-acara khas yang mungkin menarik minat anda dengan menghubungi kami menggunakan maklumat yang diberikan di bawah. Dalam pesanan mesej-mesej e-mel komersial, anda juga boleh memilih untuk keluar dengan mengikuti arahan-arahan yang terletak di bahagian bawah e-mel tersebut. Sila ambil perhatian bahawa, tanpa kira permintaan anda, kami masih boleh menggunakan dan mengkongsikan maklumat-maklumat tertentu seperti yang dibenarkan oleh Polisi Keperibadian ini atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Sebagai contohnya, anda mungkin tidak akan dapat memilih untuk keluar daripada e-mel beroperasi tertentu, seperti e-mel yang menunjukkan hubungan atau transaksi-transaksi kami dengan anda.
9.3 Hak-Hak Keperibadian Pengguna. Bergantung kepada undang-undang bidang kuasa tempatan anda, anda mungkin mempunyai hak-hak dan pilihan-pilihan tertentu berkenaan dengan maklumat anda. Contohnya, di bawah undang-undang tempatan, anda mungkin boleh meminta kami untuk:
- Memberi akses kepada maklumat-maklumat tertentu yang kami simpan mengenai anda;
- Mengemas kini atau membetulkan maklumat anda;
- Padamkan maklumat peribadi anda (sama ada sebahagian atau keseluruhannya);
- Mengehadkan penggunaan maklumat anda; dan/atau
- Memindahkan maklumat anda kepada pembekal lain.
9.4 Kami akan mempertimbangkan semua permohonan yang sah dan akan mencuba untuk memberikan tindak balas kami dalam tempoh tiga bulan. Ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama jika permohonan tersebut terlalu kompleks atau memerlukan banyak usaha daripada pihak kami. Sila ambil perhatian bahawa maklumat-maklumat tertentu mungkin akan dikecualikan daripada permohonan tersebut dalam beberapa keadaan, di mana ia adalah berkemungkinan merangkumi keadaan-keadaan jika kami perlu terus memproses maklumat anda untuk kepentingan sah kami atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang. Kami akan memberitahu anda di mana kami berpendapat bahawa ini adalah kes tersebut ataupun jika hak-hak tertentu tidak terpakai di negara atau di negeri kediaman anda. Kami mungkin akan meminta anda untuk:
- Memberikan maklumat yang diperlukan kami untuk mengesahkan identiti anda sebelum bertindak ke atas permohonan anda seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan; dan/atau
- Membayar fi yang munasabah bagi menampung kos kami dalam mematuhi permohonan anda.
9.5 Sila ambil perhatian bahawa jika sesuatu maklumat berada dalam domain awam kerana penerbitan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna oleh anda atau profil anda yang tersedia secara umum, terdapat kemungkinan bahawa ia adalah mustahil bagi kami untuk memadamkan maklumat atau menarik balik pendedahan maklumat tersebut.
10. PAUTAN DAN CIRI-CIRI PIHAK KETIGA
10.1 Perkhidmatan-Perkhidmatan kami mungkin akan mengandungi pautan-pautan, sepanduk, widget atau iklan (contohnya, “Kongsikan!” atau butang “Suka”) yang akan membawa anda ke laman-laman web, aplikasi-aplikasi, atau perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tidak tertakluk kepada Polisi Keperibadian ini (termasuk laman-laman web lain yang mungkin dijenamakan bersama dengan jenama-jenama kami).
10.2 Di beberapa Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, anda juga mungkin dapat mendaftar dengan atau membeli secara langsung daripada peruncit-peruncit pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab untuk amalan keperibadian atau kandungan laman-laman web yang lain yang berhubung dengan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami atau yang menghubungkan ke Perkhidmatan-Perkhidmatan kami. Polisi-polisi keperibadian terkandung di laman-laman web yang lain ini akan mentadbir pengumpulan dan penggunaan maklumat anda, dan kami menggalakkan anda supaya membaca setiap polisi tersebut untuk mengetahui bagaimana maklumat anda akan diperlakukan oleh orang lain.
11. KEPERIBADIAN KANAK-KANAK
11.1 Perkhidmatan-Perkhidmatan ini bertujuan untuk khalayak umum dan bukan untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
11.2 Sekiranya kami menyedari bahawa kami telah mengumpulkan “data peribadi” (seperti yang ditakrifkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi Singapura) daripada kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tanpa persetujuan ibu bapa yang sah, kami akan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menghapuskan data tersebut secepat mungkin.
11.3 Kami tidak memproses data penduduk Kesatuan Eropah (“EU”) di bawah usia 16 tahun tanpa persetujuan daripada ibu bapa mereka dengan sengaja. Sekiranya kami menyedari bahawa kami telah mengumpulkan data daripada seseorang penduduk EU yang berusia di bawah 16 tahun tanpa persetujuan ibu bapa mereka, kami akan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menghapuskan data tersebut secepat mungkin.
12. PEMINDAHAN-PEMINDAHAN ANTARABANGSA
12.1 Harap maklum bahawa dalam memberikan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda, maklumat anda akan dipindahkan ke Singapura. Selain itu, Tickled Media mungkin akan membuat subkontrak pemprosesan data anda kepada, atau berkongsi data anda dengan anggota-anggota lain dalam kumpulan syarikat Tickled Media, pemberi-pemberi perkhidmatan yang dipercayai, dan rakan-rakan perniagaan yang dipercayai yang terletak di negara-negara selain daripada Singapura dan/atau negara residensi anda, selaras dengan undang-undang yang terpakai. Pihak-pihak ketiga ini mungkin terlibat dalam, antara lain, peruntukan Perkhidmatan-Perkhidmatan kepada anda, pemprosesan transaksi dan/atau peruntukan perkhidmatan sokongan. Dengan memberikan maklumat anda kepada kami, anda akui dan setuju dengan sebarang pemindahan, penyimpanan atau penggunaan sedemikian.
12.2 Sekiranya anda tinggal di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), harap maklum bahawa kami mungkin akan memberikan apa-apa maklumat mengenai anda kepada mana-mana anggota kami yang bukan sebahagian daripada kumpulan EEA atau pihak ketiga yang memproses maklumat. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pemindahan ini, sila hubungi kami seperti yang tertera di bahagian “Maklumat Perhubungan Tickled Media” di bawah.
13. BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT ANDA
13.1 Kami mengambil pelbagai langkah praktikal merangkumi keselamatan fizikal, teknikal, pentadbiran, dan organisasi bagi melindungi maklumat anda daripada kemusnahan yang tidak disengajakan atau yang menyalahi undang-undang, atau kehilangan yang tidak disengajakan, pemindaan, penyalahgunaan, pendedahan atau akses tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran melalui Internet, dan tiada cara penyimpanan elektronik atau fizikal, adalah benar-benar selamat. Oleh itu, anda mengakui dan mempersetujui bahawa kami tidak dapat menjamin kesempurnaan keselamatan maklumat anda yang dihantar ke, melalui, atau di Perkhidmatan-Perkhidmatan kami atau melalui Internet dan sebarang penghantaran tersebut adalah tanggungan risiko anda sendiri.
13.2 Semasa anda mendaftar untuk sebuah akaun, anda mungkin akan diminta untuk mencipta sebuah nama pengguna dan kata laluan. Sekiranya anda mendaftar sebuah akaun dengan kami, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kerahsiaan kata laluan akaun anda dan sebarang aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda adalah dijaga. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan yang timbul akibat daripada kegagalan anda dalam menjaga kerahsiaan kata laluan anda.
13.3 Sekiranya anda menggunakan ciri-ciri pesanan atau panggilan yang membolehkan anda berinteraksi dengan penjual dalam acara dan orang lain secara langsung melalui Perkhidmatan-Perkhidmatan kami, harap maklum bahawa bagi tujuan keselamatan, anda tidak boleh memasukkan sebarang kata laluan, nombor keselamatan sosial, maklumat kad pembayaran, atau maklumat sensitif lain dalam komunikasi-komunikasi sedemikian.
14. PEMBATALAN MAKLUMAT ANDA
14.1 Kami menyimpan dan mengekalkan maklumat anda bagi tujuan pemprosesan kami. Jangka masa yang akan diambil kami untuk menyimpan maklumat bergantung kepada tujuan kami mengumpulkan dan menggunakannya dan/atau sebagaimana yang diperlukan untuk pematuhan undang-undang yang terpakai.
15. PERUBAHAN POLISI KEPERIBADIAN KAMI
15.1 Kami berhak untuk mengubah Polisi Keperibadian ini untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, amalan pengumpulan dan penggunaan data kami, ciri-ciri Perkhidmatan-Perkhidmatan yang disediakan kami, atau kemajuan dalam teknologi. Kami akan memastikan Polisi Keperibadian yang disemak semula dapat diakses melalui Perkhidmatan-Perkhidmatan kami. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mengkaji semula Polisi kami dari semasa ke semasa. Anda dapat mengetahui jika Polisi Keperibadian kami telah diubah apabila anda menyemakinya dan ini dapat dibuat dengan memeriksa “Tarikh Berkesan” yang telah disertakan pada awal dokumen tersebut.
15.2 Sekiranya kami membuat apa-apa perubahan material kepada Polisi Keperibadian ini, kami akan secepat semungkin memberi anda notis yang wajar. Dengan menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami secara berterusan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami versi terbaru Polisi Keperibadian ini. Dalam apa jua keadaan, penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan kami oleh anda secara perubahan selepas berlakunya perubahan tersebut adalah persetujuan anda terhadap perubahan-perubahan yang telah dibuat.
16. KONFLIK BAHASA
16.1 Pada ketikanya wujud konflik antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa yang lain untuk Polisi Keperibadian ini, versi Bahasa Inggeris Polisi Keperibadian kami akan sentiasa diguna pakai.
17. PERMOHONAN-PERMOHONAN DAN PERSOALAN-PERSOALAN AKSES DAN PEMBETULAN
17.1 Tertakluk kepada pengecualian-pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon: (i) untuk mengakses Data Peribadian anda (ii) untuk pembetulan atau pembetulan Data Peribadi anda; (iii) untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda; atau (iv) untuk mencari maklumat selanjutnya atau membuat mengemukakan sebarang persoalan daipada kami dengan menghubungi kita di:-Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau komen mengenai amalan keperibadian kami, anda boleh behubung dengan berikut:
Nama : Encik Alvin De Cruz, Ketua Pegawai Perlindungan Data
E-mel : dpo@tickledmedia.com
Alamat : 71 Ayer Rajah Crescent, #01-04/05, Singapura 139951
Nombor Telefon : 6344 2865
17.2 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Polisi Perlindungan Data kami, klik di sini