Awas, Berita Tidak Sahih Mengenai Kematian 59 Orang Pengikut Paderi Akibat Cecair Dettol

Kerisauan terhadap wabak Covid-19 telah menyebabkan segelintir masyarakat mempercayai produk dettol dapat menyelamatkan nyawa. Namun, malang tidak berbau..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan sejak berdekad yang lalu, masyarakat seluruh dunia mempercayai produk Dettol berupaya membasmi sehingga 99.99% kuman degil pada setiap bahagian permukaan, tubuh badan dan rumah.

Sehingga kini, ia menjadi peneraju perlindungan daripada virus penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keluarga melalui amalan kebersihan yang baik.

Minum produk Dettol

credit to sources

Wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia mendatangkan kekeliruan dalam kalangan pelbagai pihak.

Meskipun kerajaan meletakkan usaha yang optimum untuk mencari jalan penyelesaian, namun masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan pelbagai berita yang tidak sahih.

Menurut sebuah laporan yang tidak terbukti kesahihannya di laman Kenya Today, seorang paderi di Afrika Selatan, Rufus Phala dari Gereja Kristian Rohani AK di Limpopomade, telah menyarankan pengikut setianya untuk meminum produk Dettol.

Ia sebagai langkah pencegahan terhadap wabak Coronavirus ketika dirinya menjalankan tugas perkhidmatan gereja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, artikel berkenaan mendedahkan kira-kira 59 orang dilaporkan meninggal dunia makakala 4 orang lagi masih berada dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, paderi ini memiliki sejarah yang meyakinkan untuk memimpin para pengikut setianya dengan cecair pembasmi kuman seperti Jik dan Dettol pada suatu ketika lalu.

Namun, kisah ini tidak dapat disahkan sama ada ia masih berlaku pada masa kini yang menyarankan pengikut-pengikutnya mengambil cecair produk Dettol untuk melawan penyakit Coronavirus.

Bukan itu sahaja, laporan kematian seramai 59 di Afrika Selatan juga belum disahkan biarpun kebanyakan media telah menyalurkan maklumat ini kepada orang ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej yang dipamerkan dalam artikel terbitan laman Kenya Today juga dikatakan sudah lama. Ia sekaligus menimbulkan keraguan mengenai kesahihan tuntutan yang dibuat dalam laporan ini.

Menurut polis yang menyiasat kejadian ini, memetik laporan oleh Kenya Today mengatakan bahawa paderi telah memujuk para pengikut untuk mempercayai mereka dapat menghalang ancaman novel Coronavirus dengan minum cecair pembasmi kuman.

Dalam pada itu, bagi mereka yang sudah dijangkiti penyakit misteri ini, paderi meraih perhatian dengan amalan penyucian bagi menyembuhkan segala simptom Covid-19.

Acara keagamaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Meskipun berita ini tidak mengesahkan sama ada paderi, Phala cuba ‘mengubati coronavirus’ melalui penggunaan produk Dettol, namun dia pernah melakukan acara meminum cecair pencuci pada tahun 2018.

Dia telah menyuruh para pengikut menelan cecair detergen jenama Jik dan mendakwa ia adalah darah kepunyaan Jesus.

Tidak cukup dengan itu, paderi di gereja tersebut juga mendakwa bahawa dirinya mempunyai kuasa misteri yang boleh mengubah Jik ke dalam darah Jesus melalui ayat-ayat dari kitab Injil.

Phala cuba mengesahkan kaedahnya dengan mengambil kisah dalam kitab berkenaan iaitu Jesus memberikan anggur kepada pengikutnya untuk minum dan mengatakan ia adalah darah miliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun 2016 pula, Paderi Phala telah membuat pengikutnya minum cecair Dettol kerana ada sifat penyembuhan secara rahsia dan dijamin sembuh. 

Saintis beri amaran

foto: Australian Associated Press

Disebabkan oleh ketaksuban masyarakat terhadap produk pembasmi kuman bagi menghadapi gejala Covid-19 ini sehingga tular beberapa gambar yang menunjukkan paparan label bahagian belakang produk Dettol dan dikatakan  ‘membunuh’ virus korona.

Menurut Pakar Perlindungan Kesihatan dan Perubatan, Profesor Paul Hunter mengingatkan produk Dettol hanya berkesan untuk tujuan kebersihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau menjelaskan, “Dettol mengandungi chloroxylenol, bahan menyahjangkit sedia ada yang digunakan secara meluas. Chloroxylenol aktif menentang pelbagai jenis virus dan bakteria, termasuk koronavirus,”

“Namun, ia hanya digunakan untuk menyahjangkit bahagian permukaan, pada kulit atau luka. Chloroxylenol juga boleh digunakan pada sabun.”

“Sama ada ia menawarkan kelebihan terhadap aspek pembersihan atau digunakan dengan sabun dan air, keberkesanannya masih tidak jelas.”

Manakala, menurut Pakar virus genomics dari Imperial College London, Profesor Paul Kellam berkata, “Saya tidak fikir Dettol ada membuat ujian menentang virus 2019-nCoV (koronavirus baharu) memandangkan mereka mendakwa ia mampu membunuh pelbagai mikrob (bakteria dan virus).”

“Kemungkinan, virus sejuk berkaitan koronavirus diuji sensitivitinya terhadap produk Dettol. Bagaimanapun, ia tidak berupaya menyahjangkit virus baharu yang begitu mengganas.”

Sumber: Aliff Channel, Harian Metro

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comminum-air-kosong