Gara-Gara Mudah Rosak & Pecah, IKEA Malaysia Tarik Semula Produk Heroisk & Talrika

Produk IKEA Malaysia Heroisk dan Talrika dipanggil semula kerana aduan mengenai kerosakannya telah diterima. Semua pelanggan boleh menerima bayaran balik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk IKEA Malaysia sememangnya disukai oleh kebanyakan masyarakat tempatan kerana rekaannya yang menarik dengan pelbagai warna yang mampu memenuhi selera penggemar dekorasi dalam dan luar rumah. 

Walau bagaimanapun baru-baru ini telah tular sebuah pernyataan yang dikeluarkan oleh Facebook rasmi IKEA Malaysia menggesa para pelanggan menghantar semula pinggan, mangkuk dan koleh bernama Heroisk serta Talrika.

Dua produk IKEA Malaysia ditarik balik kerana sifatnya mudah rosak

Gedung perabot terkemuka, IKEA Malaysia dalam satu pernyataan berkata, langkah berkenaan telah diambil disebabkan oleh produk tersebut mudah pecah dan berpotensi menyebabkan kesan melecur sekiranya terdedah dengan kandungan panas.

Para pelanggan yang memiliki produk IKEA Malaysia Heroisk dan Talrika boleh menghubungi peruncit produk perabot dan rumah berkenaan bagi menghantar semula serta mendapatkan bayaran balik penuh.

''Keselamatan para pengguna telah menjadi keutamaan IKEA. Disebabkan itu kami telah mengambil langkah berhati-hati dan memanggil balik pinggan, mangkuk dan kole Heroisk dan Talrika.''

''Untuk pengetahuan umum, setiap produk keluaran kami telah melalui ujian, mematuhi standard dan perundangan yang boleh diguna pakai.''

Walau bagaimanapun kami telah menerima beberapa laporan yang mengatakan ia telah pecah, namun tidak ada insiden sedemikian telah dilaporkan di Malaysia.'' jelasnya.

Mengulas lanjut, pinggan, mangkuk serta kole Heroisk dan Talrika boleh dikembalikan di kaunter Penukaran dan mana-mana gedung IKEA bagi mendapatkan semula bayaran balik.

''Bukti pembelian (resit) adalah tidak diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA di 03-79527575.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Pihak IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul disebabkan oleh pemanggilan balik produk ini,'' ujarnya.

Produk IKEA Malaysia- kisah saman RM188 juta kerana menjadi penyebab kematian

Produk jenama IKEA mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia sehingga memiliki 4 buah cawangan gergasi di Cheras, Damansara, Batu Kawan dan Tebrau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 7 Januari 2020 yang lalu, satu perbicaraan mahkamah telah berlangsung di Amerika Syarikat. Pihak IKEA telah diperintahkan untuk membayar saman kepada sebuah keluarga sebanyak RM188 juta.

Hal ini kerana produk kabinet laci IKEA di bawah siri Malm telah menyebabkan kematian bayi berumur 2 tahun. Ia adalah amaun pampasan tertinggi akibat kecuaian menyebabkan kematian di Amerika Syarikat.

Kecuaian dalam rekaan keselamatan perabot

Difahamkan ketika bulan Mei 2017, Craig Dudek telah menidurkan anaknya, Josef di dalam bilik yang tidak jauh daripada kabinet laci IKEA setinggi 30 inci. Dia tidak menjangkakan sesuatu yang buruk boleh berlaku.

Dalam kes kematian Josef, pihak mahkamah meneliti kesemua kes dan mendapati IKEA bersalah kerana gagal mengambil langkah sepatutnya dalam menambah baik ciri keselamatan pada setiap penghasilan produk mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas laporan kematian pertama diterima, IKEA berusaha menjalankan program bagi memastikan pengguna memasang pemegang dinding ke setiap kabinet laci yang ada. 

Walau bagaimanapun rekaan asas kabinet itu sendiri dipercayai tidak stabil melainkan ia diketatkan pada dinding.

IKEA juga menasihati pengguna agar hanya menggunakan kabinet laci itu seandainya dipasangkan bersama pemegang. Pihak mahkamah tetap menganggap rekaan tersebut tidak menepati piawaian keselamatan.

Kesan saman yang dimulakan oleh pasangan Dudek pada tahun 2018, selepas kematian bayi, mereka mempersoalkan peranan IKEA yang menyedari siri produk mereka adalah berbahaya dan mempunyai masalah. Tetapi masih terus menjualnya kepada orang ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peguam kepada keluarga berkenaan juga mengatakan bahawa IKEA tahu akan masalah itu selepas pihaknya sendiri mengakui risiko penggunaannya dan menasihati pengguna untuk tidak memasangnya di bilik tidur si kecil.

Siri produk laci Malm dikatakan masih dijual di Malaysia bermula dengan harga RM399 hingga RM699. Melalui satu kenyataan di laman media sosial tahun 2016, IKEA Malaysia menjelaskan bahawa produk kabinet laci mereka tetap menepati regulasi keselamatan.

Asalkan ia dipasang dengan pemegang dinding bagi mengelakkan kejadian terbalik berlaku.

Sumber: Kosmo, Iluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Anda Ada Almari Ikea Ini? Hati-Hati Sudah Ada 8 Kanak-Kanak Maut Kerananya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan