Membeli-belah untuk keperluan bayi pasti sesuatu setiap ibu bapa baru akan lakukan – lagipun, anda akan gunakan semua barangan ini sebaik sahaja mereka dilahirkan. Selain menghias bilik nurseri, andajuga perlu memastikan barangan penting untuk tidur, makan dan lampin sedia terlengkap, kadang kala kita terlupa beberapa barangan keperluan penting lain.
Anda tertanya-tanya apakah barangan keperluan bayi yang tidak perlu dibeli dan apakah barangan yang anda akan sentiasa guna? Jangan risau! Teruskan membaca untuk mendapatkan senarai lengkap yang anda perlukan untuk bayi malah anda juga boleh mendapatkan semua keperluan ini di mothercare Malaysia.
Keperluan Pemakaian Bayi
Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan, salah satu keperluan yang penting ialah pakaian bayi. Selain memakai sleepsuit agar mereka tidur lebih lena, anda juga perlukan mitten dan stokin untuk melindungi si manja:
- 4-8 bodysuit or sleepsuit
- 4-8 baju (gaya kimono dengan butang ketip atau pelipat pada bahu)
- 4-8 seluar (footies juga pilihan yang bagus)
- 1-3 romper
- 1-3 baju sejuk atau jaket (butang hadapan)
- 4-7 stokin or booties (kasut tidak penting sehingga bayi boleh berjalan)
- 1-3 topi untuk bayi baru lahir
- Mitten elak calar (pilihan)
- 2-3 bedung
- Selimut lembut & ringan
- Pencuci baju lembut
Keperluan Bilik Nurseri
Ramai ibu bapa pastinya mahu menghiasi bilik bayi dengan dekorasi comel, namun anda juga perlukan perabot dan tempat tidur bayi yang menjadikan penjagaan bayi lebih mudah dan selamat. Ini antara keperluan bayi yang diperlukan semasa menghias bilik nurseri idaman anda:
- Bassinet atau katil bayi
- Tilam padat dan rata
- Bantal
- Katil bayi atau cadar
- Monitor bayi
- Meja tukar lampin atau perabot dengan pad tukar lampin
- Selimut
- Katil mudah alih
- Bouncer
- Playmat
Keperluan Barangan Bayi
Sama ada anda perlu membawa bayi keluar ke pusat membeli-belah atau ke hospital untuk pemeriksaan, anda perlu membawa beberapa barangan bayi yang penting. Ini antara produk bayi mesti ada:
- Infant carrier
- Kerusi keselamatan kanak-kanak (Car seat)
- Kereta sorong (stroller)
- Gendongan bayi (baby carrier/baby wrap)
Keperluan Penyusuan
Ibu dan ayah, anda perlu bersedia untuk menyusukan bayi anda sepanjang masa – ini bermakna, sama ada anda menyusu badan atau menggunakan susu formula, anda akan memerlukan beberapa barangan bayi untuk pemakanannya. Berikut adalah keperluan ibu dan bayi yang penting:
- Botol susu bayi (bersaiz 4oz dan 8oz) serta puting
- Berus botol
- Pensteril dan pengering botol
- Pemanas botol
- Pam payudara
- Beg simpan susu
- Pad susu (nursing pads)
- Krim puting (nipple cream)
- 4 – 8 bib bayi
- Kerusi tinggi (highchair) atau kerusi tambahan (booster seat) untuk bayi apabila usia semakin meningkat
Keperluan Masa Bayi Mandi
Waktu mandi untuk bayi amat menyeronokkan – dan ia salah satu cara terbaik untuk merapatkan hubungan dengan bayi. Jadi ibu bapa perlu bersedia dengan produk yang bersesuaian. Berikut keperluan masa bayi mandi perlu ada:
- Tub mandi bayi dengan sokongan
- Syampu dan pencuci badan bayi
- Tuala bayi
- Kain lap lembut
- Losyen dan minyak bayi
Keperluan Lampin
Menukar lampin merupakan sebahagian besar dalam kehidupan bayi baru lahir kerana lampin mereka perlu ditukar dengan kerap. Berikut senarai penting dalam keperluan lampin bayi:
- Lampin
- Baby wipes
- Krim ruam lampin
- Changing mat
Apabila membeli-belah untuk si manja anda, kami tahu betapa sukarnya untuk membeli produk daripada pelbagai tempat berbeza. Di Mothercare, anda boleh membeli semua keperluan bayi dan produk yang anda perlukan!
Anda mempunyai soalan tentang keperluan bayi atau salah satu produk yang tersedia? Rujuk dengan Penasihat Nurseri Digital dari kedai Mothercare terdekat untuk maklumat lebih lanjut. Mereka juga boleh membantu anda membuat pesanan!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 225 Pilihan Nama Untuk Bayi Lelaki Inspirasi Dari Korea
Baca juga: Nurse Kongsi Cara Bedung Bayi Yang Betul, Berkesan Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lama
Baca juga: Apa Perlu Ibu Buat Selepas Bersalin Di Labour Room? Ini 10 Tips Buat Ibu Kali Pertama!