Berhenti Pakai Produk Tati 5 Dalam 1 -- Buang Ia Sekarang!

Pemeriksaan HSA mendedahkan produk Tati 5 dalam 1 mengandungi 20,000 merkuri - sejenis bahan kimia beracun yang sangat berbahaya. Ia menyebabkan kesan negatif yang teruk pada kesihatan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk penjagaan kulit Tati Skincare bahaya: Tati 5 dalam 1 terbukti berbahaya untuk pengguna

Jika anda baru saja membeli set kosmetik daripada produk penjagaan kulit Tati Skincare 5 dalam 1 ini dari penjual dalam talian (online), sila buang ia sekarang! Anda sebenarnya telah tertipu. Produk Tati Skincare berbahaya.

Set kosmetik yang dikeluarkan itu amat berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan anda!

Menurut laporan Channel News Asia, set kosmetik yang terdiri daripada krim harian, krim malam, krim rawatan, losyen pelindung sinaran matahari dan pembersih itu mengandungi “tahap merkuri 20,000 kali lebih tinggi dan lebih banyak daripada had yang telah ditetapkan

Kredit gambar: Channel News Asia

Pemeriksaan terhadap kosmestik Tati Skincare bahaya telah dijalankan oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

Set kosmetik tersebut dengan beraninya menulis kenyataan jelas di atas muka produk mengatakan ia “100 peratus bebas daripada bahan kimia yang berbahaya“, sedangkan ia satu penipuan! 

Produk Tati Skincare 5 dalam 1 diharamkan di Malaysia

HSA mengulas –

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan merkuri yang sangat tinggi dalam produk ini akan mengakibatkan kesan sampingan dan amat berbahaya untuk kesihatan para pengguna.”

Merkuri adalah sejenis bahan kimia yang sangat bertoksik. Ia diharamkan daripada memasuki sebarang barangan kosmetik.

Terdapat pelbagai bahan kimia lain yang berbahaya dan sering digunakan dalam alat kosmetik, seperti – phthalates, paraben, triclosan atau siloxanes.

Apa yang terkandung dalam set kosmetik Tati 5 dalam 1 dan Tati Skincare bahaya ini?

Krim malam daripada set ini mengandungi kandungan merkuri yang sangat tinggi (lebih daripada 20,000).

Ia melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan. Manakala, krim rawatannya pula mengandungi ubat tretinoin dan hydroguinone

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: 11 Streets

Kedua-dua bahan tersebut diharamkan dalam produk penjagaan kulit atau dalam mana-mana kosmetik kerana ia mampu memberi kesan pada kesihatan pengguna.

HSA menjelaskan ubatan terbabit hanya dibenarkan melalui preskripsi untuk merawat keadaan kulit yang tertentu.

Tanpa pengesahan dan kebenaran doktor, ia tak boleh digunakan dalam mana-mana perubatan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan buruk apabila kosmetik mengandungi merkuri, tretinoin dan hydroguinone

Jika digunakan secara kerap, produk atau krim yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan tompokan pada muka, ruam dan kerosakan kulit muka

Oleh sebab produk ini mengandungi kandungan merkuri 20,000 lebih tinggi daripada had yang dibenarkan, ia mampu memberi kesan kronik.

Akibatnya, merkuri tersebut boleh menjejaskan buah pinggang, sistem pencernaan dan sistem saraf pengguna! 

Jika bahan kimia terbabit diserap oleh kulit, organ anda boleh rosak!

Manakala ubat Hydroguinone yang tidak digunakan dengan tepat boleh mengakibatkan pelbagai isu kulit seperti – ruam, kemerah-merahan dan kegatalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga boleh mengubah warna kulit anda! Sungguh tak sihat.

Kulit anda juga boleh mengelupas dan mengalami kemerah-merahan akibat ubat Tretinoin.

Hati-hati jika anda gemar beli barangan kosmetik dalam talian

Walaupun telah diharamkan di Malaysia, produk penjagaan kulit Tati masih aktif dijual dalam talian seperti di Lazada, 11 Streets dan Instagram

HQ Tati Skincare masih aktif di Instagram!
Kredit gambar: Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengarah kumpulan pengawasan Products Regulation Group dari HSA, Profesor Madya Chan Cheng Leng berkata mereka telah menjumpai hampir 200 orang penjual dalam talian yang cuba untuk menjual “produk kosmetik yang telah dicemari” ini secara haram sejak 2 bulan lepas.

Kebanyakkan penjual mengambil kesempatan di atas penggunaan internet. Mereka bersembunyi di sana, dengan menganggap tiada siapa kenal mereka.”

Oleh itu, pengguna digesa untuk lebih berhati-hati dalam membeli produk kosmetik, terutamanya produk yang “menjanjikan sesuatu dengan dakwaan yang tiada bukti” atau yang “menjanjikan hasil cepat”.

Produk-produk ini mungkin mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan.

Laporkan mana-mana penjual dalam talian yang masih menjual produk Tati Skincare bahaya ini!

HSA telah menetapkan peraturan ketat ke atas semua penjual dalam talian yang masih berkeras dan tak mengendahkan kesan buruk penggunaan produk ini.

Mereka juga diminta untuk berhenti menjual mana-mana produk Tati dan set kosmetiknya dengan serta merta.

Jika tidak berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang, dengan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda sehingga RM 300,000!

Wahai pembaca semua, jika anda baru saja membeli produk penjagaan kulit Tati ini, anda dinasihatkan untuk berhenti menggunakan ia dengan segera.

Anda juga diminta untuk berjumpa dengan doktor pakar jika kulit anda mengalami masalah akibat pemakaian produk ini.

Mereka yang mempunyai maklumat tentang mana-mana penjualan atau pembekalan produk penjagaan kulit Tati atau mana-mana produk haram lain, diminta untuk melaporkan hal ini pada cawangan penguatkuasaan HSA. 

Anda boleh menghubungi penguatkuasa HSA melalui talian +65 6866 3485 (dalam waktu pejabat dan pada hari bekerja) atau menerusi kiriman e-mel.

Sama-sama kita membanteras produk haram ini!

Sumber: Channel News Asia

Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Penulis

Ayu Idris