Projek Menarik dan Menginsafkan dari WaterAid – Bagaimana Ibu di Negara Lain Menyediakan Beg Bersalin

Lihat perbezaan ketara di antara beg bersalin ibu dari negara mundur seperti Tanzania dan Malawi dengan beg bersalin yang disediakan oleh bakal ibu dari negara maju seperti USA dan Australia. Ia bagaikan antara langit dan bumi – sangat berbeza dek kekangan ekonomi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

WaterAid merupakan satu badan kebajikan antarabangsa yang berpangkalan di England. Badan ini menjalankan misi bantuan bagi menyediakan air bersih dan keperluan sanitari serta kebersihan asas yang lain kepada negara mundur seperti Malawi, Tanzania, and Ethiopia. Baru-baru ini, WaterAid telah berkongsi gambar yang menunjukkan bagaimana ibu di pelbagai negara menyediakan beg bersalin.

Perbezaan Beg Bersalin Antara Ibu-Ibu di Negara Afrika dan Para Ibu di Negara Barat

Apabila melihat gambar-gambar ini, ia pasti akan dapat membuka mata kita semua tentang keadaan di negara lain. Yang menariknya, mereka turut memasukkan gambar beg bersalin, atau maternity bag, dari negara maju seperti UK, Australia, Belanda, dan Amerika Syarikat.

Antara perbezaan ketara yang terdapat dalam beg bersalin negara maju dan negara mundur adalah dari segi kemewahan barangan yang disediakan dalam beg.

Set Barangan Bersalin yang Lengkap untuk Ibu dan Anak

Ada ibu-ibu yang bakal bersalin dari US, UK, dan Australia menyediakan barangan untuk diri sendiri yang mungkin kita rasakan agak mewah dan lebih kepada keinginan, berbanding keperluan.

Antaranya adalah seperti buku untuk dibaca, iPad, pemain muzik dan snek-snek ringan yang boleh dimakan sambil menunggu masa untuk masuk ke bilik bersalin.

Ibu di Negara Mundur Perlu Membawa Barangan Asas Sendiri dari Rumah

Ia adalah jauh berbeza daripada persediaan beg bersalin oleh ibu dari Zambia, Madagascar, dan juga Tanzania.

Mereka terpaksa membawa besen atau baldi bagi mengumpul air untuk bersalin. Hospital di negara ini tidak mempunyai kemudahan paip, tandas di dalam hospital atau pun bekalan air bersih secara umumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, para ibu – yang sarat mengandung, sedang menunggu masa untuk bersalin, dan baru bersalin – perlu beratur panjang di paip awam atau berjalan sejauh beberapa kilometer untuk mengumpul air!

Malah ada juga yang perlu membawa pisau sendiri untuk memotong tali pusat bayi. Ini adalah kerana hospital mereka tidak mempunyai kemudahan sanitasi dan steril untuk barangan hospital!

Koleksi Gambar Beg Bersalin dari Ibu-Ibu di Beberapa Negara

Malawi

Source: WaterAid.org

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Barangan yang dibawa: Kain sarung untuk ibu dan anak, lampu suluh (hospital tiada bekalan elektrik), wang untuk membeli makanan bayi, plastik untuk melapik katil di hospital, pisau blade dan tali untuk memotong dan mengikat tali pusat.

Zambia

Source: WaterAid.org

Barangan yang dibawa: Besen untuk mengumpul air, baju bayi, pencuci baju, kain napkin, kain sarung, kain kapas, napkin bayi, kain pelapik katil hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Madagascar

Source: WaterAid.org

Barangan yang dibawa: Bekas minuman, baldi air, baju bayi, kain kapas, pad sanitari, cecair alkohol untuk mensteril peralatan.

Tanzania

Source: WaterAid.org

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Barangan yang dibawa: Besen air, baju bayi, bekas minuman, selimut bayi, stokin, kain sarung, pencuci baju.

Belanda

Source: WaterAid.org

Barangan yang dibawa: Baju persalinan ibu, pad ibu, baju bayi, diaper bayi, selimut bayi, bekas minuman ibu, telefon, snek untuk ibu, kamera DSLR, pemain muzik iPod.

UK

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: WaterAid.org

Barangan yang dibawa: Baju bayi, baju ibu, diaper bayi, stokin, selimut bayi, tisu basah, telefon, sikat, snek ringan, bekas minuman.

USA

Source: WaterAid.org

Barangan yang dibawa: Bantal materniti, snek ringan, buku, selipar bilik, baju bayi, penutup mata ibu, pemain muzik, minyak urut kelapa, minyak pati lavender, bra untuk menyusu, selimut bayi.

Australia

Source: WaterAid.org

Barangan yang dibawa: Beberapa set baju bayi, baju materniti ibu, barangan mandian ibu dan bayi, pad ibu, diaper bayi, snek ringan, minyak urut.

Kempen DeliverLife oleh WaterAid

Apabila melihat barangan yang ada di dalam beg bersalin ibu di Afrika dan negara mundur yang lain, mungkin kita terkejut.

Kita tidak pernah menjangka yang ada ibu di luar sana yang perlu membawa pisau untuk memotong tali pusat anak dan membawa besen untuk mengumpul air bersih!

Memang jauh sekali jika ingin dibandingkan dengan nikmat dan anugerah kemudahan yang kita rasai di Malaysia.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kempen Deliver Life yang dijalankan oleh WaterAid, anda boleh melawat laman web rasmi mereka di sini.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda di media sosial supaya mereka juga dapat mengetahui tentang perbezaan beg bersalin dari pelbagai negara ini!

Penulis

Noor