X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Projek Seni DIY Kanak-Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran

3 min bacaan
Projek Seni DIY Kanak-Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran

Belajar sambil bermain

Sebagai seorang ibu yang berkerja dari rumah, saya terpaksa mencari pelbagai jenis projek kraf dan seni DIY untuk menghiburkan anak saya yang kecil.

Jika anda juga seorang ibu yang bekerja dari rumah sendiri, anda pasti sudah tahu benar, cabaran menjaga anak sambil bekerja. Apabila saya terjumpa projek seni kanak-kanak ini yang menjaminkan ia tidak akan menyebabkan kekotoran, saya terus tertarik!

Perkataan MESS-FREE ini bagaikan perkataan ajaib untuk semua ibu. Mana satu Ibu yang nak kekotoran lebih di rumah? Ni nak kemaskan rumah pun dah payah.

Projek Seni DIY

Kalau tak nak membazir duit untuk membeli cat selamat untuk kanak-kanak dari ToysRus dan Spotlight, anda boleh membuat cat untuk projek seni DIY dengan menggunakan bahan-bahan makanan yang sudah sedia ada di rumah. Pastikan anda tidak menggunakan apa-apa yang akan menyebabkan alahan.

  • Resipi ini menggunakan gula, garam, tepung jagung, air dan perwarna makanan.
  • Ini pula resipi yang menggunakan tepung serbaguna, minyak masak dan perwarna makanan.
  • Hanya ada tepung jagung dan perwarna makanan sahaja? No, problem. Pakai je resipi ini.
  • Tak sangka Martha Stewart pun ada resipi untuk cat DIY selamat untuk kanak – kanak.

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. Beg Ziplock double seal besar(saiz L) yang jelas dan tanpa corak double seal ziplock bags
  2. Cat mudah dibasuh atau Cat DIY yang selamat untuk kanak-kanak.

Langkah-langkah

projek seni DIY

 

  1. Jika meja anda tidak berwarna putih, lekatkan kertas putih atas meja seperti di atas supaya anak boleh melihat warna cat yang digunakan dengan jelas.
  2. Letakkan beg ziplock itu secara mendatar dan masukkan sedikit cat warna ke dalamnya.
  3. Tekan dan keluarkan udara yang terperangkap dalam beg ziplock tadi. Zipkan dengan ketat dan periksa yang ia telah dizip dengan betul.
  4. Lekatkan dengan pita lekat pada semua penjuru seluruh beg Ziplock atas kertas putih tadi. Anda juga lekatkan pita lekat atas zip pada beg itu untuk perlindungan tambahan.
Projek in mudah disediakan dan jika anda hanya menggunakan satu warna, beg ziplock itu boleh kupaskan. Lipatkan pita pelekat yang ada padanya dan simpankan untuk digunakan semula pada lain masa. 

Belajar sambil bemain

Anak anda boleh belajar sambil bermain dengan melakukan projek ini. Terutamanya, jika mereka sudah pandai mengenali dan tahu nama warna-warna yang ditunjukkan. Anda boleh minta mereka kira bilangan warna yang ada dalam beg dan tunjukkan warna tersebut apabila ia di namakan.

projek seni kanak-kanak

Galakkan mereka untuk melukis garisan, cetak tangan dan apa saja lukisan yang mereka suka. Lukisan mereka boleh dipadam apabila cat itu diratakan dengan menggunakan tangan secara perlahan-lahan. Best kan? Kalau tak bocor, tak kotor pun.

DIY cat warna

Ajar mereka tentang warna asas dan akibatnya apabila dua warna asas dicampurkan:

projek seni cat

Selamat mencuba!

Baca juga:

8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak

 
Stories Rakan Kongsi
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
6 ways playtime can shape your child's learning!
6 ways playtime can shape your child's learning!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Aktiviti anak
  • /
  • Projek Seni DIY Kanak-Kanak: Lukisan Tanpa Kotoran
Kongsikan:
  • 25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

    25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

  • 15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

    15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

  • 15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

    15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

  • 25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

    25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

  • 15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

    15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

  • 15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

    15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham