8 Produk Ibu & Anak yang Wajib Anda Dapatkan Pada Jualan Tahun Baru Cina Ini!

Jangan lepaskan peluang mendapat diskaun hebat pada promosi tahun baru cina kali ini di Shopee! Banyak produk ibu & anak murah-murah!

Ibu-ibu. jangan lepaskan peluang menikmati diskaun hebat pada promosi Tahun Baru Cina kali ini! Inilah masa yang sesuai jika ingin menambah stok keperluan kehamilan, barangan penyusuan serta produk asas untuk bayi anda. Begitu juga jika anda sedang bersiap sedia untuk musim perayaan. 

Sebagai panduan mudah untuk anda, di dalam artikel ini telah disenaraikan 8 produk ibu dan bayi yang boleh anda dapatkan bersempena dengan Chinese New Year Sale. Rebut peluang untuk nikmati diskaun besar-besaran yang memberi lebih banyak penjimatan. Tambah stok keperluan ibu dan anak dengan harga yang sangat berbaloi bersempena dengan jualan hebat ini!

 Promosi Tahun Baru Cina di Shopee

#1. Mama’s Choice Hair Loss Bundle 

Istimewa Jualan Tahun Baru Cina hanya RM79.90

Khas buat ibu yang mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin, anda harus dapatkan 3 produk penjagaan rambut daripada Mama’s Choice ini iaitu syampu, perapi rambut dan juga serum rambut. Penggunaan 3 produk ini sangat penting bagi memastikan rambut anda tumbuh sihat, kuat dan mengurangkan keguguran. 

Produk penjagaan rambut gugur Mama’s Choice ini dapat membantu anda mengatasi masalah keguguran rambut sehingga 71%! Dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti ekstrak buah kiwi, kacang hijau dan Candlenut yang terkenal dalam membantu mengurangkan keguguran rambut dan pada yang sama dapat  menguatkan akar rambut dengan berkesan.

 Paling penting ianya bebas dari bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS, alkohol dan silikon yang boleh mengeringkan rambut anda. Selain itu produk Mama’s Choice ini juga telah diuji secara dermatologi dan ianya 100% selamat digunakan untuk kulit kepala sensitif, ibu menyusu serta ibu hamil. Paling menarik sekali, ianya diyakini Halal!

#2. Baju Kanak-Kanak

Istimewa Jualan Tahun Baru Cina hanya RM22.00

Antara produk yang sering ibu beli di waktu ada jualan promosi Tahun Baru Cina, tentulah pakaian untuk anak. Jadi bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina bolehlah dapatkan pakaian Cheongsam untuk si manja. Fabrik pakaian daripada kapas dan polyester yang sememangnya dapat memberi keselesaan. 

Dengan rekaan baju tradisional klasik didatangkan dalam dua warna merah dan merah jambu yang sangat comel! Bersama zip sisi yang memang sangat mudah untuk dipakai dan juga ditanggalkan. 

Terdapat dalam banyak saiz daripada umur 1 hingga 7 tahun. Cheongsam ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan pada hari perayaan bahkan boleh juga dipakai pada hari biasa.  

#3. Mama’s Choice Stretch Mark Cream

Istimewa Jualan Tahun Baru Cina hanya RM32.90

Krim stretch mark yang diyakini halal dan menggunakan 100% bahan semulajadi dan selamat. Diformulasi daripada inovasi biokimia Lipobelle™ Soyaglycone sebagai bahan utama dan ekstrak semulajadi lidah buaya (aloe vera) dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan rasa kegatalan. 

Di samping itu, formulasi daripada kedua bahan ini juga dapat menjadikan kulit lebih lembut dan anjal sekaligus memberi keselesaan semasa kegatalan di kulit berlaku. 

Ia juga kaya dengan ekstrak shea butter dan minyak zaitun yang merupakan sumber antioksidan yang dapat membantu memberi kelembutan serta melembapkan kulit secara mendalam. 

Dalam satu kajian pengguna, 9 dari 10 ibu yang menggunakannya selama 14 hari secara konsisten dapat mengurangkan stretch mark mereka. Produk ini juga direka dan diuji secara dermatologi di Singapura menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif.

#4. Mama’s Choice Gentle Face Wash

Istimewa Jualan Tahun Baru Cina hanya RM26.90

Masalah kulit berjerawat dan kusam bukanlah perkara yang asing bagi ibu hamil. Sebab itulah kami mengesyorkan anda untuk menggunakan pencuci muka dari Mama’s Choice ini! Diformulasi dengan ekstrak beras dan kolagen terhidrolisis yang dapat membersih, mencerahkan dan menyihatkan kulit secara mendalam. 

Apa yang penting ialah ianya tidak mempunyai sebarang bahan toksin berbahaya seperti paraben, alkohol, SLS dan diperbuat daripada bahan yang diyakini halal! Formulanya juga sangat lembut dan menjadikannya sesuai untuk kulit yang sensitif.

Jangan bimbang ibu kerana pencuci muka ini diuji secara dermatologi jadi ianya selamat digunakan oleh ibu hamil dan menyusu.

#5. Mothercare My Little Lunchbox Set 

Istimewa Jualan Tahun Baru Cina hanya RM65.40

Terdapat banyak pilihan permainan anak-anak di pasaran. Di antara permainan yang sangat berbaloi boleh kita beli bersempena dengan jualan Tahun Baru Cina ini ialah Early Learning Centre Wooden My Little Lunchbox Set daripada Mothercare. Harga yang ditawarkan cukup berbaloi iaitu RM65.40 daripada harga asal iaitu RM109, anda boleh jimat sebanyak 40%!

 Early Learning Centre Little Lunchbox Playset ini didatangkan dengan bekas makanan berwarna-warni di dalam kotak makan yang sangat cantik. Sesuai untuk umur 3 tahun ke atas dan ianya boleh menggalakkann permainan imaginatif dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga sesuai untuk diberi sebagai hadiah tau!

#6. 9Months Maternity Pink Tie Front Nursing Top

Istimewa Jualan Tahun Baru Cina hanya RM69.00

Pembelian yang sangat berbaloi untuk pakaian dari jenama 9months. Sempena dengan jualan Tahun Baru Cina, harga yang ditawarkan untuk 9months Maternity Pink Tie Front Nursing Top adalah RM69 sahaja, iaitu 59% diskaun diberikan daripada harga asal RM169. 

 Berlengan panjang dan materialnya diperbuat daripada rayon menjadikannya sangat selesa dan sejuk dipakai untuk sebarang acara. Blaus ini juga sangat sesuai untuk ibu menyusu kerana ianya mempunyai zip yang tersembunyi jadi memudahkan anda untuk menyusukan anak. Apa tunggu lagi? Jom bergaya pada musim perayaan ini dengan blaus cantik daripada 9months!

#7. Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow

Istimewa Jualan Tahun Baru Cina hanya RM59.90

Sesetengah bayi baru lahir boleh mengalami masalah sindrom kepala rata atau nama saintifiknya plagiocephaly di mana kepala bayi kelihatan rata hanya di satu bahagian. Ini terjadi kerana tengkorak dan ubun-ubun bayi yang baru lahir masih lembut. Selain itu, keadaan bayi yang sentiasa menghabiskan sebahagian besar waktunya tidur dengan posisi yang sama juga menjadi punca kepada sindrom kepala rata.

 Sebab itulah adanya Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow ini yang direka untuk membantu bayi anda tidur dengan selesa dan memastikan keadaan kepala bayi anda sentiasa berkeadaan yang cantik. Ianya dilengkapi dengan kontur cekung yang dapat mengekalkan bentuk kepala bayi anda serta mengurangkan tekanan pada leher bayi supaya mereka dapat tidur dengan lebih selesa dan nyenyak. 

Bantal ini juga diperbuat daripada 100% ‘memory foam’ organik untuk mengekalkan pengudaraan yang baik buat bayi anda! Oleh kerana itu, ia juga dapat meminimumkan risiko alergi bayi pada debu dan pepijat jadi ibu tidak perlu risau jika kulit bayi anda sensitif!

#8. Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset

Istimewa Jualan Tahun Baru Cina hanya RM59.90

Bagi mendapatkan bentuk badan asal sebelum kehamilan, ibu disyorkan untuk memakai bengkung daripada Mama’s Choice ini! Dihasilkan daripada fabrik yang lembut dan tidak akan melecetkan kulit anda atau berasa miang dan panas jika dipakai pada jangka masa yang lama. 

Pemakaian korset ini dapat membantu melangsingkan badan dan mengempiskan perut, kawasan pinggang dan mengecilkan rahim anda ke saiz asal sebelum hamil. Selain itu, ianya juga dapat membantu melegakan sakit belakang dan memperbetulkan balik postur badan anda. 

Wah! Semuanya menarik, bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan untuk ibu dan anak bersempena dengan jualan Tahun Baru Cina ini tau, ibu. Selamat membeli-belah! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rahsia Sari Yanti Menghilangkan Stretch Mark! Ia Tak Mustahil