Kanser serviks merupakan salah satu penyakit serius yang boleh mengancam nyawa ramai wanita selain kanser payudara. Atas sebab itu, setiap wanita disarankan untuk menjalani prosedur pap smear bagi mengenal pasti simptom kanser serviks ini.
Eksekutif Kewangan, Fauziah Khalek 45, tidak menyangka rutinnya berkunjung ke Klinik di negeri Selangor telah mungkin menyelamatkan nyawanya selepas terpandang poster mengenai prosedur pap smear bagi mencegah kanser serviks.
Beliau diiberikan kit yang membenarkannya mengambil sampelnya sendiri menggunakan alat pengikis kecil yang diberi oleh klinik dan diserahkan sampel itu di klinik yang sama.
Selepas tiga hari, alangkah terkejutnya Fauziah apabila mendapat notifikasi melalui telefon bahawa dia menghidap “Human Papillomavirus” atau HPV. Maksudnya dia mungkin berisiko untuk mendapat cervical cancer.
“Saya benar-benar terkejut kerana telah melakukan pap smear setiap tahun tapi kali ini HPV baru dapat dikesan.
Susulan itu Fauziah dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan yang seterusnya.
Namun selepas mendapatkan rawatan kedua, Alhamdulillah dia diberitahu bebas dari HPV ini.
Fauziah merupakan salah seorang daripada ribuan wanita Malaysia yang telah mendapatkan manfaat dari Projek Rose iaitu Program Pemeriksaan Kanser Serviks di negara ini.
Di mana ia adalah berbeza dengan prosedur pap smear konvensional yang mana membenarkan wanita mengambil sampel sel sendiri di rumah dan menerima hasil ujian melalui telefon.
Prosedur pap smear daripada Projek Rose
Menurut Profesor Woo Yin Ling, Pakar Sakit Puan Universiti of Malaysia, Projek Rose ini bertujuan membantu wanita supaya tidak berasa takut untuk melakukan prosedur pap smear dalam kedudukan persekitaran yang tidak
selesa.
Hal ini kerana, seramai kira-kira 1682 wanita Malaysia didiagnosis dengan kanser serviks setiap tahun. Namun hanya 12.8 peratus wanita sahaja yang menjalani pemeriksaan untuk HPV iaitu penyebab utama kanser serviks ini.
Ia adalah jauh dari sasaran pemeriksaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 70 peratus.
Ramai yang takut nak buat ujian pap smear
Woo berkata, ramai wanita di Malaysia tidak tampil untuk melakukan pemeriksaan disebabkan perasaan takut dan seterusnya prosedur itu dianggap sesuatu yang memalukan. Selain ia adalah pengalaman yang menyakitkan.
Walaubagaimanapun, setiap wanita dinasihatkan untuk mula mendapatkan ujian pap smear pada usia 21 tahun tapi masih ramai yang teragak-agak untuk melakukannya.
Buat pengetahuan, kanser serviks adalah kanser ketiga yang paling umum terjadi di kalangan kaum wanita di Malaysia.
Sebanyak 7.7 peratus wanita Malaysia akan terjejas dengan kanser serviks semasa hidup mereka manakala 32.1 peratus mengalami kanser payudara dan 10.7 peratus lagi mengalami kanser kolorektal.
Melalui projek rose ini, wanita dapat mengumpul sampel sel menggunakan alat pengikis kecil selepas itu mereka boleh menghantarnya ke klinik di mana ia penting untuk menguji HPV. Keputusannya dihantar kembali melalui
mesej selepas tiga hari.
Kelebihan ambil sendiri sampel
Menurut wanita yang telah melakukannya, mereka berasa selamat kerana tidak perlu menayang aurat pada doktor lelaki untuk melakukan pemeriksaan.
Malah ia dapat memberi kuasa kepada wanita untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik di kemudian hari.
Selain itu, dengan mengambil sampel sendiri ini dapat mengurangkan proses menunggu yang kadang kala mengambil masa selama lebih dari dua minggu untuk mengetahui keputusan ujian tersebut.
Apatah lagi, kit saringan sendiri ini telah digunakan di beberapa buah negara lain selain Malaysia termasuklah Botswana dan Australia.
Tanda-tanda kanser serviks bagi wanita
1. Vagina mengeluarkan lelehan atau cairan yang luar biasa tidak seperti selalu.
2. Pendarahan dari vagina selepas waktu menopause.
3. Pendarahan dari vagina yang tidak normal di antara waktu putaran haid.
4. Pendarahan berlaku selepas atau semasa melakukan hubungan seksual dengan pasangan.
5. Berasa sakit yang teramat semasa melakukan hubungan seks dengan pasangan.
6. Berasa tidak selesa semasa membuang air kecil dan ia berlaku berhari- hari dalam tempoh waktu yang panjang.
7. Datang haid yang berpanjangan
8. Sakit di bahagian pelvis, kaki dan sakit belakang dalam tempoh yang panjang.
9. Turun berat badan secara mendadak dan tiada selera makan setiap hari
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: SCMP.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.compap-smear-untuk-kanser-serviks