(Video) Prosedur Vasektomi, Kaedah Kontraseptif Kekal Untuk Lelaki Cegah Isteri Hamil

Selain pil perancang keluarga untuk wanita, lelaki boleh melakukan prosedur vasektomi untuk mencegah kehamilan. Mari ketahui bagaimana ia dijalankan.

Apa itu prosedur vasektomi?

Prosedur vasektomi merupakan satu kaedah pembedahan memotong saluran vas deferens di bahagian alat sulit lelaki. Ini dilakukan bagi mencegah sperma dari keluar  ketika ejakulasi.

Prosedur vasektomi merupakan kaedah kontrasepsi kekal yang boleh dilakukan oleh para suami, jika isteri tidak mahu melakukan sebarang kaedah kontrasepsi.

Dan sekiranya kedua-duanya telah membuat keputusan untuk tidak lagi mahukan cahaya mata.

Bagi anda yang ingin tahu bagaimana prosedur vasektomi dilakukan, anda bolehlah menonton video di bawah ini. 

Namun, sedikit peringatan yang video ini mungkin mengandungi gambar yang kurang menyenangkan.

Jika anda tidak selesa melihat video pertama namun masih ingin mengetahui prosedur yang dijalannkan, sila lihat video kedua di bawah.

Video kedua merupakan ilustrasi prosedur vasektomi dalam gambar 3D, beserta penjelasan di dalam bahasa Inggeris.

Pembedahan vasektomi tidak menyebabkan mati pucuk

Perlu diingati, lelaki yang melakukan prosedur vasektomi tidak akan mati pucuk atau tidak mampu untuk berejakulasi seperti kepercayaan sesetengah orang.

Mereka yang menjalani vasektomi masih mampu memuaskan isteri di kamar.

Prosedur vasektomi ini hanyalah salah satu cara untuk mencegah sperma daripada masuk ke rahim wanita dan bersenyawa dengan sel telur.

Ia dapat mencegah kehamilan dengan sangat efektif. Dan suami isteri masih boleh menikmati hubungan seks tanpa gangguan walaupun telah menjalani vasektomi.

Sebenarnya, vasektomi adalah mirip dengan prosedur bersunat, sedikit sahaja bahagian zakar yang dipotong, dan ianya di bahagian dalam, bukan di luar. Anda tidak akan rasa sakit langsung.

Pada tahun 1974 di Jakarta, pemerintah mereka pernah mempromosikan vasektomi secara percuma. Ini telah dilaporkan oleh Kompas.

Harga kos vasektomi juga berbagai. Ianya bergantung kepada di mana anda menjalani prosedur ini. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Anda mungkin juga berminat dengan : 

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Alat Perancang Keluarga IUD (Intra-Uterine Device)

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Sumber: theAsianParent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compil-perancang-isteri-seksi-pada-suami/

Written by

Aqma