Disahkan hamil, melalui proses kehamilan dan kelahiran antara saat paling berharga dalam kehidupan wanita yang sudah berkahwin.
Semua wanita termasuk pasangan dan seluruh ahli keluarga mengharapkan detik itu dapat dilalui dengan mudah dan selamat termasuk saat melahirkan anak. Namun, dugaan dan ujian setiap orang berbeza.
Bagi wanita sarat mengandung dari Desa Sendapang, Sulawesi Barat ini, beliau terpaksa diusung sejauh 16 kilometer menggunakan tandu buluh untuk ke hospital bagi proses kelahiran.
Proses kehamilan dan kelahiran penuh cabaran
Wanita berkenaan akhirnya tiba di hospital dan bersalin secara pembedahan setelah diusung sejauh 16 kilometer oleh keluarga dan penduduk kampung.
Kejadian seumpama itu bukan suatu yang pelik di daerah itu, malah ia ibarat rutin penduduk di kawasan berkenaan jika ada yang sakit dan terpaksa dihantar ke hospital.
Kemudahan di kawasan berkenaan yang sangat terhad menyebabkan penduduk di kawasan itu terpaksa memikirkan alternatif mereks sendiri walaupun terpaksa mengusung pesakit hingga 16 kilometer.
Kelahiran boleh jadi satu proses spontan
Walaupun ada tarikh jangkaan bersalin yang dikira berdasarkan kitaran haid seorang wanita hamil, boleh jadi akan ada proses spontan yang berlaku.
Ada yang tiba-tiba bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan. Sebab itu, ibu perlu sentiasa bersedia walau di mana juga anda berada!
Kelahiran tanpa sebarang tanda awal bukan perkara biasa terutama ibu kali pertama, ia jarang berlaku tetapi tidak mustahil. Hanya kira-kira satu dalam 200 bayi dilahirkan secara mendadak, biasanya di rumah. Bagaimanapun, ada juga bayi yang dilahirkan dalam kereta atau di dalam ambulans, atau di tempat-tempat lain.
Jadi apa yang perlu dilakukan jika ia terjadi kepada anda?
#1. Pastikan semua dokumen penting diletakkan satu tempat
Dokumen penting seperti kad pengenalan dan buku merah ibu perlu diletakkan di satu tempat dan pastikan ia mudah diambil. Ini kerana bila berlakunya kecemasan, boleh jadi semua orang panik dan lupa sedangkan dokumen ini penting untuk rujukan bagi proses kelahiran.
Ada yang sarankan simpan dokumen dalam satu beg dan sentiasa letakkannya di kawasan berhampiran pintu keluar rumah. Ia memastikan anda mudah nampak jika keadaan kelam kabut.
#2. Siapkan beg hospital anda seawal mungkin
Jangan suka bertangguh ya ibu. Seboleh-bolehnya siapkan beg keperluan di hospital secepat mungkin yang mengandungi barang ibu dan bayi.
Memang nampak remeh, tapi jika ia disediakan dalam keadaan tergesa-gesa pasti menimbulkan huru-hara juga. Senarai beg hospital anda boleh rujuk di sini.
#3. Pastikan anda tenang
Jika rasa seperti mahu bersalin, kekal tenang. Telefon hospital supaya menghantar ambulans atau dail 999. Berikan nama, alamat dan nombor telefon anda. Beritahu operator sudah berapa minggu anda hamil, dan bahawa bayi anda sudah hendak keluar supaya seorang bidan boleh dihantar bersama dengan ambulans.
Operator juga boleh terus bercakap dengan anda sepanjang masa sambil menunggu bantuan sampai.
#4. Cuba jangan bimbang
Wanita memang dicipta untuk melahirkan anak. Jika bayi anda hendak keluar dengan cepat, ini bermakna dia rasa selesa dan mudah untuk keluar.
Dalam keadaan tenang, segalanya dapat dilakukan dengan mudah, jadi ibu perlu sentiasa kekal tenang hadapi situasi kecemasan.
#5. Jadikan nombor telefon penting sebagai wallpaper telefon
Misalnya di telefon anda, jadikan nombor telefon suami atau ahli keluar terdekat sebagai wallpaper. Jika tidak kecemasan ia memang nampak tidak penting, tapi ia sangat berguna jika berlakunya kecemasan.
Orang di sekeliling anda boleh menelefon tanpa perlu menunggu anda membuka kekunci. Jika anda pengsan tiada masalah untuk mereka hubungan keluarga atau waris terdekat. Mudah bukan?
#6. Pastikan anda baik dengan jiran
Jiran adalah orang paling hampir yang boleh membantu jika sesuatu kecemasan terjadi. Bina hubungan baik dengan jiran kerana kita tidak tahu bila kecemasan akan berlaku dan siapa yang boleh bantu kita.
Sumber: merdeka.com, babycenter
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkelahiran-bayi-pramatang