Gempar! Proses Pengebumian Jadi Huru-Hara Selepas Jenazah Covid-19 Terkeluar Dari Keranda

Setiap yang hidup pasti merasai mati. Proses kematian seorang pesakit Covid-19 menjadi tular selepas mayatnya terkeluar dari keranda semasa pengebumian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses kematian setiap pesakit Covid-19 adalah tidak sama dengan jenazah biasa kerana ia memerlukan langkah keselamatan yang rapi agar orang lain tidak menerima jangkitan virus berbahaya ini.

Tentu sekali para kakitangan perubatan dan pihak yang terlibat sahaja layak untuk menguruskan jenazah dari aspek solat jenazah, kafan sehinggalah pengebumian di kubur.

Suasana huru-hara semasa mengendalikan proses kematian

Gempar di Sumatera Selatan apabila proses pengebumian pesakit Covid-19 bertukar huru-hara selepas perkara tidak disangka terjadi. Sebuah video menjadi tular dalam media sosial sejak beberapa hari lepas menunjukkan apa yang berlaku ketika kejadian.

Menurut Detik.com, kejadian berkenaan itu berlaku pada 22 Mei lepas ketika sekumpulan pasukan medik sedang melakukan prosedur untuk mengebumikan  jenazah Covid-19. Mayat berkenaan dibalut di dalam kain sarung berwarna oren dan diletakkan dalam peti keranda jenis kayu.

Namun ketika hendak menurunkannya ke dalam liang lahad menggunakan tali, penutup keranda itu tiba-tiba terbuka dan menyebabkan jenazah terkeluar.

Video turut memaparkan keadaan menjadi huru-hara selepas kejadian ia berlaku dan jelas kedengaran suara seorang wanita yang marah dan menengking pihak medik kerana mereka tidak dapat melakukan apa-apa tindakan.

Tanpa berlengah lagi, orang kampung yang ada di tempat berkenaan dan tidak memakai pakaian lengkap PPE segera turun ke dalam liang lahad dan membantu untuk menguruskan jenazah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, video berkenaan turut menunjukkan suara tangisan dipercayai ahli keluarga mangsa Covid-19 berusia 57 tahun itu.

Kelemahan pengurusan jenazah Covid-19

Menurut individu yang mengetuai tugas proses kematian pesakit Covid-19, Junaidi Anuar, pasukan tersebut telah dilatih dan melakukan proses simulasi sebelum itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun menurutnya kejadian seperti itu telah membuktikan pasukan tersebut perlu berlatih lagi untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.

“Sebelum pelaksanaan pasukan, kami telah diberikan briefing dan melakukan simulasi untuk sama-sama melihat video proses pemakaman yang dilakukan oleh daerah lain.”

“Namun kami menyadari bahawa hal tersebut tidak cukup, sehingga ke depan hari kami perlu melakukan lebih latihan terhadap anggota.” jelasnya

Cara mengendalikan mayat pesakit di Malaysia

Situasi penularan Covid-19 telah banyak mengubah corak kehidupan manusia. Semua aspek kehidupan terpaksa disusun semula tidak kira dari aspek pendidikan, kehidupan peribadi, pengurusan ekonomi sehingga kepada pentadbiran negara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah terbaik ini adalah sesuai dilakukan untuk mengawal kemudaratan lebih besar yang berupaya menggugat nyawa jutaan individu.

Begitu juga aspek pengurusan jenazah. Dalam situasi luar biasa, maka pengurusannya juga adalah tidak seperti biasa. Situasi penularan Covid-19 bukan satu situasi yang pernah berlaku di Malaysia dan negara-negara lain. Jenazah pesakit dijangkiti virus ini dikatakan berpotensi memindahkan virus terbabit kepada pihak pengurusan jenazah.

Justeru, pihak Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia membincangkan kaedah terbaik dalam pengurusan jenazah bagi mengawal penularan wabak ini terhadap petugas kesihatan.

Ia mengguna pakai keputusan Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola di Malaysia. Antaranya ialah:

#1. Pelaksanaan tayammum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun dalam situasi ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bersetuju untuk menukarkan prosedur asal mandi jenazah digantikan kepada pelaksanaan tayammum terhadap jenazah.

Ini bagi mengurangkan risiko terhadap petugas daripada terkena air atau tersentuh kulit yang mempunyai risiko menyebarkan virus kepada pihak pengurusan.

#2. Proses kafan

Bagi proses mengkafankan mayat pula, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengumumkan bahawa proses kafan adalah memadai dengan balutan kain yang dilaksanakan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jenazah berkenaan.

#3. Pengebumian yang ketat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses pengebumian berlangsung dengan ketat bagi memastikan tiada ruang penyebaran wabak berlaku. Segala perubahan prosedur dan protokol pengurusan jenazah ini menggambarkan Islam bukan agama yang rigid dan sempit. Islam sangat fleksibel dan praktikal, sesuai dengan kehidupan manusia. Islam mengutamakan kesejahteraan manusia, membimbing manusia membina kehidupan yang harmoni.

Sumber: Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdoktor-mati