Bila Anak Memerlukan Pemakaian Pendakap Gigi? Ini Yang Ibu Ayah Patut Tahu

Gigi yang cantik memberikan keyakinan pada sesiapa sahaja. Jika gigi anak anda tidak teratur, perlukah dia melalui proses memakai pendakap?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi yang cantik memberikan keyakinan pada sesiapa sahaja. Jadi, jika anda perasan bahawa gigi anak mula tumbuh dengan tidak teratur, perlukah dia melalui proses memakai pendakap atau adakah ia mempunyai solusi lain?

Adakah anda mempunyai masalah gigi tidak teratur sehingga ia menganggu keyakinan diri anda? Jika ya, anda mungkin tidak mahu anak anda berasa rendah diri jika giginya juga tumbuh dengan tidak teratur. Jadi, anda mencuba pelbagai cara untuk memastikan gigi anak sentiasa cantik dan bersih supaya dia yakin dengan diri sendiri, kan?

Tetapi, anda perasan bahawa gigi si manja masih tumbuh dengan tidak teratur! Adakah anak anda perlu melalui proses memakai pendakap atau adakah ia fenomena normal bagi kanak-kanak yang sedang membesar?

Gigi Anak Tumbuh Dengan Tidak Teratur, Adakah Ini Normal?

Kredit: greatersmiles.com

Pertama sekali, ibu dan ayah perlu memberi perhatian dengan teliti terhadap kebersihan oral anak sebaik sahaja si manja tumbuh gigi pertamanya. Dengan penjagaan rapi kebersihan oral, anda dan si manja tidak perlu risau akan insiden sakit gigi atau ketidakselesaan apabila gusi bengkak dan kesihatan oral ini akan berlarutan sehingga mereka dewasa.

Walau bagaimanapun, dengan penjagaan kebersihan oral yang baik, gigi anak anda masih boleh tumbuh dengan tidak teratur. Persoalannya, adakah ini normal? Secara ringkasnya, tidak. Tetapi, jangan terlalu risau lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi yang anda saksikan tumbuh ketika si manja masih kecil dipanggil gigi susu, dan gigi susu ini akan mula goyang dan tercabut semakin si anak membesar dan kemudiannya akan digantikan dengan gigi kekal. 

Walaupun gigi susu si manja agak tidak teratur, anda juga perlu tahu bahawa gigi kanak-kanak mungkin akan tidak teratur pada awalnya dan akan mula lurus secara sendiri dengan berlalunya masa.

Tetapi, jika anda masih risau, anda boleh berbincang dengan pakar ortodontik tentang langkah-langkah yang terbaik untuk anda ambil bagi memastikan kecantikan gigi si manja anda. Selain itu, anda tidak perlu terlalu risau.

Apa Yang Perlu Saya Buat?

Kredit: Shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda telah mendapati bahawa gigi susu si manja tidak teratur, apakah langkah seterunsya untuk anda ambil?

1# Jangan terlalu risau

Seperti yang telah kami kongsikan, gigi susu bukanlah gigi kekal jadi ia akan tercabut dan digantikan dengan gigi baru iaitu gigi kekal. Jika anda perasan bahawa gigi kekal si manja juga tumbuh dengan tidak teratur, anda bolehlah berjumpa dengan pakar ortodontik untuk berbincang jika anak anda perlu melalui proses memakai pendakap.

2# Memerhati tabiat anak

Kredit: romper.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba anda perhatikan tabiat anak anda dengan teliti. Adakah dia sering menghisap jari ketika tiada siapa yang melihat atau adakah dia gemar menolak gusi dengan lidahnya sendiri untuk memberi tekanan pada gusi? Faktor lain yang termasuk ialah jika anak anda masih menggunakan puting selepas usia 2 tahun, maka ia akan memberi implikasi kepada pertumbuhan gigi anak. 

Jika jawapan anda ialah ya kepada semua contoh-contoh ini, anda harus menegur perbuatan si manja dan beritahu mereka mengapa mereka tidak boleh berbuat demikian. Kanak-kanak lebih mudah mendengar kata apabila anda berkongsikan tentang pros-and-cons sesuatu perkara tersebut.

3# Menjaga kebersihan oral anak dengan teliti

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun cara ini bukanlah cara untuk mengelakkan gigi anak dari tumbuh dengan tidak teratur, tetapi penjagaan kebersihan oral yang rapi dapat mengurangkan ketidakselesaan si manja apabila mereka harus pergi ke klinik gigi. 

Tambahan pula, jika anak anda sering makan atau minum yang manis-manis, sentiasalah pastikan dia memberus gigi sejurus selepas makan untuk mengelakkan masalah gigi berlubang atau kaviti yang berlebihan. Dengan gigi yang bersih dan cantik, anak anda pasti akan membesar dengan keyakinan diri yang tinggi. Seronoknya!

4# Memastikan nutrisi si manja cukup

Kredit: Shutterstock

Secara saintifiknya, gigi yang tumbuh mengandungi kalsium, fosforus dan beberapa mineral lain. Jadi, anak anda memerlukan nutrisi yang cukup dan lengkap untuk pertumbuhan gigi yang teratur. Jika si manja tidak mengambil kandungan nutrisi yang secukupnya, ia boleh menyebabkan gigi mudah reput dan pertumbuhan gigi yang tidak bagus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhir kata, jika gigi susu anak anda tumbuh dengan tidak teratur, anda tidak perlulah terlalu risau! Sebaliknya, anda boleh menunggu sehingga gigi kekal mereka mula tumbuh selengkapnya sebelum anda boleh membuat keputusan jika si manja perlu melalui proses memakai pendakap. All the best, parents!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Medland Orthodontics, Healthline

Baca Juga: Karies Gigi Boleh Terjadi Pada Anak, Walaupun Kerap Memberus Gigi