Jangan Biasakan Rampas Barang Daripada Anak, Ajar Berunding Dengan Anak!

Proses perundingan dengan anak kena betul, jangan rampas saja barang yang dipegang anak, ia akan memberi kesan memudaratkan kepada anak kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda perasan yang anak-anak anda kini pandai merampas barang daripada anda juga kanak-kanak lain? Itu bermakna anda perlu asah proses perundingan dengan anak.

Anak rampas barang adalah kesan daripada perbuatan anda yang suka merampas barang yang dipegang anak-anak.

Memang niat anda adalah kerana tak mahu dia bermain benda yang merbahaya atau mungkin benda itu berharga. 

Tapi anak-anak tak akan faham ‘concern’ anda itu. Mereka akan percaya bulat-bulat berdasarkan perbuatan. Jadi jika anda suka merampas, mereka juga akan melakukannya kepada orang lain. 

Ingat, ada cara yang betul untuk mengambil barang yang dipegang anak. Tidak boleh terus rentap sekiranya ia bukan benda berbahaya. 

Lainlah sekiranya anak memegang objek tajam dan sebagainya, barulah segera diambil. 

Jika anda menghantar anak ke pengasuh atau pembantu rumah, jelaskan pada mereka keadaan ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi dalam fasa suka memegang barang

Menurut kata Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Uswatun Hasanah bt Mohd Habib, anak kecil suka meneroka, mereka akan sentu, pegang sesuatu untuk belajar benda baru. 

Seawal usia 8 bulan, bayi akan mengalami satu perkembangan mental yang membolehkannya mula meneroka alam kategori.

Ini usia terawal bayi mula cuba kenal lebih mendalam setiap satu benda yang wujud di sekelilingnya + perbezaan/ciri unik setiap benda + dalam kumpulan manalah benda tersebut boleh di masukkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana cara bayi belajar tentang kategori?

Bayi akan berminat dengan semua benda yang ada di depan matanya tanpa sedar samada perkara itu bahaya, panas, tajam, mudah pecah dan sebagainya.

Bayi akan mula minat untuk gigit , cabut, patahkan, hisap, campak, tarik, picit, ketuk dan segala kelakuan manipulasi untuk kenalpasti benda/objek dengan lebih mendalam dari segi bentuk, rasa, tekstur, warna dan sebagainya. Misalnya picit pisang untuk lihat ‘apa jadi pada pisang’ atau gigit kunci kereta untuk kenal tekstur dan bentuk.

Maka, anak diusia ini akan kelihatan ‘gatal tangan’ nak capai dan pegang semua benda serta nampak ‘kasar’ bila bermain atau pegang sesuatu.

Maka, ia juga punca anak LEBIH suka benda ‘real’ berbanding mainan. Kerana, benda ‘real’ lebih seronok untuk di terokai misalnya akan keluarkan bunyi jika di campak misalnya sudu besi akan bunyi berdeting bila di campak manakala sudu mainan, tidak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan nakal

Mereka bukan nakal, tetapi mereka sedang meneroka INGAT TU! 

Ya, betul. Kadang-kala, ibubapa tak terperasan dan tiba-tiba anak telah memegang sesuatu benda yang tak sepatutnya dia pegang. Ibu mungkin marah, cemas atau panik.

Sekali lagi ingat: anak hanya meneroka. Bukan nakal.

Maka, MERAMPAS benda yang berada di pegangan tangan anak BUKAN respon terbaik.

Mengapa? INGAT, ANAK JUGA SEDANG BELAJAR MENGKATEGORIKAN JENIS EMOSI, TINGKAHLAKU DAN RESPON.

Jika anda biasakan merampas sesuatu dari anak, anak juga akan belajar bahawa bila dia mahukan sesuatu yang berada di tangan orang lain, maka yang dia perlu buat ialah: rampas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama halnya dengan jerit, pukul dan cubit anak kecil. Mereka lihat contoh respon belajar mereka kategorikan semua perkara itu sebagai OK.

Bidang saya cuma menerangkan apa yang terjadi di dalam otak anak bagi setiap perkembangan mental yang di lalui. Maka, saya telah terangkan di atas tadi.

Bagaimana untuk menggendalikan kelakuan anak bagi setiap perkembangan usia, bukan bidang utama saya. Maka, saya bantu senaraikan beberapa idea untuk menghadapi tabiat anak yang ‘gatal tangan’ nak pegang semua benda. Rujuklah dengan pakar perkembangan kanak-kanak atau ahli terapi pediatrik untuk nasihat yang lebih bagus.

#1. Child proofing

Ini memang yang utama. Simpan dan letak semua benda ‘terlarang’ jauh dari anak. Jika orang dewasa itu sendiri yang ada tabiat suka letak barang merata-rata sehingga mudah di capai anak, tarik nafas ingat bahawa itu silap anda, bukannya anak cuba salah satu dari idea dibawah.

#2. Tunggu

Jika barang tersebut tidak merbahaya, mudah pecah atau bernilai, tunggu sahaja sehingga anak melepaskan barangan tersebut . Segera alihkan dari pandangan anak selepas dia melepaskannya. Bermula usia ini, segala benda tampak menarik di mata anak. Seringkali, perhatiannya terhadap sesuatu objek yang berada di tangan tak bertahan lama sebelum beralih minat ke objek lain pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tukar

Tawarkan objek lain yang selamat tetapi menarik sebagai gantian kepada objek yang tak sepatutnya sedang di pegang oleh anak.

#4. Minta dengan baik

Buat anak berusia 10 bulan ke atas yang telah mula ada pemahaman tentang konsep kuasa (autonomi), membuat mereka merasa berkuasa dan penting itu berkesan untuk membuat mereka berkerjasama. 

Minta dengan baik untuk dapatkan barangan yang di pegang oleh anak-anak. Minta dengan riak wajah, intonasi dan bahasa tubuh yang betul misalnya, ” Boleh bagi mama, sayang? “. Anda mungkin perlu minta beberapa kali dan beri masa untuk anak memproses fikirannya. ‘Impulse’ (naluri) anak dalam membuat keputusan tentang sesuatu tidak sepantas orang dewasa. Maka bersabar ketika meminta.

Puji, senyum dan ucap terima kasih selepas anak memberikan objek tersebut kepada anda.

Anda boleh juga meminta anak memberikan barangan tersebut kepada orang lain. Misalnya, “Adik nak tengok kartun? Adik bagi remote tu pada abah then abah buka cerita kartun ok “.

Meminta izin dan beri jalan agar anak memilih untuk memberi objek kepada orang lain itu buat anak rasa penting dan berkuasa. Anak rasa gembira dan ini buat dia lebih mudah berkerja.

Beza rampas dengan ambil ialah: rampas itu bila anak tidak di maklumkan lebih awal bahawa barangannya akan di ambil + barangan di ambil dengan daya paksaan.

Ya, rampas itu perlu di lakukan HANYA JIKA anak memegang barangan yang BENAR-BENAR merbahaya seperti gunting  atau barangan penting dan berharga seperti cermin mata kaca.

Jika anda PERLU rampas, PASTIKAN anda: ☑minta maaf kerana perlu

Merampas.

Terangkan kepada anak kenapa anda terpaksa merampas

Jika barangan tidak begitu merbahaya atau penting NAMUN termasuk dalam kategori ‘barangan larangan sepanjang masa’ seperti ubat-ubatan/pil milik nenek, kertas kerja dan barangan di dalam beg kerja mama atau dompet ayah, maka pandang tepat ke mata anak dan sama aras dengan ketinggian anak,  beritahu anak dengan jelas , “NO, ini tak boleh. Ini barang kerja mama jadi adik tak boleh ambil”.  

Kemudian dengan lembut tetapi tegas, tarik barangan tersebut dari anak. Jika anak tidak marah atau tidak cuba menahan tarikan, alihkan segera, peluk dan ucap terima kasih kepada anak.

Jika anak keberatan melepas objek, pegang bahu atau tangan anak tanpa lepas. Ulang dengan tegas tetapi lembut mesej bahawa anda tidak akan berganjak selagi dia tidak melepaskan. Misalnya ,” Mama tahu adik sedih. Tapi mama tak boleh bagi adik main ubat nenek. Bahaya kalau adik tertelan dan kalau hilang, nenek akan sakit”. 

Ulang sehingga nampak atau rasa pegangan anak terhadap objek melonggar. Alihkan segera, peluk dan ucap terima kasih atas kerjasamanya.

Baca juga: Tegur Anak Bila Dia Rampas Barang Orang Lain

Sumber: Baby Language

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia