Tips Goda Suami Ke Ranjang, Lakukan Malam Ini Confirm Dia 'Geram'!

Tahu tak nak pujuk hati suami ke ranjang, kena bermula dari awal lagi. Dan ia adalah satu ‘hint’ berbanding dari terus ‘beraksi’. 

Tahu tak nak pujuk hati suami ke ranjang, kena bermula dari awal lagi. Dan ia adalah satu ‘hint’ berbanding dari terus ‘beraksi’. 

Suami pun akan terangsang tanpa disedarinya, dia mungkin akan fikir dia yang memang terasa ghairah tapi hakikatnya anda yang berjaya memberi hint!

Tak percaya? Jom cuba tips untuk pujuk hati suami ke ranjang tanpa disedari ini.

Tips pujuk hati suami ke ranjang

#1. Hantar pesanan teks yang seksi

Contoh seperti anda mengadu ada kesan kemerahan pada bahagian payudara atau paha, dan cuba hantarkan gambar kepada suami anda. Tentu tak keruan dibuatnya. Sudahlah dia berada di pejabat, terus tak sabar nak pulang ke rumah dan terkam kamu!

#2. Pakai baju jarang 

Ada tak baju atau kemeja rona putih yang jarang dan nipis. Cuba gayakannya tanpa memakai coli. Dan buatlah kerja-kerja rumah seperti biasa, sama ada memasak atau menyediakan makanan di meja. Ada akan perasan ada sepasang mata yang asyik memandang. Tahu-tahu makanan ke mana, kamu berdua sudah di atas katil!

#3. Basahkan rambut ketika mandi

Ramai wanita yang usai saja syampu rambut terus keringkan rambut dengan serta merta. Tunggu dulu! Cuba lapkan saja dengan tuala dan biar ia lembap-lembap manja. Sambil-sambil masih bertuala, buat-buatlah mencari baju, berjalan ke sana sini, memakai produk penjagaan kulit dan apa sajalah. Dalam masa yang sama jelinglah suami tu sikit. Tentu dia pun cepat ke bilik mandi dan berwangi-wangi untuk bersama. 

#4. Minta suami ambilkan tuala mandi

Buat-buat terlupa bawa tuala ke kamar mandi, dan usai saja mandi, minta suami ambilkan tuala. Bila dia beri tuala, tayanglah sikit badan tanpa seurat benang. Tentu dia terkejut, tapi dalam terkejut tu di terangsang! Buat teknik ini selalu kalau nak pujuk hati dia yang tengah marah pun berkesan tau! Dari nak marah terus jadi malu-malu tapi mahu. 

#5. Pakai gaun tidur yang singkat

Ini taktik yang paling berkesan! Pakai gaun malam tu dah dapat markah penuh tu. Buat-buat pula nak mencapai ambil barang di kabinet yang tinggi, terus dapat markah bonus tau! Panjat atas tangga kecil atau bangku dan apa lagi buat-buatlah capai pinggan mangkuk atau mug minuman. Kononnya nak buat air untuk suami, terus si suami kata “tak payahlah buat air, abang tak haus dah.” 

#6. Pura-pura kepenatan dan terus baring tanpa memakai baju

Sambil mengeluh, usai tanggal baju terus baring meniarap di atas katil. Lelaki mana tidak tergoda melihat isteri tanpa seurat benang terbaring di atas katil bukan? Lelapkan mata, dan anda akan perasan ada badan yang kepanasan sedang menghampiri anda. Apa yang terjadi seterusnya tak perlulah dijelaskan lagi!

Kalau anda dah dapat pancing boleh mulakan aksi berikut:

#1. Mulakan dengan dirty talk

Teknik goda suami yang pertama adalah dengan menggunakan dirty talk. Ungkapkan kata-kata yang boleh menggoda pasangan agar mereka mahu melakukan foreplay.

Jika anda malu, anda boleh cuba melakukan dirty talk ini sepanjang hari melalui mesej dulu. Biar suami “terpancing” dan ingin cepat-cepat balik untuk menerkam anda.

Anda juga boleh beritahu suami yang anda amat merindunya dan ingin dia segera balik. Lepas suami balik, jangan lupa beri kejutan yang dia tak sangka.

#2. Belajar jadi pencium yang bagus

Ramai yang menganggap ciuman adalah satu teknik foreplay yang membosankan. Jika anda fikir begitu, mungkin anda melakukan teknik ciuman yang salah.

Salah satu teknik goda suami yang paling berjaya ialah dengan ciuman yang mengghairahkan. Anda perlu mencium suami dengan semangat. 

Untuk jadi pencium yang bagus dan mampu menggoda suami, anda perlu buat:

Cuba gigit lembut salah satu bibirnya

Gunakan tangan anda untuk menggerakkan kepala suami ke satu sisi dan anda boleh mengubah tempat anda menciumnya

Dari bibir, segera usap cuping telinga suami dan cium kawasan lehernya

Jangan lupa untuk cium badannya juga!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kosmopolitan

Baca juga:

https://my.theasianparent.comteknik-goda-suami