Covid-19 Punca Kelahiran Mati Meningkat, Ibu Hamil Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti!

Punca kelahiran mati boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai keadaan. Namun tahukah anda pandemik Covid-19 telah mencatatkan peningkatan kes yang mendadak?

Jika janin tidak bernyawa sebelum usia kandungan mencapai 20 minggu, biasanya ia dipanggil sebagai keguguran. Manakala jika bayi meninggal pada usia kehamilan melebihi 20 minggu, ia dikenali punca kelahiran mati atau stillbirth.

Banyak orang menganggap bahawa keguguran adalah melibatkan kematian bayi sebelum ia dilahirkan ke dunia, namun hakikatnya ia berbeza. 

Baca juga: Due Date Sudah Dekat, Ini Prosedur Bersalin Khusus Bagi Ibu Yang Disyaki Covid-19

Punca kelahiran mati dan kaitannya dengan risiko pandemik Covid-19

penyebab bayi mati dalam kandungan

credit to sources

Kematian janin dalam kandungan atau lahir mati adalah mimpi buruk dan sukar untuk diterima oleh kebanyakan ibu. Mana tidaknya kegembiraan dan harapan untuk memiliki cahaya mata hilang dalam sekelip mata.

Sebenarnya kejadian bayi lahir mati disebabkan oleh pelbagai faktor seperti keadaan kesihatan ibu, janin dan plasenta. 

Manakala menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan UNICEF, telah mencatat hampir 2 juta bayi meninggal di dalam kandungan atau kelahiran mati. Mereka mengatakan bahawa pandemik Covid-19 telah menambah jumlah kes sebanyak 200,00 kematian.

”Setiap 16 saat, seorang ibu dari sesuatu tempat berdepan dengan tragedi stillbirth,” jelas Direktor Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore. Dia mengatakan bahawa sebahagian besar punca kelahiran mati dapat dicegah melalui proses pemantauan yang teliti, rawatan antenatal terbaik dan bidan yang mahir.

Hasil beberapa kajain terbesar melaporkan peningkatan angka lahir mati diterbitkan dalam Jurnal The Lancet. Penelitian ini berdasarkan data 20,000 ibu mengandung yang melahirkan anak di 9 buah hospital di negara Nepal.

Mereka mendapati berlaku peningkatan kelahiran mati dari 14 kes kepada 21 kes daripada 1,000 kelahiran ketika pandemik Covid-19 akhir bulan Mei tahun lalu.

Kadar kelahiran mati mencatatkan peningkatan di beberapa buah negara

lahir mati stillbirth

credit to sources

Paling membimbangkan, kenaikan kes ini terjadi dalam tempoh empat minggu pertama lockdown, di mana seluruh masyarakat perlu duduk di rumah dan hanya ketua keluarga sahaja keluar membeli barangan keperluan atau ubat-ubatan.

”Nepal merupakan negara yang mencapai kemajuan dalam 20 tahun terakhir bagi bidang kesihatan wanita dan bayi, namun beberapa bulan ini telah menunjukkan peningkatan kes kematian,” jelas ketua kajian dari Universiti Uppsala, Ashish KC.

Manakala kumpulan doktor di negara India turut melaporkan berlakunya peningkatan kadar kelahiran mati serta penurunan rawatan kehamilan kecemasan sebanyak dua pertiga. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak kelahiran bayi telah berlaku di luar hospital, di rumah atau kemudahan lain.

Trend yang sama juga berlaku di hospital United Kingdom. Hospital University of London, para petugas kesihatan mendapati kadar kelahiran mati turut mengalami peningkatan sebanyak empat kali ganda antara bulan Oktober 2019 dan Jun 2020 dari 2.38 hingga 9.31 bagi setiap 1,000 kelahiran.

Pandemik Coronavirus telah memberikan tekanan dalam setiap aspek kehidupan manusia di dunia terutamanya bidang kesihatan. Selain itu kes kematian disebabkan oleh penyakit jantung dan kencing manis turut mengalami peningkatan.

Ibu mengandung yang dijangkiti Covid-19 berisiko berdepan komplikasi serius

Wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke hospital kerana berisiko berupaya mengalami komplikasi yang lebih serius. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kelahiran bayi pramatang serta risiko besar yang lain iaitu anda dalam kandungan mati sebelum bersalin.

Kajian terdahulu menunjukkan risiko kelahiran bayi pramatang lebih tinggi dan kajian di Britain turut mencatatkan peningkatan kes kelahiran mati ketika wabak.

bayi mati dalam kandungan

credit to sources

Bagaimanapun beberapa pakar mengeluarkan amaran bahawa penelitian ini hanya dijalan terhadap sebilangan kecil pesakit, termasuklah ramai dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, sekaligus memungkinkan ia tidak mewakili kesemua ibu hamil yang dijangkiti.

Kajian mendapati bahawa ramai ibu mengandung yang dijangkiti virus ini tidak mengalami sebarang gejala, namun ada juga antara mereka memiliki gejala.

Ketika mengandung, rata-rata wanita akan mengalami perubahan fisiologi yang dapat meningkatkan bahaya. Organ paru-paru mungkin terkesan akibat rahim yang mengembang dan sistem kardiovaskular terpaksa bekerja keras.

Coronavirus turut meningkatkan risiko darah beku dan memberi kesan terhadap plasenta yang membekalkan makanan kepada janin dalam kandungan.

Meskipun pakar menegaskan perlu lebih banyak penyelidikan untuk menjelaskan perkaara ini secara lanjut, mereka menggesa wanita hamil agar sentiasa berhati-hati, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial agar dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Sumber: Nypost, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elakkan Posisi Tidur Terlentang, Ia Mendatangkan Risiko Kematian Bayi Dalam Kandungan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!