Tergamak Si Ibu Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Tepi Jalan Gara-Gara Tak Mampu Menjaga

Punca pembuangan bayi tak lain tak bukan kerana tak mampu menjaga anak kandung sendiri dan dek kerana si ayah yang tidak mahu bertanggungjawab. Lantas satu-satu penyelesaiannya adalah dengan membuang bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang di mana-mana negara pun sama ya, punca pembuangan bayi tak lain tak bukan kerana tak mampu menjaga anak kandung sendiri dan dek kerana si ayah yang tidak mahu bertanggungjawab. Lantas satu-satu penyelesaiannya adalah dengan membuang bayi. 

Begitulah yang berlaku di Zhejiang, China,baru-baru ini, di mana seorang ibu remaja berusia 19 tahun memutuskan untuk meninggalkan bayinya yang baru berusia dua hari di tepi jalan.  Mengikut laporan Daily Mail UK, punca pembuangan bayi adalah ekoran si ibu tidak mampu membesarkan anaknya kerana dia masih belum berkahwin. 

Bayi dibungkus dalam plastik sampah

Bayi itu ditemui dalam keadaan bogel yang dibungkus dalam sebuah bag plastik sampah oleh seorang pejalan kaki yang lalu lalang di situ. Bayi itu kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. 

Ibu kepada bayi berkenaan telah ditahan polis dan masih di dalam siasatan, sementara bayinya kini selamat di dalam jagaan keluarga ibu berkenaan. 

Menurut laporan media di China, seorang pejalan kaki bernama Luo yang menjumpai bayi berkenaan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, dan tiba-tiba mendengar tangisan bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya dia cukup terkejut apabila sedang dia mendekati bungkusan plastik sampah dia ternampak seorang bayi dalam keadaan tanpa berpakaian di dalam bungkusan tersebut. 

Lantas Luo bergegas menghubungi polis untuk membuat laporan.  Doktor yang merawat bayi berkenaan mengesahkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan sihat dan baru saja dilahirkan kurang 72 jam yang lalu.

Semasa siasatan dijalankan, pegawai polis telah berjaya mengenal pasti ibu kepada bayi berkenaan yang dikenali sebagai Xiao Qin menerusi rakaman kamera CCTV.

Telah berpisah dengan kekasih sebelum tahu mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Xiao Qin dikatakan telah berpisah dengan kekasihnya sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. 

Setelah tiba di Zhuji, barulah ibu kepada bayi yang dibuang ini tahu yang dia sedang mengandungkan anak bekas kekasihnya.

Akibat malu dan tidak mahu dipandang serong keluarga dan rakan-rakannya, Xiao Qin bertindak untuk menyembunyikan berita kehamilannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga sentiasa mengenakan baju yang besar-besar agar perutnya yang kian membesar dapat disorokkan. 

Sehinggalah tiba waktu kelahiran bayinya, air ketubannya keluar ketika di tempat kerja. Dan segera meminta cuti kecemasan kepada bosnya dan pulang ke rumah sewaannya. 

Disitu dia selamat melahirkan bayinya dengan sendiri, dan juga memotong tali pusat bayinya sendiri menggunakan pisau lipat. 

Bekas kekasih tidak mahu bertanggungjawab

Lebih menyedihkan apabila bapa kepada bayi ini tidak mahu bertanggungjawab setelah diberitahu akan berita mengejut ini.  Tetapi keluarga si ibu bergegas berangkat ke Zhuji untuk menjaga bayi yang ditinggalkan itu. Diharap pengakhiran yang baik-baik saja untuk bayi dan ibu muda ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketahui lebih lanjut mengenai Baby Hatch!

Bagaimanakah Baby Hatch ini berfungsi?

Tidak kiralah apa pun punca pembuangan bayi oleh ibu bapa ini, denganBaby Hatch ia telah mampu menyelamatkan 147 bayi dari menjadi mangsa kes pembuangan bayi.

  • Pintu Baby Hatch direka khas di hadapan setiap pusat OrphanCARE supaya senang dilihat. Jalan masuk ke semua pusat mereka juga sentiasa buka untuk membolehkan ibu bapa menggunakan kemudahan Baby Hatch pada bila-bila masa.
  • Ruang di dalam Baby Hatch tersebut dilengkapkan dengan sebuah katil bayi sementara, yang cukup besar untuk menampung seorang bayi dengan selesa. Katil ini dialas tilam yang lembut yang mempunyai sensor khas dan beberapa bantal.
  • Sensor ini, apabila dicetus oleh berat bayi, akan menghidupkan penghawa dingin dalam bilik. Penggera akan berbunyi untuk memaklumkan penjaga bertugas. Kemudahan interkom juga disediakan bersebelahan dengan Baby Hatch tersebut bagi ibu bapa yang ingin berkomunikasi dengan penjaga bertugas. Borang juga disediakan untuk ibu bapa yang ingin mengisi apa-apa maklumat contohnya, bangsa atau agama.
  • Sebaik sahaja pintu Baby Hatch ditutup, ia hanya boleh dibuka oleh penjaga bertugas. Ini dilakukan untuk memastikan keselamatan bayi tersebut.
  • Kebanyakan bayi yang ditinggalkan dalam Baby Hatch adalah bayi baru lahir yang masih bertali pusat. Kesihatan bayi itu akan dinilai terlebih dahulu untuk memastikan bayi tersebut tidak memerlukan rawatan segera, sebelum dia dihantar ke hospital.

Mari sama-sama bantu sebarkan mengenai kemudahan Baby Hatch ini. Anda mungkin menyelamatkan nyawa seorang bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber : Daily Mail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Pasangan suami isteri terpaksa buang bayi di taman kerana anak sakit