Tenaga dan kesihatan sebelum kahwin dengan selepas kahwin memang berlainan. Malah selepas menimang cahaya mata pula, lain kesannya. Mengandung dan baru menimang cahaya mata juga boleh menjadi punca sakit badan.
Sakit badan seperti sakit belakang, sendi, urat itu adalah biasa dikalangan ibu bapa, kerana menimang cahaya mata ini ibarat ‘menimang’ berat juga.
Sedari anak anda masih bayi lagi, anda sudah dikejutkan dengan teknik mengangkat yang pelbagai, tidak kiralah untuk ibu yang menyusu atau bapa yang perlu bangun lewat malam mengendong anak yang sedang menangis.
Terdapat banyak juga sebab-sebab lain yang menyumbang kepada sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh urat ini. Tapi terdapat 3 jenis kesakitan badan dan urat yang biasa dialami ibu bapa. Ini antara punca dan cara mengatasinya dengan berkesan!
Punca sakit badan yang biasa dialami ibu bapa
Kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang membuat kerja-kerja rumah yang melibatkan posisi ganjil iaitu ketika mendukung anak, meningkatkan risiko untuk terkena sakit belakang. Menurut Anna Ribaudo, terapi fizikal dari Hospital NYC, ini antara enam punca sakit belakang yang dialami ibu bapa serta cara mengatasinya.
Menyusu badan
Ibu-ibu yang menyusukan anak sedari bayi lagi memang berisiko untuk mendapat sakit belakang akibat kedudukan tubuh yang tidak selesa. Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih posisi bersandar ketika duduk, dan tampung bayi di atas pangkuan dengan beralaskan bantal, jadi anda tidak perlu membongkok ketika menyusukan anak dalam posisi duduk. Sebelum menyusukan anak, anda boleh amalkan urutan bahu dengan memicit dan menggerakkan bahu secara memusing. Ini dapat mengaktifkan otot dan membantu menyokong bahagian belakang badan.
Mengangkat anak dari katil bayi
Kelakuan ini dapat memberi impak kepada bahagian pinggang. Apa yang anda perlu lakukan adalah berdiri dengan posisi kaki senang diri, iaitu jarakkan sedikit kaki, dan tarik anak anda berdekatan dengan badan, kemudian ketika anda ingin mengangkatnya, bengkokkan sedikit kaki dan angkat anak terus ke dakapan anda.
Meletakkan anak ke dalam kerusi tinggi
Pergerakan ini memang nampak mudah tapi ia juga menggunakan pergerakan yang banyak dan memberi efek kepada tulang belakang anda. Alihkan dulu tray kerusi yang dipasang bersama, kemudian baru angkat anak anda. Dengan ini, anak anda pun tidak sukar untuk masuk ke dalam ruang yang sempit.
Mengangkat anak dari lantai
Jangan membongkok! Ini adalah kesilapan ibu bapa yang sangat ketara. Anda perlu mencangkung, dan samakan ketinggian bersama anak barulah mengangkatnya dari lantai. Bangun dengan perlahan-lahan, ini juga boleh menjadi satu senaman ringan yang bagus untuk kesihatan belakang.
Memasang tali pinggang keledar pada kerusi keselamatan bayi
Setiap perbuatan yang melibatkan posisi membongkok boleh memberi kesan kepada tulang belakang. Elakkan memasangnya dari luar kereta. Amalkan pemasangan tali keledar bayi ini ketika anda di dalam kereta. Duduk bersebelahan dengan kerusi keselamatan bayi sambil memangku anak kemudian angkat dan letak anak anda seperti biasa. Proses ini hanya melibatkan badan anda dipusingkan sedikit sahaja. Memang leceh tapi ia dapat melindungi badan anda untuk jangka masa lama.
Menggunakan stroller
Sekiranya anda di tempat yang lebih luas, amalkan mengangkat anak dengan kedudukan mencangkung. Jika menolak stroller, sentiasa berjalan dalam posisi menegak. Kajian membuktikan apabila anda sering membongkok ia akan menyebabkan penjajaran tulang belakang (back alignment) anda lari. Ini akan memberi efek otot dan ligamen terseliuh dalam mengimbangkan badan.
Jenis-jenis sakit belakang
Terseliuh
Adalah kecederaan ligamen yang selalunya disebabkan oleh tolehan atau pusingan yang mengejut. Kecederaan ini melibatkan otot atau tendon disebabkan pergerakan pusingan mengejut yang kerap dalam jangka masa yang lama. Sakit ini akan kekal lama di belakang anda tetapi tidak menganggu pergerakan badan anda, namun kesakitannya tetap dapat dirasai sekiranya anda membuat kerja-kerja berat.
Tulang rawan tergelincir (Slipped disc)
Yang selalunya dikenali oleh masyarakat dengan sakit hernia, bulging atau ruptured disc, semuanya adalah sama. Ini boleh berlaku sekiranya badan mengangkat beban secara mengejut, atau jatuh secara tiba-tiba. Lantas mengakibatkan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disc. “Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah terutama pada bahagian bawah belakang badan hingga ke punggung. Jika ini berlaku pada leher anda, kesannya bahu dan lengan akan terasa kebas. Apabila anda cuba menoleh, ia akan memburukkan lagi keadaan,” kata Peter G. Whang, MD., Profesor Bersekutu Ortopedik dan Pemulihan di Yale School of Medicine. Untuk sesetengah orang mungkin akan menyangkakan sakit ini adalah terseliuh badan atau sciatica, jadi disebabkan itu doktor mungkin akan menyarankan pemeriksaan MRI untuk diagnosis yang tepat.
Sciatica
Ini sangat biasa berlaku pada ibu yang menginjak kehamilan trimester ke tiga. Ia akan terjadi sekiranya tulang rawan menekan terus pada urat siatik. Dan ia akan mengakibatkan kelonggaran ligamen. Rasa kesakitan ini berbeza pada setiap orang, kadangkala ia hanya ketidakselesaan ringan, namun ada kalanya cukup menyakitkan. Selalunya ia hanya terjadi pada sebelah bahagian badan sahaja bermula dari bawah bahagian belakang hingga ke punggung dan kaki.
Cara mengatasi sakit badan
Tidak kira kecederaan belakang yang anda hadapi, proses untuk mengubatinya adalah sama. Sekiranya anda merasakan kesakitan badan yang di alami adalah teruk, segeralah berjumpa dengan doktor. Jika sakit yang datang sekali-sekali amalkan penjagaan seperti berikut:
Tuam ais dan mandian panas
Sekiranya sakit badan dan belakang pada peringkat yang ringan anda boleh cuba merawatnya di rumah. Letakkan ais pada bahagian badan yang terseliuh atau tuam dengan mandian air panas untuk berasa lebih lega. Selain daripada melegakan urat-urat yang tersimpul, ia juga sebagai terapi untuk melegakan otot yang tegang.
Baring
Baring dengan relaks dapat membantu badan anda kembali sihat. Kebanyakan doktor juga akan menyarankan baring di atas katil untuk waktu yang lama bagi merawat kecederaan tulang belakang atau sciatica. Jika tiba-tiba sakit belakang menyerang, rehat seketika dan baring tenangkan diri, sakit itu akan hilang tanpa rawatan yang teliti.
Sapuan krim Perozin
Tidak lengkap rawatan di rumah tanpa menyapu krim yang mampu memberi kelegaan pada otot dan bahagian badan yang terasa sakit dan lenguh.
Krim ini mampu menghasilkan efek sejuk pada kulit lantas melegakan sakit-sakit badan yang dialami.
Letakkan sedikit krim Perozin ini pada tapak tangan dan urutkan pada bahagian yang sakit 1 hingga 3 kali sehari. Untuk hasil pemakaian yang berkesan, sapu pada tempat sakit setiap kali sebelum dan selepas mandian panas. Ia dapat memberi kelegaan berpanjangan dan anda boleh bermain dan mendukung anak seperti biasa!
Peringatan: Hanya untuk kegunaan luaran, jauhkan daripada kanak-kanak.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai krim Perozin ini, klik di sini.