Tadika, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Negeri Fasa 1 & 2 Dibuka Hari Ini (17 September), Parents Dah Boleh Hantar Anak

Kerajaan umum pusat jagaan kanak-kanak, tadika, tabika, ousat jagaan kanak-kanak harian dan pusat perkembangan minda dibuka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada ibu bapa yang sudah boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akhirnya mengumumkan pembukaan tadika, tabika, pusat jagaan kanak-kanak harian serta pusat perkembangan minda untuk anak-anak yang ibu bapanya bekerja.

Kesemua pusat berkaitan dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 September ini. 

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada beberapa sektor.

Pusat jagaan kanak-kanak, tadika, taska dibuka; penjaga perlu lengkap vaksin

Operator dan pekerja di pusat-pusat ini perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi. Ini bermakna, kesemua yang bekerja di taska atau tadika perlu lengkap dua vaksin barulah mereka dibenarkan beroperasi. 

Sudah pasti ramai ibu bapa bekerja yang menarik nafas lega dengan perkembangan ini bagaimanapun pasti juga timbul kerisauan untuk menghantar anak mereka kerana kanak-kanak ini akan bergaul sesama sendiri.

Tetapi, apa pun, sudah pasti kita harus belajar bahawa Covid-19 akan menjadi endemik yang mana masyarakat dunia akan kekal hidup dengannya. 

Sudah pasti kehidupan perlu diteruskan apa yang penting rakyat mestilah mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak berulangnya fasa perintah kawalan pergerakan yang sudah pasti memberi kesan kepada semua tidak kira daripada segi kewangan, emosi dan sebagainya.

Bagaimana pastikan anak sentiasa selamat di pusat jagaan?

Kredit: ohbulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mahu tidak mahu, kita terpaksa juga melepaskan anak dalam keadaan pandemik ini. Apa yang penting ajarkan pada mereka untuk mengikut SOP supaya mereka sentiasa terhindar daripada jangkitan.

Jadi apa yang boleh dilakukan? 

#1. Ajar mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan diri

Seperti biasa, anak sudah diajar untuk sentiasa mencuci tangan, pesan pada mereka, perkara itu perlu dibuat lebih lagi sekarang ini. Ajar mereka jangan sentuh bahagian muka, mata atau hidung selagi belum membasuh tangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bekalkan dengan hand sanitizer

Mungkin ada yang takut anak akan termakan, tetapi ia boleh dipraktikkan dari awal. Ada anak kini seawal usia empat tahun sudah tahu apa itu hand sanitizer dan mereka tahu ia bahaya untuk di makan.

Jadi terangkan pada anak anda, mengapa ia perlu.

#3. Sediakan topeng muka

Di pasaran terdapat pelbagai saiz topeng muka, pastikan beli lebih untuk kegunaan anak. Tidak salah untuk simpan stok lebih awal sebelum sekolah dibuka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajar anak cara pemakaian mask atau topeng muka yang betul dan ingatkan mereka supaya sentiasa pakai topeng muka bagi mengelak virus yang boleh tersebar melalui udara.

#4. Ajar anak anda mengenai penjarakan sosial

Ia mungkin sukar untuk mereka fahami, kenapa tidak boleh bersentuhan dengan rakan lain di sekolah. Gunakan bahasa yang mudah supaya mereka faham kini tidak lagi boleh bersalaman dan berpelukan seperti biasa.

Anak kecil memang takut dengan perkataan ‘bad germs’, kuman dan sebagainya. Jadi jika anda terangkan dalam bahasa mudah difahami, mereka mungkin boleh praktikkan lebih baik dari orang dewasa.

#5. Balik sekolah mesti mandi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak balik dari sekolah, pastikan anda ingatkan mereka supaya terus mandi dan bersihkan diri. Ini penting bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan terhindar daripada kuman dan virus.

#6. Jangan berkongsi dengan rakan

Kredit: mynewshub

Ingatkan anak anda supaya tidak berkongsi makanan atau barangan dengan rakan. Bukan mahu ajar mereka jadi kedekut, tetapi ia bagi mengelak dan mengekang penularan virus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih baik jika anda boleh menyediakan bekal untuk anak anda jadi dia tidak perlu berkongsi peralatan dengan sesiapa di tadika nanti. 

#7. Jika boleh tukar tuala anak setiap hari

Adalah lebih baik untuk anda pesan kepada penjaga di taska atau tadika bahawa anda ingin bawa balik tuala anak setiap hari dan gantikannya dengan yang baharu setiap hari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tadika Yang Bagus Untuk Anak-Anak, Ibu Bapa Ada Yang Hantar Anak Ke Sini?

Baca juga: Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Pada 3 Okt, Tiada Tindakan Disiplin Dikenakan

Baca juga: Anak Sudah Jejak Usia Masuk Prasekolah? Ibu, Jangan Lupa Ajar Mereka 6 Perkara Penting Ini!

Penulis

Lala Annuar