Ibu Ayah DILEMA Hantar Anak Ke Taska Ketika Covid-19, Ini SOP Yang Perlu Anda Tahu

Bermulanya tarikh 4 Mei 2020, ibu ayah sudah boleh masuk kerja dan meninggalkan anak di pusat jagaan kanak-kanak mengikut sop yang disediakan oleh kerajaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pusat jagaan kanak-kanak atau taska telah dibenarkan beroperasi kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD).

Pada 1 Mei lalu, heboh seluruh Malaysia apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan berkaitan kelonggaran PKP bermula 4 Mei 2020.

Dalam tempoh PKP fasa ke-4 ini, beberapa sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Pembukaan semula pusat jagaan kanak-kanak

Bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak, para pengusaha pusat jagaan kanak-kanak dikehendaki mengikuti prosedur ketat seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagi ibu ayah yang dipanggil untuk memulakan kerja, pastinya anda mampu menarik nafas lega kerana anak-anak boleh dihantar ke pusat jagaan seperti biasa.

Garis panduan taska yang dikeluarkan oleh MKN terbahagi kepada tiga peringkat bagi mencegah pandemik Covid-19 iaitu:

#1. Sebelum memulakan operasi jagaan kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Para pengusaha, guru dan kakitangan taska perlu disahkan terlebih dahulu bebas Covid-19
  • Setiap premis perlu dibersihkan dan dinyah kuman sebelum beroperasi
  • Guru dan kakitangan taska perlu diberikan latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan serta pelaksanaan aktiviti.
  • Mengisi Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan oleh kanak-kanak, ibu bapa/penjaga atau kakitangan sebelum taska beroperasi.

#2. Langkah pencegahan semasa operasi taska

foto: sinar harian

  • Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala adalah dilarang daripada berada di taska dan perlu diasingkan untuk mendapat rujukan perubatan.
  • Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke taska bagi tempoh 14 hari.
  • Melakukan saringan sebelum masuk/semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
  • Kakitangan atau kanak-kanak yang memiliki suhu badan 37.5 darjah celsius ke atas dilarang berada di taska.
  • Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska setiap hari sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Pengusaha perlu menyediakan hand sanitizer.
  • Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak 1 meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
  • Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa di taska.
  • Melatih kanak-kanak kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial.

#3. Langkah pencegahan selepas operasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska.
  • Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga untuk memandikan kanak-kanak terlebih dahulu dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah pulang dari taska.

Sekiranya terdapat pesakit yang disahkan positif Covid-19 dalam taska, arahan penutupan serta-merta akan dikeluarkan.

Pengusaha juga boleh menghubungi pejabat kesihatan yang berdekatan bagi mendapatkan khidmat nasihat. Seterusnya, proses disinfeksi perlu dilakukan mengikut garis panduan oleh KKM.

Kerisauan ibu ayah terhadap keselamatan anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut undian di Facebook Harian Metro mendapati majoriti rakyat Malaysia tidak bersetuju jika pusat jagaan kanak-kanak dibuka semula memandangkan pandemik Covid-19 ini belum pulih sepenuhnya.

Undian secara atas talian berkenaan berjaya menunjukkan hampir 88% daripada 66 000 pengguna facebook mengambil bahagian menyatakan mereka tidak bersetuju jika pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan beroperasi.

Manakala, 12% lagi memilih jawapan wajar jika pusat dibuka terutamanya untuk kemudahan golongan yang bekerja.

Segelintir ibu ayah meluahkan bahawa nyawa anak-anak perlu diutamakan. Mereka masih kecil dan tidak berapa tahu tentang jarak sosial serta menjaga kebersihan.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan bahawa potensi untuk anak kecil dijangkiti Covid-19 adalah sangat tinggi kerana sistem imunisasi mereka belum kuat.

Justeru, bagi ibu ayah yang dikerah untuk memulakan tugas pastinya berada dalam dilema untuk meletakkan anak mereka dan mungkin tumpuan terhadap kerja menjadi sedikit terganggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu operasi semua jenis taska dibenarkan dengan waktu kehadiran pelanggan ialah lapan jam. Meskipun berada dalam kerisauan, ibu ayah mungkin boleh memikirkan jalan lain seperti jika salah seorang perlu bekerja, pasangan perlu mengambil tugas menjaga anak. Anda juga mungkin boleh meminta bantuan dari ahli keluarga terdekat untuk menjaga anak-anak sementara keluar bekerja.

Kami di theAsianparent mendoakan agar ibu ayah dimudahkan urusan seharian dan penularan wabak Covid-19 ini segera berakhir.

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

Perbezaan Taska Dan Tadika Untuk Anak, Ini Info Lengkap Bagi Mengelakkan Ibu Ayah Keliru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan