Kanak-Kanak Pergi Daycare Lebih Mahir Daripada Kanak-Kanak Duduk Rumah

Satu kajian ada menunjukkan yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak dapat memberi kesan positif kepada kemahiran anak-anak, berbanding duduk di rumah secara pasif!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah yang bekerja dan perlu menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak, kajian ini pasti akan menyejukkan sikit hati anda.

Tidak perlu lagi rasa bersalah apabila terpaksa “meninggalkan” anak anda di daycare.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh London School of Economics, menghantar si kecil ke nurseri atau daycare adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka di rumah.

Ia adalah kerana pendedahan di pusat penjagaan kanak-kanak akan membuatkannya semakin mahir.

“Ini akan memberikan sedikit keyakinan kepada ibu ayah bahawa meletakkan anak-anak di nurseri tidak akan memberi kesan negatif, malah sebaliknya.”

Itu penjelasan penulis kajian ini iaitu Dr. Laurence Roope kepada The Telegraph.

Nurseri memberi pengaruh positif kepada tumbesaran dan perkembangan anak

Kredit: Jstor.org

Dr. Roope juga turut menyenaraikan kebaikan dan keburukan antara bekerja serta menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak berbanding duduk di rumah bersama anak.

Apabila ibu ayah menghantar anak ke daycare dan pergi bekerja, ia menguatkan sistem kewangan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu yang memilih untuk menjaga anak di rumah pula, mereka dapat membentuk bonding dengan anak.

Namun, berdasarkan kajian ini, nurseri dapat membantu meningkat kemahiran dan perkembangan intelektual anak-anak.

Para pengkaji tersebut juga menyatakan bahawa semakin lama anak dihantar ke nurseri, semakin banyak manfaat diterimanya.

“Saya tidaklah menyarankan ibu ayah meletakkan anak di daycare 24 jam, namun kami mendapati anak yang dihantar ke nurseri untuk beberapa tahun akan mendapat manfaat darinya.”

Kajian tersebut melihat kepada data lebih daripada 800 orang ibu, yang ditanya tentang status kewangan, pendidikan dan perkembangan anak mereka di antara umur 2 ke 3 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penglibatan ibu ayah adalah kunci utama

Kredit: Thenewageparents.com

Ibu ayah yang memilih untuk menjaga anak-anak di rumah perlu belajar daripada kajian ini.

Ia menunjukkan bahawa penglibatan mereka dalam pembelajaran si kecil akan memberi kesan kepada kemahiran mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah perlu terlibat dan berhubung dengan anak secara aktif di rumah.

Menurut Dr. Roope, jika anak kecil duduk di rumah, ibu ayah perlu berinteraksi secara kerap dengan anak-anak.

Kajian ini juga melihat kepada beberapa aktiviti berlainan dan bagaimana ia memberi impak kepada si kecil.

Sebagai rumusannya, kajian ini mendapati:

  • kanak-kanak yang dijaga oleh datuk nenek mempunyai skil sosial dan komunikasi yang lebih baik
  • kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik lebih mahir dalam segala segi
  • membaca dan keluar shopping boleh membuatkan kanak-kanak gembira
  • membaca, bercerita dan menyanyi membantu percakapan anak-anak
  • melawat keluarga lain yang mempunyai kanak-kanak membantu percakapan anak-anak
  • menyanyi dan membuat hasil seni dan kraf membantu membina skil koordinasi dan kemahiran motor anak
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Policyinsider.org

Pusat penjagaan kanak-kanak Vs. dijaga di rumah

Professor Paul Anand, pengarang bersama dalam kajian ini, pula berkata:

“Kami menjadi antara yang pertama dalam kajian ekonomi yang melihat kepada tingkah laku kanak-kanak dan bagaimana ia menunjukkan yang penglibatan ibu ayah secara aktif di rumah dan melakukan aktiviti dengan anak-anak dapat memberi kesan positif kepada kanak-kanak.”

Secara kesimpulannya, menghantar anak-anak ke nurseri dan menjaganya di rumah ada pro dan kon masing-masing.

Untuk membantu perkembangan kemahiran anak, amat penting untuk anda memastikan yang si kecil terus terlibat secara aktif dalam aktiviti fizikal dan sosial.

Jadi, tidak kiralah sama ada di nurseri atau di rumah, selagi mana dia didedahkan dengan aktiviti-aktiviti aktif seperti yang disebut di atas, sudah pasti dia akan terus membesar dengan sihat dan bijak! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Perbezaan Taska Dan Tadika Untuk Anak, Ini Info Lengkap Bagi Mengelakkan Ibu Ayah Keliru

Penulis

Noor