Mengapa Ada Pusat Yang Tenggelam Dan Ada Pusat Yang Timbul?

Ramai yang sangka pusat terbentuk dari bagaimana tali pusat dipotong. Tapi sebenarnya salah! Jadi, kenapa ada pusat tenggelam dan ada yang timbul? Jom kita semak jawapan sama-sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pusat tenggelam atau pusat timbul?

Pusat bukanlah satu topik yang sering ‘dibincangkan’ atau diceritakan, bukan?

Namun tidakkah anda terfikir mengapa ada orang pusatnya terkeluar dan ada orang pusatnya tenggelam

Bukannya selalu kita baca artikel tentang pusat, tapi sekali-sekala membaca tentangnya tentu menarik 🙂

Jika anda perasan, pusat yang tenggelam lebih kelihatan ‘normal’ berbanding pusat yang timbul kerana lebih ramai mempunyai pusat yang tenggelam. 

Jadi, jika anda salah seorang yang mempunyai pusat timbul, ini bermakna anda adalah istimewa.

Ini adalah contoh pusat timbul. Foto ehsan Aunty Acid

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila pusat tenggelam dan pusat timbul terbentuk?

Sebenarnya, pusat berasal dari tali pusat yang terputus selepas anda dilahirkan.

Ramai yang menyangka pusat terbentuk hasil daripada bagaimana tali pusat dipotong. Namun sebenarnya bukan!

Yang sebetulnya, pusat ialah parut tisu yang terbentuk beberapa hari selepas tali pusat dipotong. 

Ia selepas baki tali pusat yang sudah kering kemudian jatuh dengan sendirinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pusat yang timbul menunjukkan anda mempunyai parut tisu yang lebih dari mereka yang mempunyai pusat tenggelam.

Pusat tenggelam dan pusat timbul terbentuk selepas beberapa hari tali pusat jatuh.

Keunikan pusat tenggelam dan pusat timbul

Walaubagaimanapun, ada sesuatu berbeza pula yang menyebabkan bagaimana pusat boleh terbentuk!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun bentuk pusat sebenarnya tidak kekal. Ia dikenali sebagai hernia tali pusat.

Jika otot perut bayi tak bersatu pada masanya, tisu ini akan timbul melalui otot fiber seperti hernia yang lain. Ini menjadikan pusat timbul seperti yang anda pernah lihat.

Lebih menakjubkan, ia juga boleh terkeluar secara tiba-tiba jika bayi sedang menangis atau menegangkan ototnya!

Bunyi agak menakutkan tapi ia langsung tak merbahaya. Selalunya parut tisu yang membentuk pusat ini akan hilang selepas setahun atau dua, namun sekiranya ia tidak elok selepas 4 tahun, prosedur ringkas boleh membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang mempunyai pusat tenggelam, ia juga tak semestinya akan kekal begitu selamanya.

Keadaan yang tertentu boleh menyebabkan pusat anda timbul.

Kalau anda nak tahu, contohnya seperti yang dijelaskan dalam artikel Mengapa Pusat Terkeluar Ketika Hamil? Ini Penerangannya!

Foto ehsan aunty acid

Tapi jika anda benar-benar tak suka dengan pusat anda, anda boleh berjumpa pakar pembedahan kosmetik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan sebenarnya sudah ramai yang membuat pembedahan untuk ‘membetulkan‘ pusat timbul menjadi tenggelam.

Sumber : buzz.auntyacid

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com10-fakta-menarik-tentang-bayi-yang-mungkin-akan-memeranjatkan-anda/

Penulis

Aqma