Seringkali kita dengar ejekan kawan kawan terutama terhadap suami, “Dia ni penakut! Isteri queen control kot. Sebab tu semua benda tak nak buat!” Ejekan sebegini memang menaikkan ego dan si suami akan marah, malah silap-silap, dia akan lepaskan geramnya pada isteri. Perkara ini menjadi kebiasaan dan punca pergaduhan rumah tangga.
Banyak suami yang suka melepak di mamak, main futsal, main badminton dan lepak di tepi jalan. Padahal, si isteri dan anak di rumah bimbang akan keselamatan si suami. Bila si suami pulang saja ke rumah, memang terus kena soal dan kena marah dengan bini, lah!
Saling salahkan satu sama lain pula!
Perbalahan antara suami isteri pula bermula bila si suami kata si isteri terlalu “control”, cemburu, tak faham perasaan suami, asyik membebel dan marah.
Ayat yang paling menggeramkan? “Nanti apa kata kawan kawan saya?” Amboi!
Luahan hati di laman Facebook Nurulbadiah Lai ini mempersoalkan suami yang suka melepak minum kopi di mamak sampai awal pagi telah tular dan diakui oleh kebanyakan isteri.
Isteri queen control atau suami yang patut kurangkan melepak di luar?
Pernahkah suami memikirkan tentang keselamatan anak dan bini keseorangan di rumah? Anda yang sudah berjam-jam di pejabat bekerja, balik rumah, lepas tu keluar melepak, bilalah ada masa untuk diluangkan dengan anak anda?
Dalam keadaan ekonomi yang sedang merosot ini, kadar jenayah yang semakin serius, rumah kena pecah masuk dan kena rompak pun banyak. Bagaimana jika anak dan bini dicederakan semasa ketiadaan anda? Jangan nanti itu baru anda tahu erti penyesalan.
Bini bukannya membebel, tetapi sayang dan risau tentang keselamatan anda, anak-anak malah satu keluarga!
Pada isteri anda, anda meletakkan kawan sebagai keutamaan anda. Bukan isteri atau anak, tapi kawan anda? Adakah kawan anda akan masak untuk anda? Pernahkah kawan anda cari duit untuk menanggung keluarga anda?
Siapa pula peneman tidur anda? Kawan anda? Siapakah yang akan mendidik anak anda? Fikirlah sebelum keluar melepak sampai awal pagi. Bukannya isteri menghalang anda dari melepak dengan kawan anda.
Tidak. Isteri tak menghalang, malah dia pun bukan isteri queen control. Anda pun perlukan me time juga kan. Tapi berpada-padalah. Takkan setiap hari nak melepak sampai pukul 1 pagi? Nak melepak, berkawan, bersukan, apa sajalah, asalkan berpada.
Ingatlah bahawa anda digelar seorang suami dan ayah, anda bukannya bujang. Sebagai seorang suami, anda adalah pelindung keluarga anda. Sebagai seorang ayah, anda adalah sumber kasih sayang dan pendidik mereka.
Bila dah berkahwin, buatlah cara berkahwin, melepak sampai awal pagi adalah perangai orang bujang, bukanlah perangai seorang suami atau ayah.
Gunalah akal dan pertimbangan. Ini hanyalah sebagai nasihat, yang baik ambil, yang buruk buang, ya!
Semoga perkongsian ini membuka mata para suami di luar sana yang suka sangat melepak dan tak ingat isteri di rumah. Kurang-kurangkan, ya!
Rujukan: Facebook Nurulbadiah Lai
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia