10 Rahsia Apa Bayi Dalam Kandungan Buat Sepanjang Kehamilan

Anda rasa tendangan bayi dalam kandungan lagi. Apa dia buat, ya? Aktif sungguh. Sebenarnya, bayi sudah "sibuk" belajar dan memiliki "kehidupan rahsia", sejak dalam kandungan! Mari baca 10 perkara yang bayi buat ketika ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekejap-sekejap, anda pasti akan merasa bayi dalam kandungan menendang perut.

“Anak ibu ini buat apa, ya! Aktif sungguh!” sambil anda usap lembut kandungan itu.

Siapa yang tidak bahagia? Mengandungkan benih cinta dengan pasangan. Kelak benih cinta ini akan dilahirkan dan menjadi penyeri kehidupan. Segala pergerakan dan tendangannya sudah sebati dengan diri anda.

Tapi, tahukah anda benih cinta dalam kandungan ini sebenarnya sudah mula “sibuk” belajar dan memiliki “kehidupan rahsia”, ketika dalam kandungan? Ya, betul!

Pelbagai kajian baru telah mendedahkan “kehidupan rahsia” dan apakah yang sebenarnya dilakukan oleh bayi dalam kandungan. Mari semak apa rahsia ini!

1. Mereka lebih “sibuk” dari yang dijangka

  • Dr Bill Fifer, pakar dalam pembelajaran bayi dalam kandungan dan bayi baru lahir mendedahkan – semua benda yang bayi baru lahir buat, telah dibelajar oleh mereka sejak dalam kandungan.

“Mereka mendapat maklumat deria dari seluruh tubuh badan. Ada sesetengah deria akan lebih sensitif daripada yang lain,” jelasnya lagi.

2. Mula melakukan pergerakan

  • Menurut Momjunction, bayi mula melakukan pergerakan dalam minggu ke-9. Ibu mungkin belum dapat merasanya, tapi ia boleh dilihat dari ultrasound.

3. Pergerakan semakin bebas

  • Pergerakan seperti menendang adalah reaksi apabila ibu makan atau mengubah kedudukan. Kadang-kadang, mereka saja ingin bergerak!
  • Mereka kini juga boleh mengembang dan berpusing!
  • Ketika masuk minggu ke-16, mereka boleh bergerak hingga 50 kali atau lebih dalam masa satu jam.
  • Masuk minggu ke-25, bayi anda boleh mengembangkan paru-paru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Mula buat pergerakan pelik

  • Ketika kandungan memasuki minggu ke-29, bayi anda semakin bijak dan boleh bergerak dengan lebih bebas.
  • Mereka akan membuat lenturan, menggerakkan kepala dan muka, menggerakkan anggota badan, cuba untuk pegang persekitaran yang panas dan pegang tangan sendiri.
  • Mereka juga akan cuba mencapai tali pusat!
  • Pergerakan pelik yang bayi anda boleh buat — jilat dinding rahim dan tolak kakinya masuk ke ruang terkurung. Ya Allah, buasnya anak aku!

5. Pergerakan bayi bergantung pada emosi ibu

6. Aktif pada waktu pagi

  • Mereka akan lebih aktif pada waktu pagi selepas ibu mengambil sarapan.
  • Bayi juga akan cuba mencari tempat atau kedudukan “yang selesa” buat mereka.

7. Kuat tidur

  • Kadang, tak rasa langsung mereka bergerak! Ini sebab mereka tidur. Waktu anda dan bayi dalam kandungan tidur mungkin tak sama.
  • Pada minggu ke-32, bayi anda akan tidur hampir 90-95% dalam sehari.
  • Sesetengah sainstis kata bayi dalam kandungan boleh bermimpi!
  • Selepas minggu ke-36, mereka akan mengalami tidur nyenyak dan tidur sekejap antara 70-90 minit.
  • Mereka akan tidur sambil hisap ibu jari!

8. Dunia luar mampu jejas dunia bayi

9. Apa anda makan, semua mereka makan!

  • Sistem deria rasa bayi akan berkembang sekitar minggu ke-20. Tika ini, bayi akan makan dan peroleh semua nutrien dari makanan yang anda teringin.
  • Kajian juga mendapati — ibu yang kerap makan lobak merah ketika hamil akan memiliki anak yang gemar makan lobak merah, juga!

Kredit gambar: Pixabay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Gelap atau cerah dalam kandungan

  • Kajian mendapati mereka dapat membezakan keadaan gelap atau cerah ketika dalam kandungan!

Pelik-pelik aktiviti mereka ketika dalam kandungan, kan? Tapi, tak kisahlah apa pun, janji mereka selamat.

Sekarang anda sudah tahu betapa “sibuk” rupa-rupanya bayi dalam kandungan ini, apa kata cuba ajar mereka sesuatu pula. Contohnya… muzik!

Semoga perkongsian ini menghiburkan!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Columbia Psychiatry, Mom Junction, Today.com, Asianparent Malaysia, dan Durham University

Penulis

Ayu Idris