Ramuan Rahsia Ini Buat Rambut Anda Cepat Panjang & Lebat Dalam Masa 2 Hari!

Anda nak rambut cepat panjang? Jom cuba ramuan rahsia yang diterbangkan khas dari India ini. Ia boleh buat rambut panjang dan lebat dalam masa 2 hari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rahsia rambut cepat panjang dan lebat

Siapa tak mahu rambut ikal mayang yang panjang lagi lebat? Sudahlah hitam bersinar pula itu.

Bila rambut dikibas-kibaskan, terasa macam pelakon filem Hindustan pula! Hehe.

Tapi, bermacam-macam cara cuba pun, susah juga rambut nak panjang, lebat dan sihat.

Hmm... Sekarang tak payah susah-susah cuba lagi. Kami di theAsianparent menerbangkan ramuan rahsia khas dari India untuk anda!

Ia dikongsi oleh Prachi, seorang vlogger terkenal dari Super Wow Style. Menurut Prachi, petua rahsia ini datang daripada keturunan keluarganya sendiri.

Ha... jangan main-main tau! Ini rahsia turun temurun. 

Menurut Prachi, campuran beberapa ramuan semulajadi boleh buat rambut anda 30-40% lebih panjang daripada sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, Prachi juga suruh anda ambil gambar sebelum dan selepas untuk melihat keberkesanannya!

Untuk lebih mudah memahami apa rahsia ramuan itu, lihat video di bawah:

Apa ramuan khas untuk bagi rambut cepat panjang?

Apa yang anda perlukan untuk buat ramuan khas ini adalah minyak kelapa, minyak kastor, vitamin E, daun lidah buaya dan dua mangkuk (satu kecil dan besar).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mula-mula, potong daun lidah buaya dan keluarkan gelnya. Kemudian, sapukan daun tersebut di kulit kepala.

Urut kulit kepala perlahan-lahan dan sama rata.

Selepas itu, ambil mangkuk kecil dan masukkan ramuan minyak tadi. Letak satu sudu kecil minyak kastor dan 2 sudu kecil mintak kelapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Picit Vitamin E yang boleh diambil dari serum rambut dan masukkan dalam mangkuk.

Ambil mangkuk besar dan masukkan air panas. Letakkan mangkuk kecil berisi minyak itu di atas mangkuk besar. Jangan letak ia atas api, kerana minyak itu boleh terbakar.

Selepas 5 minit, pakai campuran 3 minyak itu ke kepala. 

Urut kulit kepala anda selama 2 hingga 3 minit. Ia penting untuk pengaliran darah bagi mempercepatkan rambut untuk tumbuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas selesai, ikat rambut tersebut dalam kain tuala dan tidur. 

Basuh rambut anda keesokan paginya. Rambut akan mula nampak perubahan dalam masa 2-3 hari. Cubalah!

Berkesan ke? Rambut cepat panjang dan lebat?

Selepas berkongsi petua ini di halaman Youtube miliknya, ramai penonton mencubanya! Rata-rata yang mencuba mengatakan ia berkesan.

Salah seorang rambut pencuba naik hingga 5 inci selepas 3 bulan! Ada juga yang menunjukkan kesan dalam masa sehari!

Rahsianya? Sapukan ramuan minyak tersebut 2x seminggu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa pandangan anda? Nak cuba tak? 

Sumber rujukan dan gambar: Pop Sugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Penulis

Ayu Idris