Jom Bongkar 5 Rahsia Bagaimana Cara Kemas Rumah Agar Selalu Nampak Teratur Saja!

Anda ada kawan-kawan yang rumahnya selalu nampak kemas saja? Entah apa rahsia dia kan! Takkan selalu mengemas? Ha... jom kami dah bongkar 5 rahsia itu tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumah yang kemas pastinya idaman kebanyakkan orang, namun hakikatnya ia agak susah dilakukan apabila mempunyai anak kecil. Bila rumah bersepah, kita mula bersikap acuh tak acuh untuk mengemas dan akhirnya cara kemas rumah paling mudah hanyalah mengemas pada hujung hari.

Cara Kemas Rumah: Apa Rahsia Rumah Selalu Nampak Kemas Saja?

Kita semua mesti ada seorang kawan yang setiap kali ke rumahnya, semuanya kemas, bersih saja. Tandas dia pun bersih berkilat, ha! Amboi!

Rasanya mesti hobi dia asyik mengemas, mengemas dan mengemas, saja kan? Dan apa yang dibuatnya jika dia ada kelapangan juga mengemas.

Ha… sebenarnya – kami nak bongkar satu rahsia hebat ini. 

Penulis dari huffington post ini telah berkongsi bagaimana individu boleh mengekalkan rumah agar sentiasa nampak kemas. Ada udang di sebalik batu, rupanya! Dan ia tak melibatkan kes kemas rumah sampai berjam-jam pun.

Jom semak apakah 5 rahsia itu, nak?

5 Rahsia Bagaimana Elak Rumah Bersepah Asyik Nampak Kemas Saja

1 – Tahu Perbezaan Antara Kemas Dan Bersih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersih ialah bila lantai sudah dimop, karpet sudah divakum serta dapur yang berkilat. 

Tapi, jika rumah yang bersih tetap penuh dengan baju di semua tempat, katil yang tidak disiapkan dan mainan merata-rata, ia tidak menunjukkan rumah itu bersih. 

Sebaliknya jika rumah sedikit ‘kotor’ tetapi kemas, ianya lebih menyenangkan. 

Kunci: Jadi, kuncinya di sini adalah kekemasan. Anda kena pastikan rumah sentiasa kemas, baru ia nampak lebih bersih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2 – Jadikan Mengemas Satu Tabiat

Jangan tunggu bila rumah nampak macam tongkang pecah baru nak mengemas berjam-jam.

Jadikan ia satu rutin untuk pastikan bilik, ruang tamu, dapur kelihatan kemas.

Mainan anak-anak yang bersepah macam mana pun – pastikan ia dikemas setiap malam, pakaian terus dilipat setelah diangkat dan bantal perlu disusun selepas bangun tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaitan:

Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

3 – Kemas Terus Selepas Guna

Satu lagi perkara yang dijadikan tabiat oleh pemilik rumah kemas ialah – kemas setelah guna.

Selepas makan terus cuci pinggan, sapu lantai jika kotor selepas makan dan kemas katil setelah bangun tidur. Ini mengurangkan masa mengemas kerana perkara asas sudah siap dilakukan secara rutin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4 – Simpan Sedikit Barang

Dalam erti kata lain, jom jadi minimalis. Kurang barang bermaksud kurang kena menyusun dan mengemas. Konsep yang bukan sahaja sangat mudah malah menjimatkan. 

Dengan cara ini, rumah bersepah pun pasti tidak ada lagi. Anda setuju tak?

5 – Buka Bakul/Laci/Simpanan ‘Ajaib’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah pelan kecemasan yang paling bernas!

Jika ada orang yang tiba-tiba nak datang ke rumah, bakul/laci/simpanan ajaib ini akan menjadi penyelamat untuk meletakkan semua barang yang tidak sempat atau terlupa dikemas.

Tetapi, jangan jadikan tabiat pula semua benda masuk ke bakul ajaib ini. Ia hanyalah untuk sementara sahaja, tau!

Rahsia yang sebenarnya mudah dilakukan, saja bukan? Malah menjimatkan masa! Semasa hujung minggu ini, jom senaraikan apa perkara yang perlu dikemas dan dibersihkan agar tiada lagi rumah bersepah.

Tentu sahaja anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru cara kemas rumah ini. Tetapi percayalah ianya sangat berbaloi.

Tidakkah anda juga mahukan rumah yang sentiasa tampak kemas? 

Sumber rujukan: Huffington Post

Khas untuk pembaca theAsianparent

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Penulis

Aqma